Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Himpunan Soal Jawab Puasa(L192)

Rak: L102
"Puasa adalah salah satu rukun Islam yang lima. Ia adalah ibadah yang mampu melahirkan sifat takwa dalam diri seseorang Muslim yang beriman kepada Allah. Mereka yang berpuasa mengikut lunas dan ketetapan syarak layak digolongkan ke dalam diri seseorang Muslim yang beriman kepada Alllah. Mereka yang berpuasa mengikut lunas dan ketetapan syarak layak digolongkan ke dalam golongan bertakwa."
RM4.50
Price in points: 5 points
Weight: 0.11 kg
978-967-5137-69-3
Out-of-stock
==================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5137-69-3
Tarikh Terbit: 11 Aug 2009
Jumlah Muka Surat : 112
Berat (KG) :  0.11
===================

Sinopsis

Setiap amalan anak Adam itu ada ganjaran pahala yang ada hadnya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Akulah yang akan memberikan balasannya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Puasa adalah sebahagian daripada ibadah. Puasa ada berbagai-bagai jenis. Ada puasa wajib seperti puasa di bulan Ramadan, puasa qada, puasa kafarah, puasa nazar dan ada juga puasa sunat seperti puasa Isnin dan Khamis, puasa hari putih iaitu 13, 14 dan 15 haribulan qamari dan banyak lagi. Puasa sebenarnya cukup sinonim bagi umat Islam dan antara ibadah yang paling disukai Allah.

Walau bagaimanapun, sebelum berpuasa, penting bagi umat Islam mengetahui syarat-syarat mencapai matlamatnya, bermula dari sah dan batal hingga kepada perkara yang remeh seperti perkara-perkara sunat yang dibuat tetapi mencapai ganjaran yang cukup besar.

Buku Himpunan Soal Jawab Puasa adalah himpunan soal jawab daripada kebanyakan soal jawab yang sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam. Setiap soalan diambil dan ditapis baik daripada pandangan ulama tradisional mahupun persoalan-persoalan yang terkini dan kontemporari. 

Ahmad Adnan Fadzil adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda (Syariah) Uni. Al-Azhar (1997). Diploma Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Beliau telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.

Zulkarnaini bin Dollah pula adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin pada tahun 1999 dan berjaya memperoleh Diploma Pendidikan Universiti Malaya pada tahun 2001. Kini, beliau bertugas sebagai pendidik di negeri Pahang.

 ============================================

ULASAN

Puasa adalah salah satu daripada ibadah yang wajib dilaksanakan oleh kesemua individu - individu yang bergelar Muslim. Puasa juga seperti ibadah - ibadah yang lain tidak lari daripada pelbagai persoalan dan permasalahan, baik dari sudut jemaah mahupun persendirian.

Buku Himpunan Soal - Jawab Puasa mengandungi soalan - soalan dari masyarakat umum mengenai ibadah puasa dan dijawab menggunakan rujukan hukum - hakam dan fatwa yang kontemporari.

Buku ini adalah antara salah satu buku yang perlu ada pada setiap orang ataupun keluarga supaya dapat dijadikan rujukan sekiranya permasalahan yang melibatkan ibadah puasa berlaku pada diri sendiri ataupun orang lain.   

 

Rak:
L102

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI