Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM100.00 more to FREE shipping


(OS) Paksi 40 Imam Nawawi Versi Jawi (OP5) (SR)

RM10.00
Price in points: 10 points
Weight: 0.21 kg
978-967-411-457-2
152 pieces
+
RM100.00 more to FREE shipping
Add to wish list

==================
Judul: Paksi 40 Imam Nawawi (versi jawi)
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5"
ISBN-13: 978-967-411-457-2
Jumlah Muka Surat : 200
Berat: 210 gram
==================

Sinopsis

Buku ini adalah terjemahan kitab Al-Arba'in An-Nawawiah, iaitu himpunan 42 hadith yang dipilih oleh Imam Nawawi.

Buku ini merakamkan pelbagai nasihat Nabi Muhammad s.a.w. untuk sekalian manusia, yang mencakupi persoalan-persoalan asas dalam hidup kita.

=================
BIOGRAFI IMAM NAWAWI
=================

Nama sebenar Imam Nawawi adalah Abu Zakaria Yahya bin Sharaf al-Nawawi. Beliau dilahirkan disebuah kampung bernama Nawa, tidak jauh di luarkota Damsyik (Damascus) di Syria, pada tahun 631 Hijrah bersamaan tahun 1233 Masihi. Gelaran Nawawi berasal daripada nama kampungnya, Nawa.Beliau membesar di Nawa sehingga berusia 19 tahun. Kemudian beliau pergi melanjutkan pelajarannya ke Damsyik dan tinggal di sana. Pada awalnya, beliau meminati bidang perubatan, tetapi kemudian menukar fikirannya dan beralih sepenuhnya kepada bidang agama yang diminatinya.Selepas tamat pengajian, beliau terus tinggal di kota itu sambil berkarya dan berkuliah dalam mata pelajaran yang dianggap penting pada masa itu.

Beliau kemudian pulang dan menetap di kampung asalnya, Nawa dan meninggal dunia pada usia 46 tahun, tahun 676 Hijrah bersamaan 1278 Masihi. Sepanjang usianya,beliau tidak pernah berkahwin dan menumpukan seluruh hidupnya dalam agama. Antara karya-karyanya yang terkenal adalah Riyadus Salihin, Sharah Sahih Muslim, Al-Azhar, Al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran, Al-Irshad wal-Taqrib fi Ulum al-Hadith, dan Al-Minhaj. Karya Sharah Muslim digunakan sebagai buku teks standard bagi pelajar-pelajar bidang hadis. Manakala, karya al-Minhaj digunakan sebagai buku teks standard bagi pelajar-pelajar bidang fikah.

 

 

No posts found

Write a review

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI