Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 

Muhammad Haji Salleh

Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan salah seorang  penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah  memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh  Akademik Negarta.

Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan banyak  menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor  jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel  Anugerah Sastera Negara. Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942  di Taiping, Perak. Kini beliau menetap di Taman Sekamat, 43000 Kajang, Selangor.

Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab  Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England (1963). Setelah  itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura (1970) dan mendapat Ijazah Sarjana  Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di  mana beliau mendapat Ph. D (1977).

Beliau mengenali Usman Awang sejak tahun 1968. Beliau sering berkongsi pentas dan ruang    sastera dengan Usman. Untuk menyiapkan buku Biografi Usman Awang, Prof. Muhammad Haji  Salleh telah mewawancara usman - tidak kurang daripada 20 kali. Untuk mengutip buah  ingatannya. Beliau juga menggeledah sumber daripada anak Usman, sepupunya, Ibu  saudaranya, teman-temannya, pustakawan dan tentu sahaja buku, makalah, majalah, juga  ratusan foto lama, yang turut menjadi sumber primer beliau dalam menghasilkan biografi yang  cukup bermakna ini.

 

 

CARI PRODUK YANG ANDA MAHU CARI PRODUK YANG ANDA MAHU