MASTERCLASS KJ METHOD
KELAS INI DIBATALKAN.
MOHON MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN.
Sebarang urusan & pertanyaan yang berkaitan, emailkan ke:
===
MASTERCLASS KJ METHOD
MERANCANG DUA TIGA BUKU SERENTAK MENGGUNAKAN KAWAKITA JIRO METHOD
Saya pasti kesal pada diri sendiri apabila mencapai usia 60 tahun, saya duduk dalam keadaan tak bermaya dan melihat luar tingkap dan berkata, "Alangkah baiknya kalau dulu saya ada satu buku."
Saya memandang langit dan berharap paling kurang ada satu buku dalam tangan.
Jangan berakhir tua dalam beban emosi!
Tetapi saya tidak ada bakat menulis? Jika tidak ada bakat penulisan, gunakan sistem penulisan.
Dulu saya percaya hanya orang ada bakat sahaja boleh menulis. Buka komputer, laju sahaja orang begini menulis.
Disebabkan saya percaya saya tak ada bakat dan tak ada idea, terus saya jauhkan diri daripada impian mahu merancang buku sendiri.
Saya pendam rasa.
Kalau begini sampai bila pun pengalaman kerja, cerita kehidupan dan hobi yang tidak dapat ditulis dan dibukukan.
Saya akan tertekan melihat orang lain dapat 'menyimpan' diri mereka dalam buku.
Apa saya mahu tinggalkan pada anak-anak apabila saya tak ada?
Bagaimana dengan sikap saya yang suka berkongsi? Orang minta, tulislah apa yang saya kongsi.
Tapi saya tak ada bakat membina buku sendiri!
Saya pasti kesal pada diri sendiri jika pada usia 60 tahun, saya duduk dalam keadaan tak bermaya dan melihat luar tingkap dan berkata, "Alangkah baiknya kalau dulu saya ada satu buku."
Saya memandang langit dan berharap paling kurang ada satu buku dalam tangan.
Jangan berakhir tua dalam beban emosi!
Kemudian ada satu benda berlaku.
Saya diberitahu ada formula merancang dua sehingga tiga buku serentak.
Merepek!
Satu buku pun tak lepas, inikan pula tiga empat buku serentak.
Teknik ini pernah digunakan oleh sebuah penerbit besar di Malaysia bagi menghasilkan 400 orang penulis.
MASTERCLASS KJ METHOD
Kemudian saya selidiki, lelaki bernama Ryuho Okawa menulis 700 buah buku tidak sampai 10 tahun. Dia menggunakan KJ Method kata penerbitnya yang datang ke Malaysia. Satu buku satu minggu. 52 Minggu, 52 buku konsisten.
Dia bukan penulis berbakat pun. Ada sistem menjadikan apa yang dihajati dapat dihasilkan berkali-kali!
Saya cuba juga panduan Kawakita Jiro.
Mereka panggil sebagai teknik KJ.
Tak sampai enam bulan, dari kosong menjadi satu buku dalam tangan. Saya buat satu persatu teknik KJ.
Siap satu buku dan dalam kepala satu buku lagi sudah ada dalam rancangan. Berturut-turut dia datang.
Saya uji kaedah ini pada isteri sendiri.
Struktur buku dia sudah siap. Lebih 10 bab dan 30,000 patah perkataan siap ditulis! Hanya tunggu mahu cetak dan terbitkan sahaja.
Dia boleh buat kaedah ini sambil minum di kafe!
Kali ini kami bawakan pengamal Kaedah Kawakita Jiro terus kepada anda:
MASTERCLASS KJ METHOD
Kali pertama manuskrip ditolak oleh penerbit. Dia kemudian menemui cara selepas diajar oleh mentor sebuah rumah penerbitan.
Hasil lebih sekali
Sudah melalui 42 kali proses menghasilkan buku dalam sembilan kategori berbeza melibatkan kerja-menulis lebih 5000 halaman.
Membantu anda, penulis baharu
Kemudian hasil dirangka semula menjadi template kerja kepada penulis yang bermula kosong.
Sentuhan pemenang anugerah perbukuan
Pembimbing merupakan finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian 2010. Pemenang top-three Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian 2011, Finalis Anugerah Buku PNM-RTM 2013, First Runner P2P Kuala Lumpur Trade and Copyright Centre dan Finalis The Beauty and Book Award 2017, Frankfurt Book Fair, Jerman.
MASTERCLASS KJ METHOD
p/s Setiap orang mesti ada sekurang-kurangnya satu buku sebagai pencapaian seumur hidup sebelum usia 60 tahun.