Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM100.00 more to FREE shipping


(OS) Panduan Memborong di Vietnam (OP3)

RM17.00
Price in points: 17 points
Weight: 0.33 kg
978-967-369-169-2
3 pieces
+
RM100.00 more to FREE shipping
Add to wish list

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-369-169-2
Tarikh Terbit: 30 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 240

Berat (KG) :  0.33

=================================

Untung berganda:

Buku ini menyediakan panduan lengkap untuk para usahawan mengaut keuntungan berganda dan memborong pelbagai barangan berkualiti pada harga termurah.

Murah dan berkualiti:

Produk buatan Vietnam mempunyai pasaran dan permintaan tinggi di Malaysia. Produk-produknya berkualiti, memenuhi cita rasa tempatan, dan ditawarkan pada harga yang berpatutan. Buku ini menyenaraikan plaza-plaza borong yang membekalkan barangan berkualiti pada harga termurah.

Tip survival:

Orang yang tersesat di padang pasir sekalipun mampu hidup, inikan pula usahawan yang pergi memborong di Vietnam. Makanan halal, hotel yang murah, pengangkutan terbaik, teknik tawar-menawar, teknik mengesan penipuan, dan panduan memborong dihuraikan secara terperinci dalam buku ini.

Lengkap dan terperinci:

Panduan memborong dalam buku ini lengkap dengan lokasi plaza borong, lokasi restoren halal, panduan keselamatan, tip survival, dan strategi memborong bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum.

Panduan dan teknik tambahan:

  • Teknik tawar-menawar dan mengambil hati peniaga Vietnam

  • Panduan memilih produk yang laris di pasaran

  • Panduan menghantar barangan ke Malaysia dengan cepat, murah, dan selamat

  • Panduan beribadah dalam kesibukan di plaza borong

     

     

    Dedikasi

    Prakata

    Pengenalan

     

    Bahagian 1: Pengenalan Tentang Vietnam

     

    Bab 1 Bangkit Selepas Perang

    Bab 2 Kesan Perang Vietnam

    Bab 3 Mata Wang Vietnam

    Bab 4 Sembilan Sebab Kenapa Perlu Memborong di Vietnam

     

    Bahagian 2: Persediaan Sebelum ke Vietnam

     

    Bab 5 Perancangan ke Vietnam

    Bab 6 Paspost dan Visa

    Bab 7 Penerbangan ke Ho Chi Minh

    Bab 8 Jumlah Wang untuk Dibawa

    Bab 9 Senarai Semak untuk ke Vietnam

     

    Bahagian 3: Apa yang Ada di Vietnam

     

    Bab 10 Tarikh Penting di Vietnam

    Bab 11 Tempat Menarik untuk Dilawati

    Bab 12 Plaza Borong, Syurga untuk Memborong

    Bab 13 Produk-Produk Berpotensi

     

    Bahagian 4: Panduan Memborong di Vietnam

     

    Bab 14 Budaya Bisnes Orang Vietnam

    Bab 15 Untung Beg 30 KG

    Bab 16 Pelancong VS Pemborong

    Bab 17 Menghantar Barang ke Malaysia

    Bab 18 Tip Berurus Niaga di Vietnam

     

    Bahagian 5: Tip Survival di Vietnam

     

    Bab 19 Hotel

    Bab 20 Bahasa dan Jurubahasa

    Bab 21 Pengangkutan

    Bab 22 Tip Keselamatan di Jalan Raya

    Bab 23 Makanan Halal

    Bab 24 Sempurnakan Solat

    Bab 25 Telefon dan Internet

    Bab 26 Talam Dua Muka

    Bab 27 Nombor Telefon Kecemasan

     

    Bahagian 6: Bonus

     

    Bab 28 Pulang ke Malaysia

    Bab 29 Mitos Bisnes Borong Vietnam

    Bab 30 Menu Wajib di Ho Chi Minh

    Bab 31 Usahawan Borong Vietnam

     

    Biodata Penulis

    Trip Borong Vietnam

    Kenangan di Vietnam

    Iklan Buku Panduan Memborong di China

    Kupon Diskaun

 

***************************************************************

Review

 

 

Vietnam adalah syurga idaman buat para pelancong. Terkenal dengan kisah perangnya dengan Amerika, Vietnam adalah destinasi pelancongan perang yang terbaik. Kesan perang dan kisah luka rakyat Vietnam diabadikan di War Remnant Museum. Namun, kesan perang itu tidak mampu memusnahkan kehijauan hutan tropikanya dan tidak menghentikan aliran Sungai Mekong, antara sungai terpanjang di Asia Tenggara.

 

 

Kita tidak memerlukan visa untuk masuk ke Vietnam, syurga membeli-belah pelbagai barangan yang berkualiti ini. Majoriti penduduk dan peniaga Vietnam pula fasih berbahasa Inggeris, menjadikan segala urusan komunikasi di sana berjalan lancar dan penuh kemesraan. Dengan membayar harga yang rendah, kita dapat menikmati pelancongan yang bertaraf bintang. Lebih-lebih lagi untuk para pemborong, di samping melancong, mereka mampu menghasilkan nilai pelaburan yang berganda-ganda keuntungannya.

 

 

Melanconglah ke Vietnam, dan kita akan pulang dengan kenangan yang manis. Namun, jangan berhenti setakat bergelar pelancong sahaja. Ambillah kesempatan untuk melancong sambil memborong. Kenangan manis sudah terjamin, dan bonusnya adalah keuntungan yang berlipat kali ganda. Dapatkan buku “Panduan Memborong di Vietnam” ini untuk mendapatkan kedua-duanya, kenangan manis dan keuntungan.

 

 

Buku ini menyenaraikan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Vietnam, lokasi plaza borong, tempat makan yang bagus dan halal, serta tip-tip survival sepanjang berada di sana. Lengkap dengan panduan mencari hotel yang murah, pengangkutan yang terbaik, dan tip keselamatan, buku ini perlu dijadikan teman setia sebelum dan sepanjang berada di Vietnam.

 

Satu perkara yang mungkin tidak dapat dicari dengan enjin carian Google adalah teknik tawar-menawar dan mengambil hati peniaga Vietnam. Semua ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis dan para pemborong yang bertahun-tahun berinteraksi dengan peniaga Vietnam. Pelajari teknik ini dan praktikkannya sendiri untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik.

 

 

Sama ada mahu melancong ataupun mahu memborong di Vietnam, inilah manual ringkas dan padat untuk berkenalan dengan Vietnam. Kenali Vietnam dan kita akan teruja untuk datang berkali-kali ke negara ini. Jangan lupa, untuk kenangan manis dan keuntungan besar di Vietnam, inilah buku yang terbaik untuk kita semua. Dapatkan buku “Panduan Memborong Di Vietnam” sekarang juga.

 

 

No posts found

Write a review

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI