Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Malaysia Kaya, Rakyat Miskin (L114)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.30 kg
9789832344230
4 pieces
+
Add to wish list
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7
ISBN: 9789832344230
Jumlah Muka Surat: 264
Berat (Kg): 0.30
Penulis: Anas Alam Faizli
===========================
Malaysia dirahmati dengan hasil mahsul tidak ternilai, dikurniakan juga petroleum sebagai sumber alam paling berharga. Dengan pendapatan per kapita berjumlah USD 9,970 dan PETRONAS berterusan memberi sumbangan besar  40% kepada pendapatan kerajaan, Malaysia mempunyai segala ramuan lengkap yang diperlukan untuk maju.
Walaupun demikian, kekal misteri kenapa dan bagaimana sebuah negara kecil dengan hanya 30 juta penduduk berupaya mengejutkan semua dengan memegang gelaran sebagai negara dalam rantau ini dengan jurang terbesar kaya dan miskin.
 
Adakah kita semua warga biasa, menghargai kekayaan yang dimiliki Malaysia dan memahami bagaimanakah kekayaan ini dimanfaatkan?
Dalam himpunan karangan ini, penulis cuba membongkar bagaimana sumber minyak dan gas dibangunkan dan sama ada ianya dieksploitasi untuk manfaat umum atau sebaliknya. Dinamik royalti minyak juga dijelaskan, langkah demi langkah, dengan penerangan yang terperinci.
 
Bagaimana eksploitasi sumber yang pantas berkurangan ini memainkan peranan penting dalam realiti kepelbagaian sosio-ekonomi yang kita hadapi – daripada hutang isi rumah kepada ketidaksamaan pendapatan, FDI yang rendah, gaji pekerja yang tidak berganjak dan tahap pendidikan yang lemah dalam semua kedudukan antarabangsa?
Perlukah Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPPA)? Benarkah ianya perdagangan bebas atau bertopengkan penjajahan bentuk baru?
 
Apakah itu Mitos Kaya dan Miskin? Adakah Malaysia sebuah Negara Berpendapatan Tinggi dengan Rakyat Berpendapatan Rendah? Bagaimanakah hasil kekayaan negara dapat dikongsi bersama? Bagaimana sistem pendidikan dapat meningkatkan taraf hidup golongan miskin dan memberikan mobiliti sosial? Kegagalan berterusan dalam sistem pendidikan dan semangat kesukarelawan pendidikan dilihat sebagai antara jalan keluar daripada kebobrokan itu.
 
Kritikan terhadap ketempangan sistem pendidikan menimbulkan persoalan lain. Adakah sistem sekolah moden pengkhianat pendidikan? Adakah pendidikan kebangsaan gagal? Wajarkah kita mengajar Falsafah di universiti? Adakah masa sudah tiba untuk menggantikan falsafah pendidikan sedia ada dengan pedagogi Cinta; dan membebaskan pendidikan?
 
Pencarian penulis untuk pencerahan kepada soalan-soalan sukar menjadi titik penting buku ini, di mana campuran idea, cita-cita dan usulan kritis bertaut menjadi satu.  Wacana pemikiran di dalam buku ini bukan milik mutlak penulis semata-mata. Dengan rendah diri ia ingin dikongsi bersama umum dengan harapan yang ianya akan menerobos masuk ke dalam ruang awam. Dan sehingga ke titik akhir- berjuanglah!

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI