Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 

Assalamualaikum w.b.t.

Sukacitanya kami di Bookcafe.com.my melancarkan program Wakaf Buku Bookcafe yang bertujuan untuk membekalkan buku-buku ke masjid/surau, institusi pendidikan, rumah kebajikan, atau kepada orang perseorangan bergantung kepada permintaan pewakaf.

Keutamaan sumbangan wakaf buku akan diberi kepada sekolah-sekolah yang berdaftar sebagai penerima wakaf Al-Quran bersama Bookcafe. Kami akan hantar wakaf buku bersama dengan wakaf Al-Quran. Kos penghantaran akan ditanggung oleh Bookcafe.

Jumlah wang yang terkumpul akan diguna untuk membeli buku-buku, kitab-kitab pengajian & bahan bacaan yang bersesuaian dengan pihak sekolah. Bookcafe akan berbincang dengan pihak sekolah terlebih dahulu untuk menentukan tajuk & kategori buku yang bersesuaian.

Kami menyasarkan jumlah wang sebanyak RM2,000 - RM3,000 untuk sesebuah sekolah. 

 

CARA MUDAH UNTUK SERTAI PROGRAM WAKAF BUKU:

Transferkan jumlah wang yang mahu diwakafkan ke akaun berikut:

=========
Maybank Islamic Berhad
=========

PTS Bookcafe Sdn Bhd
564799111319

=========
CIMB Bank
=========

PTS Bookcafe Sdn Bhd
8600531526

Mohon tulis "WAKAF BUKU" sebagai reference / payment details.

 

Tuan-tuan & puan-puan boleh transfer sejumlah wang mengikut budi bicara masing-masing. Kami tidak meletakkan sebarang nilai minimum ataupun maksimum untuk sumbangan wakaf.