Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


(OP) Awaken the Giant Within (Edisi Bahasa Melayu) (C42/B134)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.90 kg
978-967-369-260-6
Out-of-stock
Add to wish list

=======================

Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-369-260-6 
Tarikh Terbit: 25 Jun 2014
Jumlah Muka Surat : 728

Berat  (kg): 0.90

========================

Sinopsis

Menerusi buku Awaken the Giant Within, Anthony Robbins akan membantu kita mengejutkan raksasa hebat yang selama ini tidur dalam diri kita, iaitu:

  • Lepaskan Kuasa dalam Diri
  • Kuasai Sistem Pemerkasaan
  • Pengajaran di Sepanjang Perjalanan

Dengan mengamalkan prinsip asas dalam penguasaan diri, kita semua dapat memacu dan membentuk masa hadapan yang kita impikan.

 

Bab 1: Impian Masa Hadapan

Bab 2: Keputusan - Perjalanan Menuju Kuasa

Bab 3: Kuasa yang Membentuk Kehidupan Kita

Bab 4: Sistem Kepercayaan - Dorongan Mencipta dan Dorongan Membinasa

Bab 5: Dapatkah Perubahan Terjadi dengan Segera

Bab 6: Bagaimana Mengubah Apa Sahaja dalam Kehidupan Kita: Sains Neuro Pelaziman Hubungan

Bab 7: Bagaimana Mendapatkan Apa yang Benar-benar Kita Mahukan

Bab 8: Soalan adalah Jawapan

Bab 9: Kosa Kata Kejayaan Mutakhir

Bab 10: Musnahkan Blok, Runtuhkan Tembok, Lepaskan Tali, dan Berdansa ke Arah Kejayaan - Kuasa Metafora Kehidupan

Bab 11: Kuasa 10 Emosi

Bab 12: Obsesi yang Menakjubkan-Membentuk Masa Hadapan yang Menarik

Bab 13: 10 Hari Cabaran Mental

Bab 14: Pengaruh Utama - Sistem Pemerkasaan Kita

Bab 15: Nilai Kehidupan - Petunjuk Peribadi Kita

Bab 16: Peraturan-Peraturan - Sekiranya Kita Tidak Gembira, Inilah Sebabnya!

Bab 17: Rujukan - Fabrik Kehidupan

Bab 18: Identiti - Kunci Perkembangan Diri

Bab 19: Destini Emosi: Kejayaan yang Sebenar 

Bab 20: Destini Fizikal: Penjara Kesakitan ataupun Istana Kegembiraan

Bab 21: Destini Hubungan: Suatu Tempat Berkongsi dan Saling Mengambil Berat

Bab 22: Destini Kewangan: Langkah-Langkah Kecil ke Arah Nasib yang Kecil ataupun Besar

Bab 23: Menjadi Sempurna: Kod Kelakuan Kita

Bab 24: Menguruskan Masa dan Kehidupan Kita

Bab 25: Berehat dan Bermain

Bab 26: Cabaran Paling Utama: Apa yang Dapat Dilakukan

Kisah Anthony Robbins : Dari pencuci tandas kepada jutawan.

Anthony Robbins, permulaannya dia bukan siapa-siapa. Tiada siapa yang mengendahkan kewujudan beliau. Beliau bukan sahaja miskin, hidup dalam keluarga penuh masalah, malah hanya bekerja sebagai pencuci tandas.
Kini beliau bukan sahaja pelatih dan motivator berjaya didunia, malah menerima bayaran tidak kurang $1 juta dollar untuk sesi motivasi bersama beliau.

Titik terendah hidup beliau, beliau terpaksa menggunakan lilin untuk menerangi rumahnya kerana tidak mampu untuk membayar bil elektrik. Beliau terpaksa hidup bersama tiga orang ayah kerana ibunya kawin dan cerai berkali-kali. Tidak tahan dengan keadaan tersebut, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan bekerja sebagai pencuci tandas dengan pendapatan hanya $50 dollar seminggu. Oleh kerana ketiadaan tempat tinggal, beliau membuat keputusan untuk menjadikan satu ruang dalam tandas tersebut sebagai tempat tinggalnya.

Pada suatu ketika, tandas yang dijaganya mengalami kemerosotan kehadiran pelanggan. Apabila diselidik, didapati kemerosotan tersebut disebabkan oleh ramai gelandangan dan pengemis yang mendiami kawasan hadapan tandas tersebut. Pemilik tandas meminta Anthony Robbins untuk menghalau gelandangan dan pengemis yang mendekati tandas yang dijaganya. Dengan berat hati, beliau terpaksa mengikut arahan pemilik tandas tempat dia bekerja.

Kesusahan hidup beliau menyebabkan beliau tidak sampai hati untuk menghalau gelandangan dan pengemis tersebut dengan cara kekerasan. Beliau menggunakan cara lembut dengan menasihati mereka dan memberikan motivasi dengan harapan supaya gelandangan dan pengemis tadi terdetik untuk mengubah hidup mereka.

Selang beberapa tahun, ketika Anthony Robbins sedang berjalan-jalan,beliau ditegur oleh seseorang yang tidak dikenali. Tidak disangka-sangka rupa-rupanya orang yang menegurnya merupakan bekas gelandangan yang pernah dinasihati oleh Anthony Robbins. Kini bekas gelandangan tersebut telah berjaya dalam hidup dan merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat. Semuanya bermula dari nasihat yang diberikan oleh Anthony Robbins. Bekas gelandangan tersebut merasa bahawa Anthony Robbins memiliki bakat luar biasa dalam memotivasikan orang lain.

Anthony Robbins diajak untuk mengikuti acara seminar yang diadakan oleh Jim Rohn. Namun yuran seminar tersebut berharga $10000 dollar dan Anthony Robbins tidak mampu. Beliau kemudiannya berjaya meyakin seorang nenek kaya yang tinggal berdekatan untuk meminjamkan wang tersebut untuk memboleh beliau menyertai seminar Jim Rohn.
Disitu adalah titik kejayaan beliau. Beliau belajar dan bekerja untuk Jim Rohn dari usia 18 hingga 22 tahun. Kemudian dia mendalami pelbagai ilmu sehingga akhirnya berjaya seperti sekarang.

Awaken The Giant Within merupakan antara buku tulisan beliau yang mengangkat nama Anthony Robbins dipersada dunia. Agaknya apa rahsia yang terpendam dalam buku setebal 708 mukasurat ini? Beli & baca lanjut dalam buku ini.
Write a review

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI