==========================
Kaedah jibril adalah buku yang mendedahkan teknik hafazan Al-Quran untuk golongan awam langkah demi langkah. Segala fakta, teknik dan tip yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis menghafaz al-Quran selama lebih 15 tahun.
Ia juga adalah rangkuman interaksi penulis mengajar golongan awam menghafaz Al-Quran melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan. Kaedah dan panduan yang disusun secara santai dan ringkas memudahkan para pembaca memahami setiap langkah menghafal setiap ayat Al-Quran secara praktikal.
Membaca buku ini akan mendorong dan memberi semangat baru kepada mereka yang bercita-cita menjadi hafiz, walau apa jua latar belakang dan usia mereka!
No posts found