Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

(OS) Luqmanul Hakim adalah Socrates Berkulit Hitam (C126,K109) (SR)

Bundle: K109
RM40.00
Price in points: 40 points
Weight: 0.94 kg
978-967-366-172-5
Out-of-stock
Add to wish list

Format: Paperback
Saiz: 9 x 6 x 1.26
ISBN-13: 978-967-366-172-5
Tarikh Terbit: 8 Jul 2013
Jumlah Muka Surat : 744

Berat (kg): 0.94

Kategori: Bukan FiksyenBukan Fiksyen UmumSejarahIslamPolitik & Sejarah

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).
Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.
Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
  • Pertama - Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam.
  • Kedua - Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.

Pendahuluan

. Terjemahan Surah Luqman

. Sejarah Hidup Socrates dan Falsafahnya

. Garis Masa Yunani kuno

. Socrates Berkulit Gelap Keturunan Afrika-Yunani

. Socrates Ahli Hikmah dan Pencari Hikmah

. Socrates Mengajar Manusia supaya Bersyukur kepada Allah dengan Cara Mengenali Diri Sendiri dan Sembahyang

. Nasihat Socrates supaya Tidak Menyekutukan Allah

. Socrates Berpesan supaya Lamprodes (Anaknya) Berbakti kepada Ibu Bapa

. Socrates Percaya Tuhan akan Membalas Semua Perbuatan Manusia

. Socrates Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kejahatan

. Kesabaran dan Kawalan Diri Socrates

. Usah Sombong

. Socrates Mengajak Hidup Bersederhana

. Tuhan Memudahkan Segala-Galanya untuk Manusia

. Socrates Dihukum Mati Menelan Racun sehingga Digelar "Luqman"

. Mencari Maksud Kata Nama Socrates dan Luqman

. Menuju Pemurnian Falsafah Socrates

. Kesimpulan: Socrates (469-399 SM) adalah Luqmanul Hakim dalam Sejarah

************************************************************************************************************

Review

Menerusi buku “Alexander Adalah Zulkarnain”, penulis telah membuktikan bahawa Alexander The Great sememangnya adalah Zulkarnain yang diceritakan dalam Al-Quran. Dalam bukunya yang terbaru ini, penulis sekali lagi membuat penemuan yang menggemparkan dunia ilmu agama dan sejarah. Sarat dengan kajian ilmiah dan penelitian fakta sejarah, buku ini berjaya membuktikan bahawa Socrates adalah Luqman Al-Hakim.

Namun, tiada siapa yang menyangka, Socrates adalah bekas hamba abdi yang berkulit hitam. Socrates yang selama ini dikenali sebagai bapa falsafah barat sering digambarkan sebagai berkulit putih. Sejarah sebenar mengenai Socrates yang telah diubah dan diselewengkan berjaya dimurnikan oleh penulis. Pembuktian bahawa Socrates adalah Luqman Al-Hakim bukan sahaja didasari oleh fakta sejarah, tetapi turut disokong oleh aspek bahasa dan sastera.

Persamaan yang paling jelas sehingga terbuktinya Socrates sememangnya Luqman Al-Hakim adalah pada ajaran yang mereka bawa. Sumber yang sahih mengenai Socrates jelas menunjukkan, Socrates juga percaya kepada konsep monoteisme, iaitu ketuhanan yang satu seperti ajaran Islam yang dipegang oleh Luqman Al-Hakim. Disebabkan perkara ini, Socrates, dihukum mati oleh pemerintah pada zamannya kerana didakwa membawa ajaran yang boleh merosakkan pemikiran anak muda. Socrates dihukum meminum racun yang dikenali sebagai “laqmaan”. Lama-kelamaan, gelaran laqmaan melekat kepada Socrates sehinggalah beliau dikenali sebagai Luqman Al-Hakim sahaja. Al-Hakim pula merujuk kepada kebijaksanaan Socrates.

Penulis juga berjaya membuktikan persamaan fizikal antara Socrates dan Luqman Al-Hakim. Buku-buku tulisan Plato, anak murid Socrates ada menerangkan tentang fizikal Socrates yang berkulit hitam, berhidung pesek, berbibir tebal, dan bertangan lebar. Socrates juga adalah bekas hamba abdi yang dimerdekakan oleh tuannya. Luqman Al-Hakim juga dinyatakan dalam sebuah hadis sebagai hamba yang berkulit hitam. Inilah persamaan yang membuktikan Socrates adalah Luqman Al-Hakim.

