Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (L143,N19)

Rak: L40
Harga Asal: RM20.00
RM16.00
ANDA JIMAT: RM4.00 (20%)
Price in points: 16 points
Weight: 0.24 kg
978-967-411-475-6
162 pieces
+
Add to wish list
===========================
Format: Paperback
ISBN-13: 9789674114756
Jumlah Muka Surat: 294
Berat (Kg): 0.238
Penulis: Hamka
===========================
 
 
Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya.
 
Inilah juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama.
 
Inilah juga karya Hamka, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan membuat dada sesak menahan hiba.
 
Karya yang akan membuatkan pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
 
Novel ini ditulis oleh HAMKA dan diterbitkan pada tahun 1938. Kisah cinta Hayati dan Zainuddin yang terhalang oleh adat minangkabau yang melihat harta kekayaan dan keturunan keluarga sebagai yang pertama dan tertinggi. Karya ini menjadi fenomena. Walau ditulis lebih 78 tahun yang lalu, ia masih lagi menjadi pilihan pembaca sehingga ke hari ini. Malah, sehingga diterjemahkan menjadi filem dan teater.
 
HAMKA yang dipandang sebagai seorang ulama dan ahli agama dikritik hebat pada ketika itu oleh sebab menulis sebuah novel ‘roman’ cinta remaja. Tetapi jauh dari itu, HAMKA sebenarnya membuat kritikan sosial kepada Minangkabau di padang yang sangat mengutamakan adat. Novel ini telah mengkritik adat di Minangkabau pada ketika itu yang menjadikan darjat dan keturunan sebagai perkara yang besar sehingga memutuskan hubungan antara dua jiwa, digambarkan melalui watak Zainuddin dan Hayati.
 
Zainuddin, lelaki yang tidak punya apa-apa. Harta tidak, rupa tidak, cinta pun kosong. Pada ketika bertemu Hayati, Zainuddin mula sedar, yang harta itu boleh dicari, rupa itu boleh diterima seadanya, dan cinta, adalah satu anugerah Tuhan.
 
Datangnya cinta itu sebagai satu anugerah, dan perginya ia adalah satu bencana. Haryati terpaksa menikah bukan dengan dia. Patah hati Zainuddin. Tidak dia sedar, patah hati kerana cinta itu juga satu anugerah. Anugerah yang pada akhirnya mempertemukan dia semula dengan Hayati dalam suasana yang tidak dia sangka.
 
 
 
SINOPSIS
 
 
Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar.
 
Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima.
 
Itu membuat dia dipencilkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati. Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta.
 
Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
 
 
ISI KANDUNGAN
 
 
Anak Orang Terbuang

Yatim Piatu

Menuju Negeri Nenek Moyang

Tanah Asal

Cahaya Hidup

Berkirim-kiriman surat

Pemandangan di Surat

Berangkat

Di Padang Panjang

Pacu Kuda dan Pasar Malam

Bimbang

Meminang

Pertimbangan

Pengharapan Yang Putus

Perkahwinan

Menempuh Hidup

Jiwa Pengarang

Surat-surat Hayati Kepada Khadijah

Klub Anak Sumatra

Rumah Tangga

Hati Zainuddin

Dekat, Tetapi Berjauhan

Surat Cerai

Air Mata Penghabisan

Pulang

Surat Hayati Yang Penghabisan

Sepeninggal Hayati

Penutup
 
 
 
REVIEW
 
 
Tahun lalu, saya membaca kritikan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh Peribade Abdullah Bongkok di Daily Seni. Ketika itulah saya menemukan sesuatu yang menarik oleh beliau tentang nama watak yang dikarang Hamka dalamnya. Sebenarnya ada perlambangan yang tersembunyi dan tersirat.

Di dalam novel ini, watak Zainuddin ialah anak kepada Pandekar Sutan, Melayu Minangkabau yang membawa diri ke Makassar lalu berkahwin dengan gadis Bugis bernama Daeng Habibah.

Di sini, HAMKA menekankan bahawa rumpun manusia itu wajar bersatu tidak kira apa sahaja suku kaum. Pandekar Sutan adalah lambang kepada insan, manakala Daeng Habibah pula lambang kepada cinta. Apabila dua peribadi ini bersatu, maka hasilnya ialah "perhiasan agama", iaitu Zainuddin.

Pun begitu, perhiasan agama tidak bermakna apa-apa jika tidak bersatu pula dengan Hayati iaitu "kehidupan".

Kebetulan, saat HAMKA menulis novel ini, dilihatnya kepincangan masyarakatnya yakni Minang yang membeza-bezakan suku dan darjat serta HAMKA tidak bersetuju sama sekali dengan konsep kahwin paksa, maka itu dijadikan plot demi mendramakan lagi novelnya.

Apabila hakikat kehidupan yang tulen itu dipandang enteng; yakni sekadar mengambil lapis atasnya sahaja, seperti yang digambarkan oleh HAMKA melalui perkahwinan Hayati dengan Aziz, maka manusia itu bisa pincang.

Aziz bermaksud "perkasa" dan perkasa di sini digambarkan wataknya dengan darjat, kuasa, wang, kemewahan dengan cara hidup Belanda. Namun, gambaran perkasa ini tidak merujuk kepada gambaran yang Maha Perkasa.

Kemudian, HAMKA menjelaskan lagi apabila ruang kemaafan ditutupi dengan tembok dendam, akhirnya hakikat hidup itu akan lenyap dan tenggelam bersama materialistik.

Kesimpulannya, HAMKA menyeru agar kita (manusia) menjadi pemaaf dan bersatu menuju hakikat hidup lalu menentang penjajahan material (duniawi) dan hidup merdeka bagai orang bercinta.

Ini yang dimaksudkan oleh HAMKA:

"Kalau hidup sekedar hidup, babi di hutan juga hidup; Kalau bekerja sekedar bekerja, kera juga bekerja."

Dalam konteks ketika novel ini terhasil, ia ditafsirkan sebagai seru agar Melayu bersatu menentang Belanda dan sistemnya yang telah berjaya meracuni tatakrama (adat sopan santun) Melayu.
 
- Review oleh Asri Yussof
 
Penerbit:
PTS Sdn.Bhd
Format:
Paperback
Halaman:
Berwarna
Muka Surat:
294 Muka Surat
Rak:
L40

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 *Order akan sampai mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Mahu tahu lebih lanjut? KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI