Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM100.00 more to FREE shipping


(OS) Perjanjian Hudaibiyah (Q19)

RM24.00
Price in points: 24 points
Weight: 0.30 kg
978-967-408-045-7
1 pieces
+
RM100.00 more to FREE shipping
Add to wish list
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-408-045-7
Tarikh Terbit: 27 Feb 2012
Jumlah Muka Surat : 264 
Berat(kg): 0.30
 
 
Bertitik tolak daripada mimpi Rasulullah SAW, beliau bersama 1,400 orang Islam Madinah menuju ke Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah. Kaum musyrikin Makkah yang tidak gembira dengan khabar kedatangan rombongan umat Islam dari Madinah, sudah sedia menunggu dengan senjata terhunus. Saidina Uthman bin Affan dihantar bagi berunding, namun tersebar pula berita yang beliau tewas di tangan musuh.
Demi sebuah perdamaian, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju mengikat perjanjian yang dilihat memihak kepada musyrikin Makkah. Namun, hakikatnya ia mengandungi seribu hikmah buat umat Islam. 
Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian sebelas syarat yang sebenarnya membuktikan ketenangan dan kebijaksanaan seorang utusan Allah.
 
 
*****************************************************************
 
REVIEW
 

Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian yang tidak dimulai dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim. Perjanjian ini juga tidak mengiktiraf Muhammad bin Abdullah sebagai Rasulullah. Lebih teruk lagi, perjanjian ini sangat merugikan orang Islam dan menguntungkan orang kafir. Justeru, bagaimanakah perjanjian yang sebegini rupa tetap dipersetujui oleh Rasulullah dan orang Islam?

Pastinya, Rasulullah tidak akan mengkhianati Islam dan Allah sentiasa menolongnya. Allah dan Rasul-Nya jualah yang lebih tahu akan hikmah perjanjian ini. Walau bagaimanapun, Allah yang Maha Pemurah tidak sesekali membiarkan para hamba-Nya ternanti-nanti sekian lama untuk mengecapi nikmat perjanjian ini. Dalam masa yang singkat sahaja, terbuktilah yang Perjanjian Hudaibiyah adalah satu kemenangan besar buat orang Islam. Lebih manis lagi, kemenangan ini disusuli pula dengan kejayaan umat Islam membuka semula Kota Makkah yang dikuasai oleh orang kafir.

Perjanjian Hudaibiyah adalah medan tarbiyah. Rasulullah mempamerkan kebijaksanaan dan ketenangan sebagai pemimpin yang agung. Para sahabat pula membuktikan perpaduan yang kukuh serta ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah. Kesetiaan mereka kepada persaudaraan Islam juga jelas terbukti apabila mereka sepakat mahu menuntut bela kematian Uthman. Rentetan daripada peristiwa inilah pihak kafir Quraisy terpaksa menghantar wakilnya untuk memeterai perjanjian damai dengan umat Islam.

Dengan gaya penceritaan yang menarik, penulisnya berjaya menghidupkan peristiwa Perjanjian Hudaibiyah seolah-olah ia berlaku di depan mata kita. Babak-babaknya diperincikan lengkap dengan elemen suspen, debaran, dan kegembiraan yang mampu menggugah emosi para pembaca.

Itulah kelebihan novel ini dalam mengungkapkan satu peristiwa agung dalam Islam. Rakaman sirah yang dipaparkan mampu menyuntik semangat dan memacu perjuangan umat Islam. Penceritaannya juga dapat membangkitkan kecintaan kita kepada Islam, sekaligus menyuburkan semangat jihad dalam diri kita.

 

No posts found

Write a review

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI