Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 

Tabiat Jahiliyyah (L37)

RM20.00
Price in points: 20 points
Weight: 0.16 kg 
9789671554425
7 pieces
+

SINOPSIS / SARI RANSANG

 

Risalah Masa'il al-Jahiliyyah merupakan sebuah risalah kecil yang ditulis oleh Shaykh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab yang menyenaraikan tabiat-tabiat atau sifat-sifat jahiliyah.

Beliau menyenaraikan lebih daripada 120 tabiat atau sifat yang mana umat Islam harus memberikan perhatian agar kita tidak terpalit, terpengaruh atau terjebak dengan tabiat buruk tersebut. 

Shaykh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab menyenaraikan dengan poin-poin yang ringkas. Ada bahagian beliau menghuraikan dengan agak panjang. Tetapi kebanyakannya ditulis dengan ringkas agar pembaca boleh terus faham maksud beliau. 

Semoga terjemahan karya ini membantu kita semua untuk menjauhi sifat-sifat buruk ini agar kita semua diredai Allah.

 ======================================================================================================

ISI KANDUNGAN

 

PANDUAN TRANSLITERASI

MUKADIMAH PENYUNTING

 

TABIAT JAHILIYYAH

Tabiat per-1: Berdoa Kepada Para Wali dan Orang-orang Soleh

Tabiat ke-2: Berpecah-belah dalam Ibadah dan Agama Mereka

Tabiat ke-3: Menyelisihi Wali al-Amr (Pemimpin) Dianggap Satu Kemuliaan

Tabiat ke-4: Taklid Buta dan Mudaratnya

Tabiat ke-5: Berhujah Atas Dasar Ramainya Orang yang Berpegang dengan Sesuatu

Tabiat ke-6: Berhujah dengan Amalan Nenek Moyang

Tabiat ke-7: Berhujah dengan Amalan Orang yang Berpengaruh

Tabiat ke-8: Berhujah dengan Kebatilan Sesuatu Perkara kerana Ia Diikuti Golongan Lemah

Tabiat ke-9. Menuruti Ulama yang Fasiq dan Ahli Ibadah yang Jahil

Tabiat ke-10: Berhujah dengan Kebodohan Pengikut

Tabiat ke-11: Berhujah dengan Qias yang Fasid

Tabiat ke-12: Mengingkari Qias yang Sahih

Tabiat ke-13: Melampau Terhadap Ulama dan Orang Soleh

Tabiat ke-14: Menafikan yang Benar dan Menetapkan yang Batil

Tabiat ke-15: Memberikan alasan kononnya tidak memahami kata-kata para rasul untuk tidak mengikuti mereka

tabiat ke-16: menggantikan apa yang Allah datangkan dengan kitab kitab sihir

tabiat ke-17: menyandarkan kebatilan mereka kepada para nabi 

Tabiat ke-18: tidak konsisten

tabiat ke-19: mencela orang-orang soleh berdasarkan perbuatan pengikut mereka

tabiat ke-20: mereka yakin bahawa sihir adalah karamah orang soleh

Tabiat ke-21: beribadah dengan bersiul dan bertepuk tangan

Tabiat ke-22: mempermainkan agama

Tabiat ke-23: tertipu dengan dunia

Tabiat ke-24: menolak kebenaran jika ia terlebih dahulu diikuti orang-orang lemah

Tabiat ke-25: berhujah akan kebatilan sesuatu jika ia dahului oleh orang-orang lemah

Tabiat ke-26: penyelewengan kitab Allah

Tabiat ke-27: menulis kitab-kitab yang batil

Tabiat ke-28: menolak kebenaran yang datang daripada kelompok lain 

Tabiat ke-29: tidak mengetahui Apa yang dikatakan oleh kelompok mereka sendiri

Tabiat ke-30: lebih mengutamakan perpecahan daripada Kesatuan

Tabiat ke-31: membenci agama yang benar

Tabiat ke-32: mengingkari kebenaran yang datang daripada kelompok yang tidak disukai mereka

Tabiat ke-33: mengingkari apa yang diakui mereka sendiri

Tabiat ke-34: mendakwa mereka adalah kelompok yang selamat

Tabiat ke-35: beribadah dengan buka aurat

Tabiat ke-36: beribadah dengan mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram

Tabiat ke-37: mempertuhankan para rahib dan Pendeta

Tabiat ke-38: mengingkari sifat-sifat Allah

Tabiat ke-39: mengingkari nama-nama Allah

Tabiat ke-40: Melakukan Al-Ta'til

Tabiat ke-41: Menyandarkan Kekurangan bagi Allah

***

Tabiat ke-97: Berbangga dengan Sandaran Mereka kepada Orang-orang yang Baik, Padahal Mereka Menyelisihi Golongan Tersebut

Tabiat ke-98: Berbangga dengan Pekerjaan Mereka

Tabiat ke-99: Melihat Dunia dengan Rasa Takjub

Tabiat ke-100: Mengkritik sambil Memberi Saranan kepada Allah

Tabiat ke-101: Meremehkan Golongan Fakir Miskin

Tabiat ke-102: Menuduh Dusta kepada Orang yang Beriman pada Niat dan Matlamat Mereka

Tabiat ke-103 - 108: Mengingkari Usul Iman

Tabiat ke-109: Menganggap Sebahagian Khabar-khabar yang Dibawa oleh Para Rasul itu Dusta

Tabiat ke-110: Bersikap Keras kepada Para penyeru Kebenaran

Tabiat ke-111: Beriman Kepada Kebatilan

Tabiat ke-112: Lebih Mengutamakan Kekufuran berbanding Keimanan

Tabiat ke-113: Mencampuradukkan antara Kebenaran dan Kebatilan agar Kebatilan itu Diterima

Tabiat ke-114: Menyembunyikan Kebenaran

Tabiat ke-115: Berbicara tentang Allah Tanpa Ilmu

Tabiat ke-116: Kata-kata Mereka Saling Bertentangan

Tabiat ke-117: Beriman dengan Sebahagian Wahyu dan Tidak dengan Sebahagian yang Lain

Tabiat ke-118: Beriman dengan Sebahagian Rasul dan Tidak dengan Sebahagian yang Lain

Tabiat ke-119: Berdebat Tanpa Ilmu

Tabiat ke-120: Kontradiksi dalam Mengikuti Golongan Selain Mereka

Tabiat ke-121: Menghalang Orang daripada Jalan Allah

Tabiat ke-122: Setia kepada Kuffar

Tabiat ke-123 - 128: Bergantung kepada Perkara Khurafat 

Bibliografi

 

=================================================================================================

ULASAN

 

Semakin lama semakin maju dan terkehadapan teknologi yang dikecapi oleh manusia untuk mempermudahkan urusan sehariannya. Namun, sesuatu peradaban itu dikira mencapai kemuncak bukan setakat melalui lensa kecanggihan teknologi yang dikecapinya. satu lagi lensa yang seringkali manusia terlepas pandang apabila mengira kemajuan sesuatu peradaban ialah adab dan tingkah laku insani yang terulung. Boleh dikatakan bahawa sesuatu peradaban itu itu tidak mencapai kemuncaknya kerana penduduknya tidak mempunyai adab dan tatasusila yang menggambarkan sebagai seorang insan.

Oleh itu, mereka yang tidak ada adab dan tatasusila ini boleh dikatakan sebagai kelompok yang jahil. Maka peradaban yang mereka bina itu, jika tanpa adab dan tatasusila yang tinggi, adalah peradaban yang berasaskan kejahilan. Malah tidak sepatutnya diletakkan dengan perkataan peradaban.

Jahiliyyah merupakan suatu terma yang luas yang boleh ditujukan kepada zaman, masyarakat dan tabiat yang tidak mulia jika dilihat dari sudut agama. Masakan tidak, semua tamadun dan peradaban manusia semuanya berasaskan agama ataupun pegangan budi yang luhur. 

Buku Tabiat Jahiliyyah terbitan Karya PiS menyenaraikan tabiat-tabiat jahiliyyah yang diambil dari kitab besar karangan Syaykh al-Islam Muhammad bin Abd al-Wahhab al-Tamimi yang bertajuk Mu'allafat al-Syaikh Muhammad bin Abd al-Wahhab. Dengan adanya buku seperti ini, boleh dijadikan sebagai alat untuk merenung balik diri sendiri dan persekitaran kita. Adakah kita dan orang yang ada disekeliling kita masih mengamalkan tabiat-tabiat yang jahil secara tidak sengaja ataupun dengan sengaja? 

Bacalah buku ini dan renung-renungkan kedalam diri dan persekitaran supaya pada masa akan datang, kita bebas daripada tabiat-tabiat jahiliyyah sama ada yang jelas mahupun dibawah sedar.

-sumber: H2413

Penerbit:
Karya PiS
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
126 Muka Surat

 

 

 

BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?

Order yang dibayar sebelum 10 AM sahaja akan diproses & dihantar pada hari yang sama, ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). 

Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI