Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Pustaka Permata Ummah

RM20.00
"Hanya Islam satu-satunya  agama daripada Allah yang dapat  memenuhi seluruh fitrah kejadian  manusia dengan cara yang  saksama secara menyeluruh dan...
22 pieces
+
Add to wish list

RM50.00
Buku ini merupakan himpunan karya Tuan Guru Presiden PAS yang memberi tasawwur praktikal terhadap Budaya Politik Matang dan Sejahtera. PAS telah memperkenalkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dan gagasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Susulan daripada itu, banyak tindakan politik PAS yang dilihat tidak popular tetapi tetap dilaksanakan kerana kepentingan rakyat, agama dan negara. Buku ini memberi gambaran tindakan-tindakan tersebut dengan pengaplikasian budaya politik yang sebenarnya telah dilaksanakan oleh PAS sejak daripada dahulu lagi. Apa yang menarik dalam buku ini? 1. Sebuah buku Politik Islam (Siyasah Syar’iyyah) yang bukan sahaja menceritakan berkenaan teori politik Islam, bahkan aplikasinya dalam realiti politik. 2. Penjelasan isu penting negara dengan rangkuman sejarah, fakta, nas syarak serta pertimbangan maslahat dalam meletakkan pendirian sebagai parti politik Islam. 3. Penerangan praktikal berkenaan konsep politik Islam, kaedah penilaian politik dan akhlak dalam berpolitik. 4. Pendedahan Budaya Politik Matang & Sejahtera dan prinsip-prinsipnya dengan mengemukakan bagaimana aplikasi kepada gagasan ini dilaksanakan oleh PAS. 5. Rakaman peristiwa-peristiwa semasa dalam politik negara dan antarabangsa serta pendirian PAS dalam menanggapi isu tersebut.
23 pieces
+
Add to wish list

RM25.00
Sempena bulan kemerdekaan ini, Pustaka Permata Ummah dengan sukacitanya menerbitkan sebuah lagi karya epik tulisan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang berjudul Islam dan Kebangsaan. Buku ini mengajak para pembaca memahami maksud Islam yang sebenar serta perkaitannya dengan kebangsaan. Buku ini juga menerangkan konsep kenegaraan Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
34 pieces
+
Add to wish list

RM30.00

DARI JENDELA IJN, TUAN GURU MENYIAPKAN SEBUAH BUKU MUKJIZAT AL-QURAN .

“Di ruangan masa ketika menerima rawatan yang dilalui di Institut Jantung Negara (IJN), saya mengambil kesempatan mendengar bacaan al-Quran secara tadabbur sebagai penawar menghadapi kesakitan, tiba-tiba terlalu banyak penemuan ilmu yang terpancar daripadanya. . Iinilah sedikit catatan yang tidak mungkin mencapai noktah yang halus daripada lautan ilmu mukjizat al-Quran yang tidak bertepi. Mudah-mudahan tulisan ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua.” – Abdul Hadi Awang . Membaca Muqadimah buku “Celupan Jarum Kecil di Lautan Ilmu Al-Quran” karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sudah membuat hati rasa sebak. . Di saat kesakitan menimpa diri akibat jantung dibedah, dicarinya al-Quran sebagai penawar ketenangan diri. . Allahu... . Sungguh istimewa buku ini, ditulis di waktu seorang hamba penuh pengharapan kepada Allah dan di waktu sukar mengubat kesakitan. Tapi Allah lebih tahu dan menyayanginya, diberikan ilham yang mencurah-curah melihat keajaiban mukjizat al-Quran yang tiada bandingan dan tandingannya. . Buku ini menjadi saksi bahawa al-Quran sumber kekuatan bagi seorang hamba. Peganglah al-Quran di waktu kita lemah. Pasti terpancar cahaya yang tidak disangka-sangka kurniaan Allah. . Buku ini adalah bukti keagungan kitab suci Ilahi. . Allah hadiahkan mukjizat al-Quran di waktu hamba-Nya bergantung sepenuh pengharapan kepada-Nya.

10 pieces
+
Add to wish list

RM15.00

Buku ringkas terbaru karya Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertemakan kepimpinan telah siap dicetak. Buku ini menerangkan berkenaan kepimpinan dalam Islam serta kriteria kepimpinan yang perlu diteladani oleh para pemimpin Islam daripada para anbiya'. Rasulullah dan para anbiya merupakan contoh teladan bagi seluruh umat Islam, justeru kepimpinan yang terbaik adalah yang mengikuti jejak langkah mereka.

Salah faham terbesar umat Islam hari ini apabila menganggap Islam hanyalah pada ibadah ritual semata-mata. Sedangkan Islam itu adalah cara hidup, dan dibuktikan dengan contoh teladan Rasulullah yang menunjukkan perlaksanaan Islam  dalam diri, masyarakat dan negara yang membawa rahmat kepada seluruh alam. 

 

Ikuti cuplikan daripada prakata buku ini daripada Tuan Guru :

"Buku ini mengangkat tema qiadah atau kepimpinan Anbiya' AS sebagai role model. Aturan kepimpinan mestilah menepati prinsip dan piawaian yang telah digariskan oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu memimpin Negara Islam Madinah Al-Munawwarah yang bermasyarakat Madani. Begitu juga panduan yang telah diwariskan oleh para Anbiya' AS terdahulu."

 

15 pieces
+
Add to wish list