Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Mencari Identiti: Budak Surau (L43)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.25 kg
9789672007364
18 pieces
+
Add to wish list

Author: Mahmood Zuhdi Ab Majid

Publisher: ILHAM Press

ISBN : 9789672007364

Weight: 0.3 kg

Year: 2020

Page: 232 pp

Price : RM35

Budak Surau adalah cerita hidup seorang budak kampung yang lahir dalam sebuah keluarga tradisional Melayu yang konservatif, dan bagaimana ia berusaha mengeluarkan dirinya dari kepompong asal tersebut tanpa melupakan hakikat bahawa dia sebenarnya sebahagian daripada kepompong itu. Perjalanan beliau yang penuh kisah, membentuk beliau sehingga ke tahap seperti hari ini, wajib dibaca oleh anak muda yang dahaga ibrah sebuah kembara mencari identiti, untuk makna sebuah kehidupan.

Budak Surau adalah merupakan jilid pertama daripada enam jilid, dalam siri autobiografi Prof. Emeritus Dato' Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid yang beliau namakan sebagai Mencari Identiti.

Untuk membaca pengenalan, boleh lihat di sini.

--------

Mengenai Penulis

Prof. Emeritus Dato' Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1945 dengan pendidikan awal diperolehi di Madrasah Majidiyah, Kg. Kayu Rendang, Melor, Kota Bharu, Kelantan di bawah bimbingan ayahnya sendiri. Di peringkat menengah beliau belajar di Ma’had Muhammadi Kota Bharu sebelum ke Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan untuk ijazah pertama dan ke Universiti Al-Azhar untuk ijazah sarjana. Kemudiannya beliau memperolehi ijazah sarjana falsafah di University of Kent, England dan ijazah kedoktoran di Universiti Malaya. Beliau juga mempunyai diploma lepasan ijazah daripada Universiti ’Ain Syams, Kaherah.

Dalam bidang akademik, beliau pernah menjawat jawatan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dekan di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) dan Dekan Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IRKHS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dalam bidang kewangan Islam, beliau menjawat penasihat syariah di pelbagai institusi seperti Public Islamic Bank, Bank Islam, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan lain-lain.

Antara khidmat yang pernah beliau sumbang sebelum ini ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan, Penal Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kelantan, Ahli Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIM), Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Pengerusi Majlis Dekan Pengajian Islam Malaysia, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM), Ahli Lembaga Penasihat Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), dan Ahli Majlis Perunding Islam Malaysia (MPI).

Kini beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana (PPP), Timbalan Pengerusi Lembaga Pendidikan Islam Malaysia (LEPAI), Ahli Lembaga Pengarah (LPU) Universiti Islam Malaysia (UIM), Ahli Majlis Universiti Islam Malaysia (UIM), Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Melaya (LAKIM) dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah bagi Pensijilan MS 1900: 2005 SIRIM.

Beliau juga aktif dalam penulisan dan setakat ini telah menghasilkan sebanyak 35 buah buku dan menyumbang artikel dalam 26 buah buku serta menjadi editor dalam pelbagai jurnal yang berpengaruh. Antara buku beliau yang penting ialah Sejarah Pembinaan Hukum Islam (1988); Pengantar Undang-Undang Islam Di Malaysia (1997); Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia (2001); Pengurusan Zakat (2003); Pengantar Pengajian Syariah (2004); Transformasi Fiqh Semasa (2010) dan Status Halal ASB dan ASN (2016).

Penerbit:
ILHAM BOOKS
Tahun Diterbitkan:
2018
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
230 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI