Format: Paperback
Saiz: 5"x7"x0.28"
ISBN-13: 978-967-366-152-7
Tarikh Terbit: 23 Nov 2012
Jumlah Muka Surat : 232
Berat (kg): 0.35
Kategori: Islam, Perundangan & Shariah,Politik & Sejarah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
================================================
SARI RANSANG
(Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1901 ketika ditawarkan oleh Tiodore Hertzel (Ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa dan antara pemimpin tertinggi freemasonry). Dipetik daripada kitab Kaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah, halaman 26)
- Faktor kekuatan tentera Israel yang memenangi Perang Arab-Israel 1947-1948,Perang Suez 1956, dan Perang Enam Hari 1967, Perang Yom Kippur 1973
- Faktor kelemahan tentera gabungan Arab yang mendorong kekalahan kepadaIsrael.
- Strategi yang digunakan oleh kedua-dua pihak.
- Perjanjian Camp David: Sebab dan kesan ke atas Palestine dan Negara-NegaraArab di sekitarnya.
- Konflik Israel-Lubnan (1978-2006): Harapan buat Negara-Negara Islam?
- Palestine: Kesengsaraan, bantuan Luar dan harapan masa depan.
=====================================================================
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan
BAB 1: Palestin Pada Awal Kurun Ke-20 dan Pertumpahan Darah Bermula
Pertumpahan Darah Bermula
Campur Tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Seperti Tikus Membaiki Labu
Perang Arab-Israel I (1947)
Arab Legion Army (ALA): Pembela Nasib Palestin
Kronologi Perang 1947 Sehingga Ambang Perang Kemerdekaan
BAB 2: Perang Arab-Israel II (Perang Kemerdekaan - 1948)
Perisytiharan Kemerdekaan
Perang Bermula
Langkah Strategik Ben Gurion
Taring Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pembunuhan Perunding Damai PBB
Semangat yang Kian Pudar
Kronologi Perang Kemerdekaan 1948 Impak Peperangan Arab-Israel I&II
Profil David Ben Gurion
Manusia Tanpa Ehsan
BAB 3: Perang Arab-Israel III (Perang Suez - 1956)
Terusan Suez Mencetuskan Krisis
Protokol Sevres
Operasi Kadesh: Strategi Serangan Israel Israel Memulakan Gerakan Tentera Darat
Pertempuran Udara
Tentera Laut Mesir Tenggelam dengan Mudah
Serangan Ke Atas Suez oleh British dan Perancis
Reaksi Antarabangsa
Tekanan Kewangan
Kesan Perang 1956
BAB 4: Perang Arab-Israel IV (Perang Enam Hari – 1967)
Memberi Kepercayaan kepada Pihak yang Salah
Para Pemimpin Bertikam Lidah
Analisis Kekuatan Tentera
Kegagalan Mengenal Pasti Kekuatan Musuh
Punca Kekalahan
Serangan ke atas Bukit Gholan
Kronologi Perang 1967
Mesir dan Syria Diaibkan
Akibat Melupakan Islam
Profil Jamal Abdel Nasser – Presiden Mesir Kedua (1922–1970)
Dasar Luar Mesir Di Bawah Jamal Abdel Nasser
Impian Menjadi Pemimpin Dunia Arab
Nasser dan Campur Tangan di Yaman
BAB 5: Perang Arab Israel V (Perang Yom Kippur – 1973)
Langkah Awal Anwar Sadat
Amerika Syarikat dan Israel Tersalah Perkiraan
Api Peperangan Semakin Membara
Perang & Pengkhianatan
Selepas Perang & Kesan Perjanjian Damai
Profil Anwar Sadat (1918 – 1981)
Perang Yom Kippur: Permainan Korporatis Yahudi
Pembunuhan Sadat
BAB 6: Konflik Israel-Lubnan (1978–2006)
Kemunculan Hizbullah: Singa Lubnan Selatan
Perang Hizbullah-Israel (2006)
Israel Dihina Melalui Perjanjian Damai
Gaza: Tragedi Kemanusiaan Terburuk Pernah Disaksikan Dunia
Kekejian yang Disokong Amerika Syarikat
BAB 7: Kemusnahan Berleluasa Akibat Elemen Yahudi
Perancangan Jangka Panjang Yahudi Melalui NATO
Internet Sebagai Media Pencetus Kekacauan
Rangkaian Laman Sosial
Iktibar Di Sebalik Sejarah Persengketaan Arab-Israel
Kisah Yasser Arafat
Apakah Pendirian Kita?
BIBLIOGRAFI
============================
ULASAN
Dalam apa perkara sahaja yang kita belajar, biasanya kita terlebih dahulu diajarkan berkenaan asal-usul atau sejarah sesuatu perkara itu. Itu semua bukan sekadar pengetahuan am tetapi peranannya jauh lebih besar daripada itu.
Misalnya sahaja, kita belajar berkenaan ekonomi, pada suatu ketika kita akan diajarkan berkenaan sejarah ekonomi, bagaimana sesuatu teori matematik itu terbentuk. Bila dan mengapa. Sejarah itu bertujuan supaya pemahaman kita semakin kuat. Jadi apabila berdepan dengan sesuatu masalah ekonomi, kita dapat terus kaitkan masalah tadi kepada sejarah yang sudah kita pelajari. Lebih utama, kita mendapat idea kepada masalah tadi.
Begitu jugalah dalam isu Palestin. Apabila ditanya kepada kita, di mana kita harus bermula bagi membantu rakyat Palestin? Kita boleh mulakan dengan mempelajari sejarah konflik Palestin-Israel itu sendiri. Dengan mempelajari sejarah konflik Israel-Palestin, kita akan tahu di mana 'lubang' yang perlu ditutup dan 'pintu' mana yang perlu dibuka.
Mempelajari sejarah Palestin-Israel boleh dimulakan dengan membaca buku dan di PTS, Perang Arab Israel: Selagi Belum Kiamat
Kefahaman kita bagaimana konflik itu tercetus dan mengapa, hanya akan membawa kita kepada kefahaman yang lebih jitu. Kita tidak sekadar terbawa emosi dan mudah dipancing emosinya. Dalam novel Perang Arab Israel 1973 kefahaman kita semakin diperincikan. Bukan sahaja kepada perangai Israel, malah kepada bangsa Arab itu sendiri, dan sebagai orang Islam kita pasti tahu doa jenis apa yang kita mahu minta, selain meminta kehancuran negara Zionis itu sendiri. Namun, akar kepada permasalahan itu sebenarnya sudah terjadi beribu tahun dahulu. Dalam buku Biografi Muhammad bin Abdullah ada bahagian-bahagian menceritakan bagaimana hubungan Nabi junjungan kita dengan orang Yahudi. Bagaimana Yahudi itu sangat licik dan menjadi duri dalam daging kepada pemerintahan Islam di Madinah.
Semakin kuat pemahaman kita berkenaan masalah Israel dan dunia Arab, mungkin sudah tiba masanya kita menguji pemahaman kita itu, dengan membaca novel 'Gadis Kecil di Pinggi Gaza'. 'Menguji' di sini, bermaksud adakah dengan kefahaman kita tadi, kita dapat menyelami hati gadis dalam watak itu? Adakah dengan kefahaman kita tadi, kita semakin bersemangat bagi membela orang Palestin itu sendiri.
Ini kerana kisah dalam novel itu, hanya secubit daripada duka rakyat Palestin. Duka yang kita mampu kenali daripada sejarah konflik Israel Palestin itu sendiri.