Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Save 15%

KOMBO EMPAYAR TEME ABDULLAH

Harga Asal: RM90.00
RM76.50
ANDA JIMAT: RM13.50 (15%)
Price in points: 77 points
kombo-empayar-teme-abdullah
Add to wish list

Tajuk : KOMBO EMPAYAR TEME ABDULLAH

ISBN : kombo-empayar-teme-abdullah

KOMBO EMPAYAR TEME ABDULLAH  merangkumi tiga buah buku iaitu:


Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama #(L48, BL45)

Ilmu Agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. Namun jika ia jatuh ke tangan yang jahat akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

 

Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis #(L54,BL53)

 

Ribuan tahun selepas peperangan yang memusnahkan hampir keseluruhan dunia.

Nusantara kembali aman di bawah naungan sultan sehinggadatang mereka yang mendakwa - kekuasaan itu hasil perjanjian dengan syaitan.

Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa. 

Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. 

Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

 

Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja # (L45)

Saka raja yang diwarisi telah memberi kesaktian luar biasa kepada Sang Putera. Jijik dengan amalan syirik jurai keturunannya itu untuk kekal berkuasa, Putera Aradhana Sastra, pewaris tunggal Kesultanan Aradhanapura melarikan diri untuk menjadi rakyat biasa. Dengan harapan, hidupnya akan lebih tenteram. Namun, kemunculan suatu makhluk dari gua yang tahu asal usul Sang Putera menggugat rencananya. “Aku sudah tidak tahan hidup melarikan diri seperti ini! Sedalam mana aku menyembunyikan diri, ada sahaja yang kenal siapa diriku!” Sang Putera kini menjadi buruan ramai atas tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Pada masa yang sama, Kesultanan Aradhanapura goyah akibat ketiadaan pemerintah. Rakyat pula kian tertindas dengan percaturan puak yang mabuk kuasa. Kezaliman membanjiri tanah keramat. Putera Aradhana Sastra merasakan kewujudan diri dan jurai keturunannya hanya membawa malang kepada kepulauan Nusantara. “… hanya darah Jurai Aradhana sahaja yang dapat membela kepulauan ini!” Sang Putera enggan terus dibelenggu saka warisan. Namun, perit untuk diabaikan sahaja tanah air dan rakyatnya. Mampukah Sang Putera akhirnya berdepan dengan hakikat keturunannya sendiri?

 

Format:
Paperback

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI