Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 

SIRAH NABAWIYYAH - Ar-Raheeq Al-Makhtum: Hardcover (L64)

RM65.00
Price in points: 65 points
Weight: 1.38 kg
983987845X
9 pieces
+
Add to wish list
===========================
Format: Hardcover
ISBN-13: 983987845X
Tarikh Terbit: 2019
Jumlah Muka Surat: 864

Berat (Kg): 1.38 kg
Penulis : Saffiyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
===========================
 
Sinopsis

Al Rahiq Al Makhtum : Sirah Nabawiyyah ini diibaratkan sebagai sebuah biografi Nabi Muhammad SAW yang komperehensif. Naskah ini memaparkan kisah perjalanan hidup Rasul terakhir utusan Allah SWT serta tanggunjawab Baginda menyampaikan dakwah islamiah di muka bumi ini. Perjuangan Baginda penuh berliku, perjalanan hidup Baginda penuh dengan suka duka, kepayahan serta keperitan yang mungkin tidak tertanggung oleh manusia lain. Namun ajaran tauhid dan akidah yang baginda sampaikan telah mencapai kejayaan yang gemilang seperti mana kehendak Allah SWT.

Buku ini turut menjelaskan beberapa faktor yang mendorong kepada kesabaran dan kecekalan tinggi Baginda menghadapi ujian dan cabaran. Keimanan yang tinggi, kesediaan menerima tanggunjawab kepimpinan yang diamanahkan kepada Baginda dengan sepenuh jiwa dan raga dan rasa tanggungjawab yang tebal, dengan alquran sebagai panduan, yakin pada janji bantuan Allah SWT . Allah telah memberi kemenangan kepada Baginda dalam menyebarkan syiar Islam.

Selain mengisahkan liku-liku perjuangan dakwah Rasulullah SAW, buku ini turut mengetengahkan strategi uslub dakwah yang digunakan oleh Baginda bermula dari peringkat permulaan, tribulasi dan akhirnya, peringkat kejayaan yang membawa kepada kegemilangan Islam.

Karya Saffiyyu al-Rahman al-mubarakfur ini merupakan karya yang unik dari segi bahasa dan susunan jalan ceritanya. Setiap peristiwa berkaitan dengan Rasulullah SAW diceritakan secara kronologi, diperincikan sehingga mampu digambarkan oleh pembaca. Pandangan dan pendapat mengenai sifat dan peribadi Rasulullah SAW daripada para sahabat, isteri Baginda dan masyarakat setempat dimuatkan dalam bab akhir dalam buku ini.

Jelas, buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan rujukan untuk pelajar, pendidik dan pendakwah sebagai panduan dalam usaha menyebarkan dakwah. Malah masyarakat umum juga akan mendapati buku ini amat bermanfaat dalam mendidik diri untuk lebih mengenali serta memperhalusi kisah kehidupan Rasulullah SAW serta keperibadian Baginda.

============================================================================= 

Penulis

Nama : Saffiyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri

Nama penuh penulis ialah Saffiyu al-Rahman bin Abdullah bin Muhammad Akhbar bin Muhammad Ali bin Abdul Mukmin bin Faqirullah al- Mubarakfuri al-'Azamiy. Penulis dilahirkan tahun 1943 di daerah Mubarakfur yang kini terletak dalam daerah terbesar di Uttar Pradesh. Keluarga penulis ialah daripada suku Ansar, iaitu suku Islam yang terbesar di India. Susur-galur suku ini berasal daripada anak seorang sahabat terkenal seorang iaitu Abu Ayyub al-Ansari r.a yang menerima Rasulullah SAW sebagai tetamunya semasa Rasulullah SAW sampai ke Madinah.

Semasa kecil, penulis belajar al-Quran daripada datuk dan bapa-bapa saudaranya. Pada tahun 1948, penulis melanjutkan pelajaran di Dar al-Ta'lim dalam daerah Mubarakfur selama enam tahun sehingga tamat persekolahan rendah sebelum berpindah ke sekolah Ihya' al-Ulum, Mubarakfur pada tahun 1954. Dua tahun kemudian, penulis bertukar ke Kolej Fayd 'Am, sebuah kolej agama terpenting di daerah Mi'u. Penulis menamatkan kolej ini dengan memperolehi sijil graduan yang memenuhi syarat untuk menjadi pengajar dan mengeluarkan fatwa. Pada tahun buku ini ditulis (1976), penulis menduduki ujian 'Al-Fadilah Fi Al-Adab Al-'Arabi (Merit Dalam Sastera Arab) dan berjaya mendapat pangkat jayyid jidaan (amat baik).

Selesai pengajian, penulis mengajar di Kolej Fayd 'Am, Universiti al- Rasyad dan Kolej Fayd al-'Ulum, Sioni. Penulis aktif memberi ceramah dan berdakwah, di samping berpeluang menemui beberapa tokoh besar Islam dan ulama terbilang. Penulis banyak mendapat manfaat melalui bimbingan dan pengalaman tokoh-tokoh dan ulama tersebut. Beliau menubuhkan beberapa pertubuhan yang mengendalikan hal ehwal umat Islam serta mengajak umat Islam menuju ke arah kemajuan dan kecemerlangan. Pertubuhan-pertubuhan ini berjaya menyatukan umat Islam serta merangsang umat Islam agar berpegang teguh kepada agama Islam.

Penulis menghabiskan masa selama empat tahun di Sioni sebelum kembali mengajar di Sekolah Dar al-Ta'lim, Mubarakfur pada tahun 1972, dan kemudian dipindahkan ke Universiti Salafiyyah 1974).

Penulis telah menghasilkan serta menterjemah lapan buah kitab dan risalah, selain menulis artikel untuk majalah dan akhbar. Kajian yang penulis persembahkan kepada Rabitah al-'Alam al-Islami ini merupakan karya kesembilan daripada himpunan kitab dan risalah yang beliau usahakan.

 

(Sumber maklumat daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia)

 

Tahun Diterbitkan:
2019

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 *Order akan sampai mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Mahu tahu lebih lanjut? KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI