Tiara yang merupakan lambang kekuasaan negara Fantasia dan menjadi kesayangan Puteri Eryna telah dicuri!
Pencuri itu berjaya melepaskan diri dengan masuk ke dalam cermin ajaib yang menjadi penghubung dimensi.
Puteri Eryna tiada jalan lain, dia dan naganya mesti mengejar pencuri itu dan mendapatkan kembali tiara kerajaannya,
ataupun kerajaannya akan musnah! Puteri Eryna dan naganya, Sparkle tercampak di hadapan sebuah sekolah.
Demi meneruskan misi mencari pencuri tiaranya, Putery Eryna terpaksa menyamar menjadi pelajar di sekolah itu.
Bermulalah detik hidup Puteri Eryna sebagai seorang pelajar. Mampukah seorang puteri sepertinya menjalani
hidup seperti remaja biasa? Berjayakah Puteri Eryna mendapatkan kembali tiara kerajaannya dan menangkap
pencurinya sebelum segala-galanya terlambat?
Judul: Tunas Super: Beautiful Tiara
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.25"
ISBN-13: 978-967-411-516-6
Jumlah Muka Surat : 168
Berat : 0.14 kg