Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


(OS) KESATRIA: KRONIKA NASHAN (AHMAD PATRIA) (R1, R3)

Rak: L207
Harga Asal: RM28.00
RM12.00
ANDA JIMAT: RM16.00 (57%)
Price in points: 12 points
Weight: 0.50 kg
978-967-369-373-3
22 pieces
+
Add to wish list

=================

Format: Paperback
Saiz: 4.5"x7.25"
ISBN-13: 978-967-369-373-3
Tarikh Terbit: 24 Apr 2017
Jumlah Muka Surat: 528

=================

 

Sinopsis 

Nashan.

Kota legenda yang diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri kesuma dan Aristokra, yang kini terancam dalam pertempuran menentang gerombolan reneger Sursis, pahlawan adi yang tidak mempunyai tandingan di medan perang. Keperwiraan tentera kota yang dipimpin oleh Mori, kesatria dari Armorikus, serta Shirgen, pembesar kanan Nashan, bakal bersinar dalam sejarah, menjadi babad kepahlawanan terulung.

Namun Sursis terlalu gagah, seperti tidak terkalahkan dalam pertempuran. Maka harapan terakhir Melyn dan seluruh Nashan terletak pada Spiara Bulwar, senjata sakti yang telah menumbangkan naga serta monstra.

Maka percaturan Merkia, magia adi dan wizra tertinggi seluruh Imagina, menjadi kunci kepada segala-galanya.

Bermula seratus tahun sebelum itu, dengan keikhlasan Shilrung, Aristokra pertama Nashan, yang telah mengubah landskap kekuasaan Kushan. Juga dengan kebangkitan Izîl, putera Nomad dari kabilah Tamarazigh, yang satu hari nanti akan bergelar kizar segala kizar. Sejarah mereka bakal menerbitkan legenda baharu, seorang pemuda dari kelana Armorikus yang selamanya terkenal dengan hanya satu gelaran...

Kesatria.

 

 

=========# # # #=========
Ahmad Patria (Penulis) 

 

Beliau mula dikenali dengan siri novel fantasi Saga Artakusiad, di mana beliau disebut sebagai pelopor kepada sastera fantasi di negara ini. Novel pertama beliau, Permata Aurorius, buku pertama dalam siri fantasi Saga Artakusiad diterbitkan pada 1987 sewaktu beliau berumur 17 tahun. Lebih membanggakan, novel ini terpilih memenangi anugerah Book of the Year oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan pada tahun yang sama. Datoʼ Johan Jaafar dalam temu ramahnya dalam akhbar Berita Harian menyifatkan Permata Aurorius sebagai novel fantasi terbaik pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu.

.

Miliki Juga Koleksi Siri Kronika Nashan Dengan Klik Pada Gambar Di bawah:
 

Ulasan

Alhamdulillah, tamat sudah membaca Kesatria. Penceritaan bagi buku ketiga dalam siri Kronika Nashan ini lebih mudah berbanding penceritaan dalam novel Wizra. Sesuai dengan gaya hidup para kesatria yang hidupnya mudah berpegang kepada prinsip nan satu. Dalam novel ini juga separuh akhirnya sudah masuk ke arc baru dan banyak watak-watak baru, jadi sangat menarik. Tak sabar untuk tunggu Impiria diterbitkan! - Najmi Ayob

Rak:
L207

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI