Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM99.00 more to FREE shipping


Rentaka Sekalian Bijasura: Edisi Kemas Kini (L194)

Rak: L27
RM40.00
Price in points: 40 points
Weight: 0.54 kg
9789670774602
3 pieces
+
RM99.00 more to FREE shipping
Add to wish list

SINOPSIS

 

RENTAKA ialah sejenis meriam kecil mudah alih yang terkenal di Nusantara sebelum diceduk konsepnya oleh pihak Belanda dan Sepanyol. BIJASURA adalah hulubalang elit istana mengiringi Raja dan melakukan tugas-tugas intelligence  Kesultanan Melaka. Anda masih beranggapan sejarah Melayu kita tidak hebat yang hanya memakai keris dan tombak?

Kita tidak perlu lagi takut dengan sejarah kita sendiri.

Sejarah kita bukanlah hulubalang dan keris yang tewas dengan meriam-meriam Portugis. Sejarah yang diceritakan tanpa asas-asas yang kukuh hanyalah dongengan semata.

Rentaka Sekalian Bijasura adalah senjata yang ditempa Srikandi untuk semua. Walau hitam aau putihnya sejarah itu, ia mesti mendidik kita menjadi berani dan kuat. Sejarah bukan lagi untuk berpenglipur lara menalir air mata, tetapi sebagai azimat perjuangan membantai kelesuan hidup, mengalir sebagai adiwira.

 

ULASAN

 

"Rentaka Sekalian BijaSura" merupakan karya persendirian Cik Srikandi yang ke 3 selepas "Emas Para Dapunta & Maharaja" dan "Baiduri Segala Permaisuri". Karya ini sememangnya ditulis sebagai sebuah battlecry untuk membangunkan semula semangat dan jati diri anak bangsa yang semakin hanyut dan lena dibuai mimpi indah.

Buku ini mengetengahkan kepada pembacanya maklumat - maklumat yang menarik yang jarang didengari dan ada juga yang belum pernah diketahui langsung oleh masyarakat umum tentang sejarah - sejarah dikawasan Asia Tenggara khususnya dikawasan Nusantara, maklumat sejarah ketamadunan dan kerajaan bangsa Melayu silam.

Buku ini juga menjawab beberapa persoalan yang masih membelenggu pemikiran ramai masyarakat Melayu sendiri seperti asal usul bangsa Melayu. Ianya dibentangkan dari sudut kajian saintifik, linguistik, genetik dan arkeologi. Terdapat banyak perkara yang dicatat didalam buku ini yang tidak diajar di sekolah terutama sekali dalam silibus pembelajaran subjek sejarah di peringkat sekolah rendah dan menengah. Malah ada juga perkara yang kontradik antara apa yang dipersembahkan dalam buku ini dengan buku  buku teks disekolah.

Apa - apa pun buku bukan sahaja sesuai dimiliki dan dibaca oleh para peminat sejarah. Digalakkan setiap individu yang berbangsa Melayu memiliki dan membaca karya ini agar dapat menaikkan semula semangat dan jati diri sebagai seorang anak Melayu dan dapat membalas hujah mana - mana pihak yang cuba menjatuhkan martabat bangsa Melayu.

 

ISI KANDUNGAN

 

DEDIKASI

SEMBAH SALAM

PRAKATA OLEH PRESIDEN PATRIOT MALAYSIA

PRAKATA OLEH PROF MADYA MOHD ABDAD MOHD ZAIN

SEDUTAN CERAMAH KEDAH TUA: SEJARAH & TINGGALAN BUDAYA

PENGGUNAAN KOTA & KUBU DI ALAM MELAYU

"SAYA CUKUP PELIK ORANG MELAYU TAK SAYANG WARISAN SENDIRI"

....

PUISI: SYAIR SUZANA

KAYANGAN

LANGIT

MATAWANG BIA

BINI

PULO CONDORE

GULAI KAWAH & SOS KEROPOK LEKOR

BIARA SRIVIJAYA DI NAGAPATTINAM

LAKORN CHATRI

THE LEGEND OF TANAH SARI

KHMER KROM

KING OF THE STRAIT

THE TWO JEWEL BOXES FOR US

PAMOR

MAKSUD PERKATAAN 'JAWA'

....

PUISI BERALIH

ASAL USUL MELAYU DARI SEGI KAJIAN SAINTIFIK

MUKADIMAH: WUJUD & MERDEKA

ASAL-USUL MELAYU DARI SEGI KAJIAN-KAJIAN DALAM BIDANG LINGUISTIK

ASAL-USUL MELAYU DARI SEGI KAJIAN-KAJIAN DALAM BIDANG GENETIK

LAMPIRAN 1 & 2

ASAL-USUL MELAYU DARI SEGI KAJIAN-KAJIAN DALAM BIDANG ARKEOLOGI

PUISI: TAMAN GETHSEMANE

BIBLIOGRAFI

KREDIT

KREDIT FOTO

Penerbit:
Write & Brave
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
108 Muka Surat
Rak:
L27

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 *Order akan sampai mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Mahu tahu lebih lanjut? KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI