ISBN : 9789833318773
Format : Hardcover
Tahun terbitan : 2007
Mukasurat : 96
Kisah-kisah islam jilid 2 memuatkan kisah Nabi Idris yang dibenci di dunia ini tetapi merupakan makhluk yang sangat dikenali di langit. persahabatan yang terjalin dengan seorang lelaki misteri rupa-rupanya persahabatan dengan malaikat maut. Kisah Nabi Sulaiman pula menjadi kisah pengajaran tentang kekayaan manusia yang tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan apa yang dimiliki oleh Allah.
Turut dimuatkan ialah kisah sahabat Nabi yang sangat bengis dan kejam sewaktu zaman Jahiliyiah, namun menjadi seorang yang sangat mencintai Allah dan Rasul selepas cahaya Islam. Melengkapkan jilid 2 ini ialah kisah tentang Bani Israil yang sentiasa inginkan kemudahan daripada Allah sebagai ganjaran keimanan mereka kepada-Nya.
Antara kandungan kisah yang terdapat dalam buku ini ialah kisah para nabi, kisah mukjizat nabi, kisah pengajaran sepanjang zaman dam kisah sahabat Rasulullah s.a.w (Saidina Umar).