Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


(OS) Resipi Kontemporari: Ibu Berpantang (L71)

RM5.50
Price in points: 6 points
Weight: 0.10 kg
978-967-411-183-0
Out-of-stock

Format: Paperback
Saiz: 5.5"x 8.5"
ISBN-13: 978-967-411-183-0
Tarikh Terbit: 21 Aug 2013
Jumlah Muka Surat : 48

Berat (kg): 0.10

Kategori: Resipi

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

 

Chef Fazalina Ismail muncul juara dalam Pertandingan Akhir Chef Selebriti Berita Harian 2011 dengan menampilkan sajian asli ala kontemporari. Penulis jemputan ruangan masakan di Majalah RATU dan Berita Harian ini aktif menyertai pertandingan memasak anjuran Nestle, Maggi, Rempah Mak Dara, Adabi, dan banyak lagi. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai chef di beberapa buah hotel di Malaysia. Bakat dalam bidang masakan diwarisi daripada keluarga sebelah ibu beliau. Bakat sejak kecil ini akhirnya menarik minat beliau bagi berkongsi resipi melalui Siri Resipi Kontemporari.

 

  1. Kerabu Pegaga

  2. Sup Ikan haruan

  3. Ikan Bilis Lada Hitam

  4. Singgang Ikan

  5. Peria Katak Masak Asam

  6. Ayam Kampung Masak Selasih

  7. Roti Bakar Kasih Ayah

  8. Sandwic Mama

  9. Bening Ikan Bilis

  10. Brokoli Kukus dengan Ikan Tenggiri

  11. Daging Bakar Lada Hitam

  12. Salad Buah-buahan

  13. Talam Berempah

  14. Botok Pucuk Ulaman dengan Ikan Tenggiri

  15. Ayam Kampung Rendang Ibu

  16. Salad Daging Bakar

  17. Nasi Ulam Mudah

  18. Sup Tomato dengan Roti Bawang Putih

  19. Ayam Kukus Halia

  20. Ikan Merah Kukus

  21. Ikan Haruan Bakar

  22. Minuman Jus Permata Hatiku

  23. Spaghetti E Olio Kasih Tersimpul

 

**************************************************************************************************

Review

 

Betapa besarnya cabaran para ibu di dunia. Sembilan mereka bersusah payah membawa kandungan yang sarat. Kemudian, mereka bertarung dengan maut pada saat mahu melahirkan anak. Selepas itu, mereka terpaksa berpantang pula untuk mengembalikan kekuatan dan memulihkan kecederaan sewaktu bersalin. Pemakanan yang sihat dan berkhasiat menjadi sangat penting untuk para ibu yang berpantang.

Memahami hakikat ini, sebagai seorang ibu yang dianugerahkan dengan bakat memasak, Chef Fazalina berkongsi 23 resepi ibu berpantang yang mudah disediakan. Chef Fazalina adalah Juara Pertandingan Akhir Chef Selebriti Berita Harian 2011 dan pernah berkhidmat sebagai chef di beberapa buah hotel di Malaysia.

Resepi ibu berpantang ini sesuai untuk ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan. Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini juga mudah didapati di mana-mana kedai yang berhampiran. Cara memasak 23 resepi ini disusun mengikut aturan yang mudah diikuti. Komitmen buku resepi PTS sangat jelas. Resepi mudah, gerenti jadi.

Tambah memudahkan, kebanyakan resepi dalam buku ini mampu disiapkan dalam masa kurang daripada 30 minit. Setiap resepi juga dilengkapkan dengan tip kesihatan dan tip memasak yang berguna untuk ibu berpantang. Pada harga hanya RM5.50, 23 resepi istimewa dalam buku akan memberikan kepuasan maksima buat para ibu yang berpantang.

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI