Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM100.00 more to FREE shipping


Senah White & Wannababes Kerdil (L195)

RM17.00
Price in points: 17 points
Weight: 0.30 kg
978-967-0411-09-5
5 pieces
+
RM100.00 more to FREE shipping
Add to wish list

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0411-09-5 
Tarikh Terbit: 27 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 320

Berat (kg): 0.30

Kategori: Remaja

Penerbit: Blink Book Sdn Bhd

 

Ini sambungan kisah pengambaraan Fizz Fazlullah dan Tizz Tiranah di alam dongeng. Kes Senahwhite adalah kes keempat yang perlu diselesaikan melibatkan kehadiran The Wannababes seramai tujuh orang di dongeng salji. Misi mereka ialah menyelamatkan Senahwhite dari gangguan pihak musuh dan memastikan kehidupannya terus aman dan bahagia.

The Wannababes yang suka mengutuk dan mengkritik kisah dongeng kini terperangkap di alam dongeng. Mereka hanya boleh keluar dengan syarat kes Senahwhite dapat diselesaikan. Milo yang mula-mula membawa mereka bertemu Senahwhite dan menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan. Fizz dan Tizz yang terkejut melihat kehadiran The Wannababes tanpa pilihan terpaksa menjalinkan kerjasama.

Sementara Fizz, Tizz dan Milo keluar menyiasat siapa pihak musuh yang dengkikan Senahwhite serta mencari jalan penyelesaian, The Wannababes dipertanggungjawabkan tinggal di rumah. Mereka bertemu dengan Ratu yang tidak mengaku perbuatan jahatnya mengugut Senahwhite. Ratu merupakan duta produk Seri Salju selama tiga tahun berturut-turut. Ratu bimbang kedudukannya dirampas oleh Senahwhite. Setiap tawaran berdamai yang diberikan para ejen ditolak mentah-mentah oleh Ratu.

 

Rupa-rupanya Ratu tidak bersendirian. Ada dua pembantu yang berpihak padanya dan dalam diam menjalankan rancangan jahat Ratu. Mereka menyamar sebagai orang biasa dan cuba mencederakan Senahwhite. The Wannababes yang berlagak diva dan tidak bersungguh-sungguh menjaga Senahwhite menyebabkan mereka langsung tidak menyedari kewujudan penjahat.

Selepas berbincang, The Wannababes akhirnya mengubah sikap. Mereka turut bersemangat memberi idea-idea yang bernas. Mereka sepakat untuk mengenakan pihak musuh dengan melakukan penyamaran yang serupa. Pihak musuh tertipu dan mengekori Senahwhite yang palsu. Semasa cubaan untuk menculik, ejen pari-pari yang lain sudah bersiap sedia dengan alat magis terus menyerbu dan menangkap dua orang penjahat terbabit.

 

 

Prolog 1

Bab 1 – Suara Mesin Cermin

Bab 2 – The Wannababes Kerdil

Bab 3 – Mesyuarat di Mac Dodol

Bab 4 – Kejutan Tiga Tetamu

Bab 5 – Temujanji Bersama Ratu

Bab 6 – Aura Penyiasat Diana

Bab 7 – Senahwhite Palsu

Bab 8 – Surat Jemputan Seri Salju

Bab 9 – Gaya The Wannababes

Epilog 

 

 

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI