Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Tadabbur Wahyu: Ringkasan dan Ulasan Kitab Al-Tahrir Wa Al-Tanwir Karya Ibn 'Asyur #(L62)

Harga Asal: RM20.00
RM19.00
ANDA JIMAT: RM1.00 (5%)
Price in points: 19 points
Weight: 0.08 kg
9789672007319
12 pieces
+
Add to wish list

Sinopsis

Suatu keistimewaan yang cukup menyerlah dalam tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir ialah keupayaan Ibn ‘Ashur memperlihatkan kesepaduan surah-surah al-Qur’an. Beliau berusaha menyerlahkan kaitan erat suatu surah dengan surah yang sebelum dan sesudahnya. Dengan demikian keseluruhan surah-surah al-Qur’an, dari al-Fatihah hingga al-Nas terasa seolah-olah hanya satu surah. Tanggapan semerta bahawa al-Qur’an seolah-olah sebuah kitab yang kandungannya terputus-putus kerana kepelbagaian nama surahnya, dapat diubah setelah terbukti kesatuan dan kesepaduannya. Ternyata Ibn ‘Ashur adalah seorang ilmuwan ensiklopedik yang daerah penguasaan ilmunya meliputi bidang-bidang yang pelbagai, termasuk bidang bahasa dan sastera Arab. Ini menjadi salah satu ciri khas tafsirnya yang memberikan pemaknaan yang teliti dan tuntas tentang sesuatu kata yang dianggapnya penting. Ketelitiannya dalam memberikan makna suatu kata kadang-kadang terasa mengatasi ketelitian sebuah kamus. Mungkin ini dilakukanya demi menepati ungkapan yang menjadi judul tafsirnya Tahrir al-Ma‘na al-Sadid..., iaitu pengungkapan makna yang tepat. Memang kata-kata al-Qur’an harus dimaknai setepat mungkin. Ciri lain yang turut menjadikan tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir ini istimewa ialah sorotannya terhadap aspek ketinggian balaghah al-Qur’an. Nilai stailistik dan gaya pengungkapan al-Qur’an yang sangat mengagumkan itu memang seharusnya diserlahkan sebagai salah satu i‘jaz al-Qur’an.

Siddiq Fadzil (Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018M)

Penerbit:
Ilham Book
Tahun Diterbitkan:
2019
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
60 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI