Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Ibu (L7)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.34 kg
9789670798035
1 pieces
+
Add to wish list
=======================
Format: Paperback
ISBN-13: 9789670798035
Tahun Terbit: 2014
Jumlah Muka Surat: 308
Berat (kg): 0.343 
Penulis: Abdul Rashid Ngah  
=======================

 Sinopsis : 

Novel hasil garapan Abdul Rashid Ngah ini menyoroti susuk tubuh dan jiwa seorang wanita tua yang menggeluti kehidupannya dengan ketabahan luar biasa. 

Mak Nah, mewakili jiwa seorang ibu yang cekal menangani kehidupannya yang penuh ujian. Peristiwa demi peristiwa membawa pembaca kepada sorotan pengalaman yang tidak dialami oleh semua ibu di dunia ini. Kegagalan dalam hal mendidik anak dan menjaga keluarga, memungkinkan jiwa ibu ini mudah rapuh sekali gus menanam kesedaran yang tinggi kepada pembaca tentang kepentingan mengasihi wanita yang bergelar ibu ini. 

Ibu, walaupun zaman beredar, kehadirannya tetap utuh dan menjadi tonggak dalam pembinaan generasi seterusnya. Kasih Ibu! 

 "Ruslan akan selamat. Kalau nasibnya lebih baik, dia dibebaskan. Kalau tidak , dia patut terima hukuman sebagai  balasan perbuatannya. Tetapi sudah terselamat daripada hukuman yang kita sangat-sangat takuti itu sudah kira syukur Alhamdullillah."

Wanita tua itu memandang gadis di sisinya dengan suatu pandangan yang sukar untuk difahami.

==========================================================================

Penulis

Nama : Abdul Rashid Ngah               

                                    

 Sumber gambar daripada facebook Dato' Hj. Abdul Rashid Ngah

 

Abdul Rashid Ngah  atau Dato' Hj. Abdul Rashid Bin Ngah, dilahirkan pada tahun 1937 di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Beliau aktif memimpin Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) selama lebih kurang 30 tahun. Beliau aktif menulis dan hasil-hasil penulisannya telah pernah dikeluarkan dalam surat khabar Utusan Zaman, Berita Harian dan majalah Dewan Sastera.

Kumpulan cerpennya yang bertajuk Pelita Sebuah telah diterbitkan oleh Karangkraf. Novelnya Di Bawah Alunan Ombak, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan pernah dijadikan teks sastera SPM pada awal tahun 60-an.

Abdul Rashid Ngah bukanlah orang baharu dalam bidang sastera tanah air. 

 

 

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI