Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


PAS & Pilihan Raya (L22)

Rak: L22
RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.27 kg
9789671196915
10 pieces
+
Add to wish list

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6’ x 9’
ISBN-13: 978-967-11969-1-5
Jumlah Muka Surat: 180
Berat (Kg): 0.27
===========================

SINOPSIS

 

Berdasarkan kepada penelitian saya, buku ini padat dengan data dan fakta yang tepat mengenai penyertaan PAS di dalam setiap PRU. Lebih penting lagi, buku ini turut disertai dengan analisa yang mantap ke atas data dan fakta tersebut, khususnya yang menyentuh tentang pretasi PAS dalam setiap PRU, terutamanya PRU terakhir yang disertai oleh PAS, iaitu PRU 13. Cadangan-cadangan yang dikemukan oleh penulis buku ini di dalam segmen unjuran masa depan pula, yang diasaskan kepada analisa ke atas data dan fakta tersebut, pada pendapat saya, sangatlah objektif, rasional dan perlu dimanfaatkan bagi memantapkan lagi prestasi PAS dalam PRU 14. Tahniah kepada Saudara Hasbie Muda kerana berjaya menyiapkan satu karya yang berkualiti dalam tempoh yang agak singkat.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOF – Penganalisis Politik

Buku ini menyentuh perjalanan politik PAS khususnya dalam pilihan raya sejak tahun 1955 sehingga ke 2013. Penulis memuatkan angka-angka penting bagi memperlihatkan pencapaian PAS sejak pilihan raya pertama hingga yang paling akhir baru-baru ini. Sesuatu yang menarik, penulis tidak apologetic untuk mengakui bahawa PAS dan UMNO masih jauh perbezaan dari segi pencapaian, tetapi PAS berpotensi untuk menumbangkan UMNO sekaligus merampas tampuk kekuasaan.

MOHD SAYUTI OMAR – Penulis & Penganalisis Politik

Untuk memahami perjalanan PAS dalam pilihan raya sejak 1955, buku ‘PAS & Pilihan Raya’ ini adalah naskah wajib unutk dihadam oleh semua penyokong PAS. Sudah pasti, buku ini memerlukan banyak lagi perbincangan dan diskusi yang lebih mendalam supaya pelbagai rumusan penting dapat dihasilkan, tetapi kewujudan naskah sebegini mampu mewujudkan atmosfera ilmu yang lebih rencam dalam kalangan masyarakat khususnya pendokong parti dalam membincangkan isu-isu politik secara ilmiah dan saintifik.

SUHAIZAN KAYAT – Ketua Pemuda PAS Malaysia

Genre penulisan akademik dan penulisan popular mempunyai kekuatan, kelemahan dan kelompok pembacanya yang tersendiri. Penulisan akademik yang sarat dengan data dan angka hanya memasukkan sumber-sumber yang abash manakala penulisan popular pula lebih mendapat perhatian pembaca kerana unsur penceritaanya yang lebih menarik, ringan dan santai. Saudara Hasbie memilih untuk menggabungkan kedua-dua jenis penulisan ini. Karya berunsur akademik yang sarat dengan fakta dan angka tetapi dipersembahkan dengan gaya yang santai dan ringan. Sangat sesuai untuk rujukan para akademia, pelajar siswazah, penyelidik, orang politik dan juga khalayak umum.

DR MOHD YUSRI IBRAHIM – Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu

Rak:
L22

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI