Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM99.00 more to FREE shipping


Siri Ilmiah APM-ITBM: Pembelajaran Bahasa Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran (Lambat Belajar) (L100)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.31 kg
9789674607319
2 pieces
+
RM99.00 more to FREE shipping
Add to wish list

Buku ini memperkatakan tentang pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas bagi kategori bermasalah pembelajaran atau lambat belajar (slow learners). Hal ini amat berkaitan dengan falsafah pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara. Pembelajaran bahasa Melayu yang difokuskan ialah kemahiran asas membaca. Isu berkaitan masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) masih lagi diperkatakan saban tahun. Masalah pembelajaran ini dikatakan berpunca daripada sistem kenaikan kelas secara automatik yang digunakan dalam sistem persekolahan di Malaysia. Buku ini dihasilkan bagi membantu guru mengetahui jenis gaya belajar kanak-kanak lambat belajar. Fokus perbincangan dalam buku ini ialah pembelajaran bahasa kanak-kanak berkeperluan khas dengan tumpuan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau lambat belajar. Di samping itu, penekanan diberikan kepada tiga gaya belajar, iaitu gaya belajar visual, gaya belajar auditori dan gaya belajar kinestetik. Selanjutnya, penulis akan membincangkan kefahaman dan kesediaan kanak-kanak lambat belajar dalam bahasa Melayu. Kanak-kanak yang dirujuk dalam buku ini ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau lambat belajar yang dipilih berdasarkan laporan pakar perubatan. Pemerhatian dibuat untuk menentukan gaya belajar yang dominan diamalkan oleh kanak-kanak ini dan disusuli dengan pemerhatian terhadap kefahaman berdasarkan gaya belajar yang dominan dilakukan. Buku ini amat sesuai bagi ibu bapa, pengajar, guru dan pengkaji yang berminat dalam pembelajaran kanak-kanak bermasalah pembelajaran khususnya kanak-kanak lambat belajar.

Penerbit:
ITBM
Tahun Diterbitkan:
2017
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
179 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 *Order akan sampai mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Mahu tahu lebih lanjut? KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI