Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Perihal Keadilan: Tinjauan Wacana Keadilan Moden (Q21)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.45 kg
9789672165569
1 pieces
+
Add to wish list

Sejujurnya saya terkejut membaca karya seorang intelektual muda Melayu yang sangat brilian, Hazman Baharom. Ia, dengan wawasan yang luas dan penghayatan yang menukik jauh ke dalam, mengevaluasi secara kritikal hal ihwal mengenai keadilan. Di dalam karyanya Hazman sekaligus mampu membaca konteks keadilan masyarakat setempat, yakni masyarakat Melayu di masa kini, dengan posisi pemihakan yang jelas: berdiri bersama kaum termarjinalkan. Bagi para intelektual, sarjana dan siswa universiti dan sekolah menengah, sangat perlu membaca karya ini. Karya penting ini akan membawa para pembacanya ke arah yang tepat dan jelas, secara sistematis dan gaya bahasa yang mudah dimengerti, mengalir dan enak dibaca.

Hasnan Bachtiar, Presidium Jaringan Intelektual Muda Muhammadiyah (JIMM)

 

Apapun, membaca buku ini ialah menonton perkelahian teori keadilan yang begitu rencam dan meriah. Umpama menonton Rawlsian bertinju dengan teori-teori keadilan lain tanpa sedikit pun mengalah. Perlawanan yang dipersembahkan bakal menjanjikan wacana yang segar dan riuh dari kalangan pengkritik khususnya. Akhir sekali, bagi mereka yang laparkan ilmu, dahagakan teori, rindukan perdebatan wacana, saya yakin, buku tidak akan sesekali mengecewakan anda.

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia

 

 

Apabila berlaku sesuatu ketidakadilan seperti pembunuhan beramai-ramai, pembantaian etnik, penindasan golongan miskin oleh golongan kaya, atau diskriminasi kaum serta gender, kita lazimnya akan merasa tidak selesa. Tetapi jika kita mahu bergerak maju membentuk sebuah masyarakat yang adil, apakah yang dimaksudkan dengan keadilan? Apakah landasan idea yang memandu konsep keadilan yang kita pegang?  Buku ini akan meninjau bagaimana pemikir-pemikir sepanjang sejarah, khususnya pada zaman moden, berfikir tentang konsep keadilan. Dari situ, terdapat banyak pengajaran penting untuk kita yang sedang hidup pada zaman yang serba mendesak ini.

 

Author:

Hazman Baharom ialah pensyarah Pengajian Malaysia dan Pengajian Moral di Kolej Kesihatan Ramsay Sime Darby. Beliau juga menganggotai Jawatankuasa Etika Bebas (IEC), Ramsay Sime Darby Health Care. Selain itu, beliau ialah felo Islamic Renaissance Front (IRF) dan kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM). Beliau telah menterjemahkan dua buku; ‘Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal: Membentuk Teori Demokrasi untuk Masyarakat Muslim’ oleh Nader Hashemi, dan ‘Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori’ oleh Asma Afsaruddin. Beliau juga penulis buku ‘Renungan Kemasyarakatan’ yang terbit pada 2016.

Penerbit:
Gerak Budaya
Tahun Diterbitkan:
2019
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
278 Muka Surat

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI