Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Fasihkan Huruf #(L53)

Harga Asal: RM25.00
RM22.50
ANDA JIMAT: RM2.50 (10%)
Price in points: 23 points
Weight: 0.32 kg
9789671889107
44 pieces
+
Add to wish list

Tajuk : Fasihkan Huruf

ISBN : 9789671889107

Penerbit : Malaha Press

Penulis : Muhammad Fahmi Bin Md Ramzan

Muka Surat : 103 m/s

Halaman : Berwarna

Tahun Terbit : 2021

Format : Softcover

Berat : 0.32 kg

Dimensi (Cm) : 26.2 cm x 19.2 cm x 0.8 cm 

 

SINOPSIS: 

 

Buku ini menyajikan penyampaian secara interaktif dan informatif berkenaan karakteristik huruf hijaiyah yang merupakan huruf-huruf al-Quran berserta beberapa kesalahan lazim sewaktu mengucapkannya. Pemahaman terhadap karakteristik huruf hijaiyah amat penting supaya kita dapat mengucapkan huruf-huruf tersebut dengan fasih dan benar untuk diterapkan dalam bacaan ayat suci al-Quran. la sekaligus dapat menghindari berlakunya kesalahan-kesalahan sewaktu mengucapkan huruf yang berpotensi mengubah makna kalimah atau ayat.

Bertepatan dengan perintah Allah melalui firmanNya, "Dan bacalah al-Quran dengan tartil." (Al-Muzzammil, 73: 4). Menurut Saidina 'Ali bin Abi Talib, di antara maksud tartil sewaktu membaca al-Quran ialah membaguskan sebutan huruf-hurufnya sesuai dengan kaedah tajwid. Begitu juga sepertimana hadith yang diriwayatkan dari Zaid bin Thabit, dari Nabi, "Sungguh Allah menyukai al-Quran ini dibaca sebagaimana al-Quran diturunkan" (HR. Ibnu Khuzaimah). Membaca sebagaimana al-Quran diturunkan bermaksud membacanya dengan cara sebutan orang Arab yang fasih.

Buku berbentuk nota panduan ini disusun untuk membantu orang awam tidak kira peringkat usia, khususnya untuk mereka yang masih belum dapat mengucapkan huruf-huruf hijaiyah dengan baik sewaktu membaca ayat-ayat al-Quran lebih-lebih lagi surah al-Fatihah. Buku ini juga amat sesuai buat para guru al-Quran untuk dijadikan sebagai "alat bantu mengajar serta modul kursus dalam bidang pendidikan dan pengajaran al-Quran.

Moga karya sederhana ini mendatangkan manfaat yang besar buat kita semua. Amin.

"....Buih akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya, adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi."

(Surah ar-Ra'd, 13:17)

Penerbit:
Malaha Press
Tahun Diterbitkan:
2021
Halaman:
Berwarna
Muka Surat:
103 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI