Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM99.00 more to FREE shipping


Revolusi Tanpa Budi Tidak Pernah Menang (L25)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.16 kg
9789671476406
1 pieces
+
RM99.00 more to FREE shipping
Add to wish list

REVOLUSI atau sesuatu perubahan yang ingin kita laksanakan, jika berlaku tanpa ilmu dan tanpa adab, ia tak mampu mencapai kejayaan yang hakiki.

Za‘ba sebagai tokoh pembaharu pemikiran Islam tidak berminat untuk membicarakan masalah sifat dua puluh, rukun Iman, rukun Islam, hukum fikah, soal muamalat, soal munakahat, haram halal, sah, batal, wajib, sunat, tasawuf, dan sebagainya. Tetapi memilih untuk bicara perihal akhlak, budi pekerti serta pendidikan orang Melayu.

Beliau begitu cermat memilih tema tulisannya dan hanya menulis perkara-perkara yang membangkitkan kemajuan bangsanya sahaja tanpa memperinci atau memperihalkan perkara yang kurang penting.

Buku ini merupakan himpunan penulisan berinspirasi dari pemikiran Pendeta Za'ba hasil karya sahabat penulis Komuniti Jejak Tarbiah bersama ZF Zamir dan Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Mudahnya, revolusi ini adalah perubahan. Sesuatu perubahan yang kita nak buat, tanpa nilai, ilmu dan adab, ia tak mampu mencapai kejayaan yang hakiki.

Buku ini merupakan himpunan artikel, cerpen, puisi, mutiara kata dan foto-foto rare Za'ba. Antara penulisnya adalah ZF Zamir, serta barisan TIM & sahabat JT yang berwibawa. Pengantar oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi.


ULASAN BUKU

“Sebuah buku yang ringan dan memandangkan penulisnya ramai, ada idea yang sama diulas oleh kebanyakan penulis. Boleh dikatakan majoriti penulis mengulas tentang buku tulisan Za'ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri. Menariknya, buku ini juga mengandungi karya fiksyen seperti puisi & cerpen selain beberapa esei yang mengulas sumbangan Za'ba dalam bidang bahasa & kritikan sosial dan menyentuh serba sedikit peribadi dan latar belakang tokoh ini. Jadi, buku ini sesuai untuk sesiapa yang baru hendak berjinak-jinak untuk mengenali tokoh ini.“

(Maisarah Mohd Pauzi)

“Bagi insan yang baru sahaja ingin menyelami peribadi seorang Za'ba, buku ini cukup sesuai sebagai pengenalan mengenai tokoh yang dihormati ini. Membaca bab demi bab, membuatkan saya teringin sekali untuk membaca karya-karya tulisan beliau pula. Antaranya termasuklah Asohan Budi, Perangai Bergantung pada Diri Sendiri, Mencapai Keluhuran Budi dan banyak lagi. Ternyata, penulis-penulis berjaya memberikan gambaran mengenai perjuangan yang dibawa oleh Pendeta Za'ba. Rugi sekali anak muda yang langsung tidak mengenali perihal tokoh ini.”

(Tengku Khadijah)



“Buku ini adalah buku ringan dalam memulakan pembacaan untuk mengenali Za'ba. Menghimpunkan penulis prolifik dan berpengalaman sehinggalah kepada penulis-penulis muda yang baru. Artikel-artikel yang terhimpun bersifat santai dalam pelbagai bentuk. Separa akademik dan penulisan kreatif.”

(Ahmad Taqiyyuddin)



(Sumber: Goodreads)



ULASAN BUKU REVOLUSI TANPA BUDI

Jenuh memikirkan apa review yang harus ditulis supaya tak terlihat 'bias'. Sejujurnya, selesai membaca buku ini terasa seperti ada suatu kepuasan. Kepuasan kerana boleh dikatakan setiap muka surat yang dibelek sarat dengan ilmu dan manfaat.

Setiap artikel disusun antara santai dan fakta menjadikan ia tidak bosan dibaca. Kata-kata Za'ba yang dikaitkan dengan kehidupan seharian para penulis, daripada tema agama, bangsa, politik, keluarga, dan diri sendiri, mendekatkan lagi Za'ba dengan diri pembaca. Ulasan-ulasan tersebut juga mengajak para pembaca untuk membaca tulisan-tulisan Za'ba secara kritis.

Dalam masa yang sama, buku ini menjadikan saya bermuhasabah diri. Terlalu banyak teguran-teguran membina di dalam buku ini, terutamanya tentang bergantung kepada diri sendiri. Buku ini boleh dikatakan hadir tepat pada masanya. Saat saya amat memerlukan sesuatu untuk mengetuk fikiran yang lesu.

Secara peribadi, antara kata-kata dalam buku ini yang memberi kesan kepada diri saya datang daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang mengulas tentang perangai bergantung pada diri sendiri. Menurutnya, sebagai orang Islam kita sepatutnya lebih memikirkan tentang peranan berbanding hak kita. Walaupun beliau bercakap dalam konteks mengharap syafaat nabi seperti yang diperkatakan oleh Za'ba, diri merasa tersindir dengan kata-kata tersebut.

Apa jua revolusi atau perubahan yang ingin kita lakukan, jika diberi pilihan, pilihlah yang disertai dengan akhlak dan budi yang baik. Dan itu akan mudah dilakukan jika kita mula melatih diri untuk berbuat demikian dalam kehidupan seharian kita. Akuilah yang diri kita tidak sempurna dan berusahalah untuk menjadi lebih baik pada setiap hari. Kerana sebesar-besar revolusi boleh bermula dengan sekecil-kecil usaha.

Semoga bermanfaat. 

Zahrah Yunos



Antara penulis yang menghasilkan karya ini ialah;



1) Ustaz Pahrol Mohd Juoi

2) Zahrah Binti Md Yunos

3) Maryam Hamidah Zulkifli

4) Muhammad Hanapi Jamaludin

5) ZF Zamir

6) Nur Atikah Binti Yusuf

7) Kamil Yazid

8) Kamal Arif Putera

9) Hafizul Faiz

10) Nurul Amal Shaik Mohd Rodhi

11) Norashikin Ali Amat

12) Nurul Suhadah Shuib

13) 'Adnan Hashim

14) Asnan Ahmad

15) Farid Akram

16) Zulhilmi Zakaria

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 *Order akan sampai mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Mahu tahu lebih lanjut? KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI