Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Maqasid Al-Shari'ah: Antara Nas dan Maslahah: Suatu Pendekatan Sistem (L45)

RM50.00
Price in points: 50 points
Weight: 0.37 kg
9789672007203
9 pieces
+
Add to wish list

Maqasid Al-Shariah: Antara Nas dan Maslahah Suatu Pendekatan Sistem

Penulis: Ahmad Badri Abdullah

Penerbit: ILHAM Books

ISBN: 9789672007203

Muka Surat: 308 pp

Karya ini cuba membuka dimensi baharu dalam perbahasan hukum Islam melalui pengintegrasian dengan bidang pemikiran sistem. Saya mendapati pendekatan ini amat menarik untuk diamati kerana memperlihatkan sıfat wacana hukum Islam yang dinamik serta kemampuannya untuk berintegrasi dengan disiplin ilmu lain meskipun daripada tradisi yang berbeza. Ini turut membuktikan bahawa, Islam secara asasnya mampu berinteraksi secara positif dan harmonis dengan tradisi keilmuan Barat yang bukan sahaja dalam bentuk pertentangan dan konflik semata-mata.

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IAIS Malaysia

Saya telah meneliti karya yang ditulis oleh saudara kami, Dr. Ahmad Badri Abdullah, dan mendapati beliau telah memberikan sumbangan yang bermanfaat dalam rangka pengaplikasian disiplin maqasid al-shari’ah, sebagai sebuah kajian lanjutan berkaitan bidang ilmu maqasid dan pemikiran sistem serta pendekatannya yang bersifat komprehensif dalam menangani sebarang isu. Permasalahan mendesak pada pola pemikiran Muslim dalam era moden ialah pemikiran berbentuk terpisah-pisah, reduksionis serta sempit. Bentuk pemikiran tersebut melihat realiti hanya menerusi limitasi sudut pandang yang sempit, dan hanya menilai sebarang peristiwa melalui perbandingan luaran yang cetek.

Prof. Dr Jasser Auda, Presiden dan Pengasas Maqasid Institute Global

Saya membaca dengan penuh minat buku ini yang menghidangkan perbahasan dan kupasan secara kritikal dan segar mengenai hubungan antara nas dan maslahahmenerusi neraca maqasid al-shari’ah. Wacana yang diketengahkan dalam buku ini membawa pembaca ke satu daerah perbahasan yang begitu menerujakan mentafsirkan hubungan antara nas dan maslahah dalam tradisi hukum Islam klasik dan pendekatan modenis dan post-modenist dalam konteks semasa. Ia menghuraikan pelbagai permasalahan yang sering kali menjadi polemik di kalangan sarjana maqasid al-shari’ah dan fuqahatradisi dan kontemporari. Pendekatan penulis mengolah perbahasan yang penting ini dalam bahasa yang mudah dengan gaya penulisan tersendiri menjadikan karya ini mempunyai keunikan dan kelebihannya yang tersendiri.

Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM

Dr. Ahmad Badri Abdullah adalah Felo Penyelidik di International Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia (IAIS) Malaysia. Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam kajian nas, maslahah danmaqasid al-shari’ah serta hubungannya dengan pemikiran sistem daripada Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Penerbit:
Ilhambooks
Tahun Diterbitkan:
2018
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
280 Muka Surat

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI