Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Membongkar Riwayat 50 Ilmuwan Islam Tersohor Yang Patut Diteladani #(L67)

Harga Asal: RM45.90
RM41.31
ANDA JIMAT: RM4.59 (10%)
Price in points: 42 points
Weight: 0.71 kg
9789672278092
22 pieces
+
Add to wish list

Pelbagai ikon menjadi pujaan dan sebutan dalam kalangan generasi muda serta anak-anak remaja kita sekarang. Ada antara mereka termasuklah para artis dan selebriti baik di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat tempatan. Sebagai menjunjung tinggi ketinggian ilmu serta dengan mengambil ibrah daripada turunnya wahyu pertama yang bermula dengan kalimah Iqra' atau bermaksud 'Bacalah!', buku MEMBONGKAR RAHSIA 50 ILMUWAN ISLAM TERSOHOR ini ditulis.

Sejak abad ke-8 hinggalah abad ke-15, sejarah ketamadunan Islam telah berjaya mewarnai sisi peradaban Islam dengan penuh kegemilangan yang amat mengagumkan. Sepanjang tempoh lebih daripada 700 tahun, telah menyaksikan kelahiran ratusan bahkan ribuan ilmuwan Islam yang cemerlang, yang telah berjaya membuka mata para cerdik pandai Barat tentang kegemilangan cerdik pandai Islam terdahulu serta betapa besarnya sumbangan mereka terhadap perkembangan ilmu moden serta pencapaian sains teknologi sekarang. Nama-nama seperti Jabir Ibn Hayyan, Ibn Al-Haytham, Al-Razi, Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Al-Biruni dan ramai lagi tidaklah perlu diperkenalkan  lagi dalam sejarah Zaman Kegemilangan Islam. Begitu juga dengan tokoh-tokoh seperti arkitek yang mempunyai sentuhan emas Mimar Sinan, atau tokoh robotik Islam dan pelopor sistem komputer analog bernama Al-Jazari mahupun pelopor ilmu pembedahan moden bernama Al-Zahrawi. 

Jika sejak abad ke-8 dahulu anugerah 'Hadiah Nobel' telah diwujudkan seperti yang berlaku sekarang, pasti kita akan melihat senarai penerima anugerah tertinggi tersebut saban tahun sehingga selama lebih 500 tahun, dibolot oleh cerdik pandai Islam. Itulah fakta tentang sumbangan serta pencapaian gemilang para ilmuwan Islam terdahulu. Malangnya kini, kita telah ketinggalan dalam banyak oleh mereka yang bukan beragama Islam. Sebahgian besar daripada puncanya adalah kerana sikap kita sendiri yang telah mengabaikan dua harta pusaka yang telah ditinggalkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad saw kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Semoga pembongkaran melalui buku ini akan dapat diambil iktibar oleh generasi umat Islam kini khususnya generasi muda, untuk memuhasabah diri erta membasuh arang yang terconteng di muka selama ini. Besarlah harapan agar melalui pembongkaran ini, akan dapat menyuntik semangat dalam kalangan generasi muda umat Islam untuk kembali memartabatkan kegemilangan tamadun Islam serta mencipta kejayaan dalam karier masing-masing.

Penerbit:
HIJJAZ RECORD PUB
Tahun Diterbitkan:
2019
Format:
Paperback
Saiz:
A5
Halaman:
Hitam Putih & Berwarna
Muka Surat:
505 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI