Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Tahan dan Kekal Tenang, Nanti Datang Senang (L167,PY31)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.17 kg
978-629-493-055-1
1508 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Tahan dan Kekal Tenang, Nanti Datang Senang
ISBN: 978-629-493-055-1
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Nuraini Shahbuddin
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 168
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.172kg
Dimensi (cm): 19cm x 13.5cm x 1.5cm
 
SINOPSIS

"Allah tahu kamu penat. Allah tahu kamu sedang berjuang untuk orang yang tersayang. Allah juga tahu kamu hampir putus asa dengan kehidupan di dunia ini. Sedih, kecewa dan dikhianati semuanya dalam pengetahuan Allah Al-Alim."

Ujian adalah sesuatu yang sinonim dalam perjalanan hidup setiap yang bergelar manusia. Namun, sifat manusia yang lemah pastinya mengharapkan pertolongan Allah hadir bersama dalam setiap ujian yang ditempuh.

Tanpa kita sedar, ujian yang datang silih berganti menjadi asbab kita memperbaiki diri ke arah lebih baik dan berusaha meningkatkan keimanan dalam diri. Kerana pada akhirnya nanti, kita percaya hakikat perjuangan menguruskan ujian di dunia akan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran syurga oleh Allah di akhirat kelak.

Tahan dan Kekal Tenang, Nanti Datang Senang ini adalah sekuel daripada buku yang pertama: Tahan dan Tenang Nanti Datang Senang (2023).

Buku ini mengandungi kompilasi nota infografik tulisan tangan (Quran Journaling) daripada 30 ayat al-Quran pilihan yang bertemakan ujian kehidupan. Istimewanya buku ini mengandungi ruangan interaktif DIY Tadabbur beserta panduan agar para pembaca dapat berinteraksi dengan ayat-ayat al-Quran dalam kehidupan seharian.

Moga persembahan penulisan yang menarik, interaktif dan bermanfaat dalam buku ini membantu para pembaca lebih mudah memahami hikmah tadabbur daripada ayat-ayat al-Quran, serta beramal dengan sebaik-baik akhlak al-Quran.

 

ISI KANDUNGAN

Peta Buku 

Apa Itu Tadabbur Al-Quran? 

Panduan DIY Tadabbur Al-Quran 

Pendahuluan 

 

Tema 1: Ujian Rencah Kehidupan 

Orang Yang Paling Baik Amalan 

Usah Bersedih, Allah Bersama Kita 

Kita Tidak Diciptakan Sia-Sia 

Hakikat Dunia Adalah Tempat Diuji 

Allah Tahu Kamu Mampu 

Kebaikan Kamu Dipandang Allah 

 

Tema 2: Pertolongan Allah Amat Dekat 

Allah Dekat Dengan Kita 

Allah Sebagai Tempat Bergantung 

Berdoa Dengan Perlahan 

Allah Tidak Pernah Meninggalkan Kita 

Allah Akan Menunjukkan Jalan 

Bangun, Hidupkan Malam 



Tema 3: Perbaiki Diri Hiasi Peribadi 

Ucapkan Perkataan yang Benar 

Keyakinan Kepada Rezeki Allah 

Jangan Sombong dan Bongkak 

Usah Merendahkan Orang Lain 

Karakter Ibadurrahman 

Amal Soleh Menjadikan Hidup Lebih Baik 

 

Tema 4: Kuatkan Iman Tingkatkan Amal 

Kita Semua Bakal Bertemu Allah 

Jiwa Tenang dengan Berzikir 

Cukuplah Ganjaran Dari Allah 

Allah yang Menjamin Rezeki Kita 

Apa yang Kita Sediakan untuk Hari Akhirat 

Lazimi Lidah dengan Selawat 



Tema 5: Kejayaan yang Hakiki 


Minta Dua Perkara dalam Hidup 

Tiap Bernyawa Pasti Mati 

 Ketika Mulut Menjadi Bisu 

 Kejayaan yang Sebenar 

 Tiada Lagi Penat Lelah di Syurga 

 Taqwa Menuju Syurga Allah 

 

 Penutup 

 Rujukan 

 Biodata Penulis

Penerbit:
PTS Publishing House
Tahun Diterbitkan:
2024
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
168 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI