Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


 

PENGEPOSAN SEMPENA CUTI HARI RAYA

Tiada pengeposan pada 22 - 31 Mei 2020 sempena cuti raya. Penghantaran akan dibuat bermula 1 Jun 2020 (Isnin).

ORDER ONLINE MASIH DITERIMA 24 JAM TANPA HENTI 

Belum terima buku selepas 5 hari order dibayar? Maklumkan nombor order & emailkan kepada kami di orders@bookcafe.com.my 

 

Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia (ITBM) (L19)

RM180.00
Price in points: 180 points
Weight: 1.13 kg
9789674303709
5 pieces
+
Add to wish list

===========================
Format: Hardcover
Saiz: 10" x 10
ISBN-13: 978-967-430-370-9
Jumlah Muka Surat: 265
Berat (Kg): 1.13
===========================

Buku ini mengumpul kronologi penting kehidupan Mokhtar sepanjang kariernya dalam sukan bola sepak sehingga saat pemergian abadinya pada 11 Julai 1991. Istimewanya, ia ditulis dengan memetik tulisan Mokhtar di beberapa penerbitan sekitar 1980-an, sebelum disusun, digabung jalin dan akhirnya menghasilkan pengkisahan terhadap banyak perkara yang selama ini tidak jelas diketahui umum serta peminat Mokhtar sendiri khususnya. Antara contoh, ramai beranggapan yang Mokhtar seumur hidupnya hanya pernah dilayangkan satu kad merah, sedangkan realitinya, dua pernah diterima wira bola sepak negara ini. Lebih menarik, kad merah keduanya diterima pada 1981, tahun sama kontroversi kad merah pertamanya yang membangkitkan kemarahan penyokongnya di seluruh negara. Ringkasnya, buku ini menghurai banyak kisah sebalik tabir, termasuk kesalan Mokhtar bersara daripada pasukan kebangsaan pada 1979, dan dilema besar pada 1985 apabila dipujuk untuk bermain memimpin Malaysia menetang musuh tradisi, Korea Selatan dalam perlawanan pusingan kedua Pra-Piala Dunia di Seoul. Pernah dijulang sebagai penyerang terbaik Asia 1976, Mokhtar tidak terkecuali daripada zaman getir dan terpinggir. Pendek kata, tidak mudah menjadi Mokhtar Dahari. Justeru kepada yang pernah mengenali Mokhtar, juga kepada yang mahu mengenali Mokhtar, buku ini sarat dengan suka duka serta bahagia deritanya. Benar banyak yang telah diketahui mengenainya, namun masih banyak juga yang tidak pernah diketahui mengenainya.

No posts found

Write a review

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI