Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


TESTIMONI

Alhamdulillah. semua buku dah dapat.
siap ada buku free lagi.
diskaun memang superb!
tawaran,diskaun memang buat rambang mata!
Baru ini saya telah beli dua buah buku iaitu 'Kahwin Muda' dan 'Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta'. Kedua-dua buku ini saya mendapat diskaun 20%. Apa yang saya nak sampaikan adalah dua buah buku tersebut sangat sesuai untuk dimiliki terutama kepada golongan muda yang masih belajar dan berhasrat mendirikan rumah tangga. Saya berhasrat untuk membeli lagi buku tersebut untuk dihadiahkan kepada sahabat saya yang bersungguh-sungguh ingin berkahwin di usia muda. Saya harap pihak PTS masih mempunyai stok terhadap dua buah buku tersebut dan saya akan syorkan rakan-rakan yang lain untuk membeli secaera online di PTS. Terima kasih.
Buku yang di pesan sudah diterima dgn bunkusan yg elok dan kemas..xrugi membeli dgn bookcafe online..Perkhidmatan pelanggan yg sngt memuaskan..terima kasih pts...semoga berterusan...
Alhamdulillah, buku2 oder saya sebnyk 66buah telah selamat sampai & ditambah dengan buku saguhati pula. Tahniah atas pengurusan yang pantas & efisien.Moga makin maju & berjaya.
Alhamdulillah.. Dgn adanya bookcafe, saya dpt membeli buku2 yg biasanya out of stock di kedai :) Penghantaran yg cepat serta servis yg amat memuaskan daripada pihak pengurusan..
salam. saya dah terima buku2 yg saya pesan dgn keadaan baik dan cepat. harga sgt murah berbandaing kedai buku biasa diluar. mungkin boleh tambah baik utk bahagian- description buku spy memudahkan lg pembeli. terima kasih.
Mmg terbaik, sgt berpuas hati dgn service yg di berikan oleh bookcafe. xkan lepaskn peluang tuk mbeli buku2, lebih2 lagi bila ada diskaun..
fall in love with bookcafe..servis tiptop!!nanti nak shoping lagi buku kat sini..
thanks a lot bookcafe !!
PTS Bookcafe terbaik! Khidmat pelanggan cepat menjawab pertanyaan. Penghantaran cepat & tepat, pembelian yang sangat mesra pelanggan! Tak sabar tunggu promosi akan datang. Good job PTS!
Alhamdulillah, buku-buku yang ditempah sudah sampai dengan selamat tanpa ada sebarang kerosakan. Yang paling mengejutkan saya adalah potongan harga yang istimewa dan lumayan khas untuk pelanggan-pelanggan bookcafe.com.my. Saya amat tertarik dengan promosi yang ditawarkan oleh bookcafe.com.my sehingga mencecah 90% potongan diskaun. Ini merupakan suatu promosi yang sangat luar biasa dan jarang sekali dijumpai di mana-mana kedai buku. Sebagai penggemar buku terbitan PTS, saya tidak melepaskan peluang yang ada untuk merebut promosi yang ditawarkan oleh bookcafe.com.my dengan harga yang amat berpatutan dan murah sekali. Buku-buku yang dibeli secara atas talian melalui bookcafe.com.my telah dihantar dengan cepat dan pantas. Buku-buku keluaran PTS amat berkualiti, di samping gaya bahasa yang digunakan amat mudah difahami oleh semua golongan pembaca dan pencinta ilmu. Proses pembelian secara atas talian pula sangat kondusif dan mesra pengguna, di samping cara bayaran yang mudah dan efisien melalui internet banking online.
KLIK DI SINI