Dalam buku ini juga, penulis membuktikan yang Socrates dan Luqman Al-Hakim hidup pada zaman yang sama, merujuk kepada kedua-dua sumber barat dan Islam. Terdapat beberapa bukti lagi yang jelas membuktikan Socrates adalah Luqman Al-Hakim. Melalui kajian yang mendalam serta menyeluruh daripada pelbagai sumber dan aspek, bukti-bukti yang dibentang oleh penulis tidak dapat disangkalkan lagi. Kaedah kajian yang digunakan oleh penulis juga diterangkan supaya membaca betul-betul memahami perbahasan yang ingin dikemukakan.

Sebagaimana buku “Alexander adalah Zulkarnain”, buku ini pastinya dapat memberikan kepuasan intelektual kepada para pembaca. Bukti-buktinya akan memberikan keyakinan untuk kita menilai sendiri dan mempercaya Socrates adalah Luqman Al-Hakim. Faktanya jelas, bukan didasari oleh andaian semata-mata. Itulah kelebihan mana-mana buku yang ditulis oleh Muhammad Alexander, atau nama sebenarnya Wisnu Sasongko.

Bundle:
K109
Bersatu-padulah kalian jangan berpecah, Socrates berkata: "Kebahagiaan terbesar dalam negara adalah perpaduan" dan "Dosa terbesar dalam negara adalah perpecahan"

Bismillahirahmanirrahim ... Buku ini agak berat kerana banyak fakta yang dikemukakan dan ia berbentuk kompilasi report kajian dari pelbagai sumber. InsyaAllah saya akan review selepas hadam semua ... " Manusia yang paling bijaksana dan berjaya di bandar mahupun desa adalah mereka yang paling takut kepada tuhan " "Jiwa yang paling berani dan yang paling bijaksana, paling sedikit berasa bingung ataupun terganggu oleh pengarih luar" (Hikmah Socrates, m/s263) Saya mengambil masa sebulan untuk khadam buku ini. Walaubagaimanapun, saya perlu ulang baca semula untuk hadam dengan lebih kemas intipati yang tersurat dan tersirat. Secara keseluruhan hampir separuh bahagian penulisan Muhammad Alexender ini pada awalnya menceritakan susasana masyarakat Yunani Kuno di kota Athens, struktur politik, sosio masyarakat dan hampir separuh bahagian buku ini menceritakan tentang gambaran fizikal dan latar belakang scocrates dari pelbagai sudut pandangan penyelidikannyang dikumpulkan. Beliau disifatkan sebagai anak seorang bidan yang berkulit hitam dan bebangsa Nabia. Pertengahan penyelidikan menjurus kepada kata-kata hikmah yang kebanyakannya diperoleh dari buku yang ditulis oleh anak didiknya Plato serta sumber-sumber yang jelas dan kemudiannya di petakan bersama surah Al-Luqman. Secara kesuluruhannya, Scocrates terdorong oleh bisikan yang menghalangnya membuat perkara yang tidak baik dan dia menyifatkan ia bisikan baik yang datang dari Tuhan. Sikapnya yang sering merenung kejadian langit dan alam persis sikap seorang ulul Albab yang diceritakan didalam Al-Quran. Pemahaman dan pemikiran yang membawa kepada menyembah tuhan yang satu serta menolak pemahaman dewa-dewi membawa socrates ke Mahkamah Athens yang ketika itu menggulingkan Diktator 8 dan mengamalkan Demokrasi yang berat sebelah. Akhirnya Socrates yang membawa kebenaran dihukum meminum racun. Luqamaan merupakan maksud meminum racun dalam bahasa yunani. Kata-kata akhir dari Socrates yang memberi amaran bahawa akan ada bencana yang bakal menimpa Athens selepas kematiannya menjadi realiti, dimana kota Athens diserang dan ditumpaskan.Athens kemudian ditawan semula oleh pengikut Socrates yang membersihkan kembali Athens dari tangan penguasa yang menganiaya Socrates. Merenung dalam-dalam suasana dan watak Socrates membawa kepada satu tafakur kepada situasi perpecahan yang berada dalam masyarakat hari ini. Kisah yang sama pada zaman yang berbeda. Baca buku ini, moga menjadi pengajaran bermakna!

Write a review

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

JAMINAN BOOKCAFE

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI