Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Pendidikan Al-Quran: Kunci Menjiwai Kalam Tuhan (O2)

RM15.00
Price in points: 15 points
Weight: 0.21 kg
OS
Out-of-stock
Add to wish list

===================

ISBN-13: 978-967-0127-42-2 
Tarikh Terbit: 14 Dec 2012
Jumlah Muka Surat : 148

Berat : 0.21kg

===================

 

Sinopsis

 

Buku Pendidikan Al-Quran karya Prof. Madya Dr. Mohd Yusuf Ahmad membincangkan tentang pendidikan yang diperoleh setiap orang dengan membaca, memahami serta mengkaji Al-Quran. Antaranya ilmu pendidikan, falsafah, perundangan, pentadbiran, sains, sosial, dan sejarah.

 

 

Bahagian 1: Al-Quran dan Sejarahnya

Bab 1: Sejarah Al-Quran

Bab 2: Tasrif dan Takrif

Bab 3: Ciri-Ciri Al-Quran

Bab 5: Kaedah Al-Quran Disampaikan

Bab 6: Penulisan dan Pengumpulan Al-Quran

 

Bahagian 2: Al-Quran Kitab Ilmu

Bab 7: Sumber Ilmu

Bab 8: Pendidikan Al-Quran

 

Bahagian 3: Mukjizat Agung

Bab 9: Kelebihan Al-Quran

Bab 10: Adab-Adab Membaca Al-Quran

 

******************************************************************************

Review

Demi Allah, kata-katanya (Al-Quran) itu ada kemanisan, di atasnya keindahan, di bawahnya kesuburan, dan bahagian atasnya berbuah. Kata-katanya mengatasi yang lain dan ia tidak dapat diatasi. Sesungguhnya ia bukan daripada ucapan manusia.” Inilah kata-kata yang jelas mengungkapkan keindahan Al-Quran. Kehebatan dan keindahan Al-Quran melemahkan pihak lain dan tiada yang dapat menandingi Al-Quran.

Isi kandungan Al-Quran terpelihara selama-lamanya, bahasanya memukau, sasteranya indah, hukum-hakamnya mantap, dan ajarannya relevan untuk sepanjang zaman. Al-Quran bukan semata-mata bahan bacaan untuk tujuan kerohanian, tetapi melangkaui sempadan ilmu manusia yang terbatas. Ia merangkumi segala perkara yang berkaitan dengan cara hidup seharian manusia.

Al-Quran adalah petunjuk yang benar dan menjadi rujukan yang sahih. Isi kandungannya meliputi segala cabang ilmu dan pendidikan. Setiap pakar dalam bidang masing-masing, termasuklah orang bukan Islam sentiasa memanfaatkan Al-Quran sebagai sumber keilmuan utama.

Teori dan hipotesis yang dikemukakan oleh manusia sentiasa ada kelemahannya. Ia terdedah kepada kekurangan dan kesilapan. Namun, berbeza dengan Al-Quran. Faktanya sentiasa terbukti tepat dan benar. Sebenarnya, Al-Quran tidak memerlukan kepada pembuktian oleh fakta sains atau pengesahan daripada mana-mana profesor sekalipun. Sebaliknya, Al-Quranlah yang dijadikan sebagai pengesahan dan rujukan mereka. Tambah menarik lagi, Al-Quran bukan semata-mata membuktikan kesahihannya dalam bidang ilmu, tetapi sentiasa membawa manusia untuk mengakui kewujudan Tuhan yang esa disebalik segala perkara.

Menerusi buku “Pendidikan Al-Quran” Prof. Madya Dr. Yusuf Ahmad membantu kita untuk lebih menjiwai kalam Tuhan yang agung ini. Buku ini membincangkan tentang pendidikan yang diperoleh setiap orang dengan membaca, memahami, dan mengkaji Al-Quran. Penulis membimbing kita meneroka keajaiban Al-Quran dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Olahan buku ini dapat membantu kita menguasai inti pati yang terdapat dalam Al-Quran. Dapatkannya segera di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

 

No posts found

Write a review

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI