Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Secret Husband #(L8)

RM32.00
Price in points: 32 points
Weight: 0.40 kg
9789671676042
20 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Secret Husband
ISBN: 9789671676042
Penerbit: Dhuha Publication Enterprise
Penulis: Siti Nur Dhuha
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 570
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover 
Berat (kg):0.4
Dimensi (cm): 18.4 x 11.4 x 2.5

Atas dasar simpati, Aifa Asyikin sanggup berkahwin dengan Jack meskipun baru mengenalinya. Namun disebabkan penampilan Jack yang sangat ‘klasik’ dan terlampau ‘zaman batu’ membuatkan Aifa terpaksa menyembunyikan status suami isteri mereka.

Jack diberikan syarat oleh Aifa. Jika Jack mahu diiktiraf di hadapan semua sebagai suaminya, Jack haruslah membuat perubahan ke atas penampilannya yang tidak ubah bagaikan ketua pengemis dunia itu. Namun, tidak semudah itu untuk Jack bergaya mengikut arus kemodenan masa kini. Dia lebih selesa dengan gaya ‘purbakala’ nya itu.
Dalam melayari bahtera perkahwinan bersama suami rahsianya, Aifa hampir saban waktu pening kepala melayan sikap aneh dan ‘jakun’ Jack. Selain hanya mahu memakan roti sahaja, Jack juga punyai tabiat mengikat straw pada rambutnya dan sentiasa mahu berpakaian usang. Malah Jack suka tidur di bawah katil sedangkan isterinya tidur di atas katil. Itu belum lagi Jack mematahkan side mirror keretanya semata-mata untuk bercermin. Argh! Aifa hampir gila dengan sikap ‘luar alam’ Jack itu.
“Abang tahukan, abang tak boleh keluar dari rumah ni selagi abang tak ubah penampilan abang?” – Aifa Aifa langsung tidak menyangka, suaminya yang sangat misteri itu sebenarnya adalah pewaris harta pusaka jutaan ringgit. Jack ataupun nama sebenarnya Ryan Danish rupanya seorang jutawan. Sekali Jack melakukan perubahan ke atas penampilannya, hampir jatuh terduduk Aifa kerana ketampanan Jack.
“Dengan ini saya lucutkan pangkat ‘Secret Husband’. Sekarang abang adalah ‘Unsecret Husband’. Saya takkan berahsia lagi kewujudan abang dalam hidup saya. Perubahan penampilan abang sudah cukup buat saya gembira.’ -Aifa “Tak pernah dibuat orang bawa calon suami dalam bonet kereta. Kamu ni main-main atau serius Aifa?” -Uthman, ayah Aifa.

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI