FAQ

FAQ / Soalan Lazim

 

Q:  Kalau saya beli online di Bookcafe, berapa lama masa yang diambil untuk pesanan dihantar kepada saya?

A : Biasanya penghantaran dibuat (parcel dihantar ke kurier) dalam masa 24 jam (hari bekerja) selepas pembayaran diterima. Kami akan bekalkan setiap pelanggan dengan tracking no untuk disemak status penghantaran dengan pihak kurier.

Pada kebiasaannya, parcel akan diterima oleh pelanggan selepas 1 - 3 hari pesanan dibuat. Kami juga tawarkan SAME DAY DELIVERY untuk penghantaran ke kawasan tertentu.

 

Q:  Adakah semua produk/buku di Bookcafe berstatus ready stock?

A : Ya, semua produk/buku di Bookcafe berstatus ready stock kecuali produk yang ditandakan dengan label PRE-ORDER. Dengan ini kami boleh menghantaran pesanan pelanggan dengan lebih pantas.

 

Q:  Bagaimanakah cara untuk membeli buku di Bookcafe?

A : Cara-cara membeli di Bookcafe adalah mengikut aturan di bawah. Panduan lanjut baca di SINI.

Cara Beli Buku

Q : Bagaimana pula cara pembayarannya?

A : Ketika proses BAYAR atau CHECKOUT, pelanggan boleh memilih cara pembayaran yang sesuai dengan kesesuaian pelanggan. Terdapat 9 cara pembayaran iaitu melalui Maybank2u, Debit/Kredit Kad, Cimb Clicks, Rhb Now, MEPS (Menyokong AffinBank, Ambank, Hong Leong Connect, Bank Islam, Public Bank, Webcash), Paypal, Bank In (Dibekalkan No Akaun Bank Kami), Cek dan juga Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M).

 

Q : Berapakah anggaran kos penghantaran pesanan saya?

A : Kos penghantaran bergantung kepada berat buku yang anda beli. Baca lanjut di SINI.

 

Q : Apa yang boleh saya lakukan sekiranya pesanan saya tidak sampai?

A : Pelanggan boleh menghubungi kami samada secara email di orders@bookcafe.com.my atau telefon 03-6185-0718 untuk aduan berkaitan pesanan. Pejabat kami beroperasi dari 9.00 pagi - 5.45 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. 

 

 

1. Apakah fungsi laman web Bookcafe.com.my?

Laman web Bookcafe.com.my berfungsi untuk membolehkan pembeli dan peminat buku berbahasa melayu daripada PTS mendapatkan buku kegemaran mereka secara ONLINE dengan mudah dan cepat tanpa perlu ke kedai buku.

2. Bagaimanakah pembelian ONLINE Bookcafe.com.my ini berfungsi?

Laman web Bookcafe.com.my akan bertindak seperti jurujual dan pembeli boleh memilih buku yang diminati, memasukkan nama dan alamat untuk proses penerimaan buku dan kemudian membuat pembayaran. Kesemua maklumat pembelian akan diproses oleh Bookcafe dalam kadar segera dan kemudian buku akan dihantar kepada pembeli menggunakan Pos Malaysia. Tutorial membeli buku di Bookcafe.com.my boleh dibaca di http://bookcafe.com.my/en/cara-beli.html

3. Bagaimana untuk saya membuat pembayaran di Bookcafe.com.my?

Bookcafe.com.my menerima pelbagai jenis pembayaran dan boleh dirujuk di http://bookcafe.com.my/en/cara-bayar.html

Tips membuat pembayaran : Sekiranya tuan puan gagal membuat pembayaran menggunakan NBEPay, sila pilih cara pembayaran lain seperti menggunakan manual internet banking atau melalui mesin cash deposit. Maklumat akaun boleh didapati melalui laman http://bookcafe.com.my/en/cara-bayar.html

4. Berapa lama masa yang diambil untuk Bookcafe menghantar buku yang dibeli?

Masa memproses sesuatu pembelian biasanya mengambil masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dan buku akan dihantar menggunakan Pos Malaysia yang biasanya mengambil masa seperti berikut:

Pos Laju (Tempoh masa penghantaran 3 hingga 5 hari berkerja)

Rujuk: http://bookcafe.com.my/en/penghantaran.html

Selepas membuat penghantaran, pihak Bookcafe akan menghantar email yang mengandungi no. tracking kepada pelanggan biasanya dalam masa 24 jam selepas penghantaran dibuat. Status terkini penghantaran boleh dirujuk di website Pos Laju dengan menggunakan no tracking yang dibekalkan. Semak di sini: http://www.poslaju.com.my/track-trace/


5. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya buku yang saya dapat dalam keadaan tidak sempurna?

Buku rosak? Salah tajuk? Kuantiti tidak cukup? Rujuk di sini: http://bookcafe.com.my/en/refund-and-return-policy-en.html

Buku yang dibeli daripada Bookcafe biasanya akan sampai dalam keadaan yang sangat baik. Namun sekiranya berlaku kejadian buku yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan yang tidak memuaskan, sila hubungi Bookcafe (email, telefon, sms) untuk tujuan pemulangan buku yang tidak sempurna tadi dan Bookcafe akan menghantar buku baru kepada anda tanpa sebarang kos tambahan.

Cara menghubungi Bookcafe:

PTS Bookcafe Sdn. Bhd
No. 12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor, MALAYSIA

Tel : 03 6185 0718
Fax : 03 6189 5316

Email : orders@bookcafe.com.my

6. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima buku yang saya beli?

Sila maklumkan kepada Bookcafe sekiranya anda tidak menerima buku yang dibeli dalam tempoh 3 minggu selepas pembayaran dilakukan. Kami akan menyemak maklumat anda dalam kadar segera samada ianya disebabkan oleh kecuaian Bookcafe atau kelewatan oleh Pos Malaysia.

7. Apakah kelebihan membeli buku terbitan PTS secara ONLINE melalui Bookcafe.com.my berbanding membeli di kedai buku biasa?

Selain mudah dan cepat, membeli di Bookcafe.com.my akan membolehkan anda mendapat pelbagai diskaun istimewa daripada pihak PTS.

8. Berapakah kos penghantaran buku-buku yang dibeli di Bookcafe.com.my?

Kos penghantaran buku-buku yang dibeli di Bookcafe.com.my adalah berdasarkan kepada kos yang digunakan oleh perkhidmatan Poslaju.

9. Apakah kelebihan melanggani newsletter promosi?

Newsletter promosi merupakan platform untuk Bookcafe mengemaskini segala berita berkenaan promosi terbaru yang diadakan di Bookcafe. Melanggan newsletter promosi membolehkan pelanggan menjadi antara orang pertama yang mengetahui tentang apa-apa promosi terbaru yang diadakan di Bookcafe.

Untuk lebih banyak keistimewaan, 5 saat sahaja untuk daftar. Daftar sekarang juga: http://bookcafe.com.my/newsletter

10. Saya berminat untuk menyertai Program Affiliate Bookcafe. Apa yang harus saya lakukan?

Buat masa ini, Program Affiliate Bookcafe masih dalam pembangunan dan belum dibuka untuk disertai. Kami berharap anda dapat bersabar. Kami mencadangkan anda melanggani newsletter promosi untuk membolehkan kami mengemaskini berita terbaru apabila Program Affiliate dilancarkan nanti.

MINAT MAHU BERBISNES & JUAL BUKU SECARA ONLINE? Sertai program DROPSHIP kami. Maklumat lanjut: http://drops.bookcafe.com.my/en/mula.html

11. Saya cuba membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan Maybank2u dan MEP FPX tetapi gagal. Apa sebabnya?

 Perkhidmatan Maybank2u dan MEP FPX mempunyai aktif seperti berikut;

Nota:

Pembayaran menggunakan Maybank2u secara NBEpay : 6 Pagi - 12 Malam

Pembayaran menggunakan saluran MEPS FPX : 7 Pagi - 11 Malam

Pembayaran yang dilakukan diluar dari waktu ini biasanya akan gagal.

12. Saya memilih untuk membuat pembayaran secara Bank-in manual di mesin ATM. Masalah saya ialah mesin ATM tidak menerima duit kecil (seperti duit syiling dan wang kertas RM1, RM5) menyebabkan saya tidak dapat memasukkan jumlah yang tepat. Sekiranya saya membuat pembayaran terlebih, adakah pihak Bookcafe akan memulangkan baki bayaran saya?

Polisi kami ialah tidak memulangkan baki kepada para pelanggan bagi kes ini. Kami juga dinasihatkan oleh pihak POS LAJU supaya tidak memasukkan duit dalam bungkusan berserta dengan buku. Kami lebih mengesyorkan para pelanggan untuk menggunakan kaedah bank-in secara online daripada menggunakan mesin ATM. Kami juga menyesyorkan para pelanggan yang ingin membuat pembayaran menggunakan mesin ATM supaya menggenapkan jumlah pesanan supaya tidak berlaku masalah ini.

Sekiranya ia masih tidak dapat dielakkan, duit baki pembayaran para pelanggan boleh digunakan untuk membuat pembelian yang seterusnya.

13. Semasa POS LAJU membuat penghantaran, saya tiada dirumah dan mendapati pihak POS LAJU tidak meninggalkan apa-apa nota untuk dirujuk. Apa yang harus saya lakukan?

Pertama sekali, sekiranya pelanggan tidak mendapat pesanan dalam masa jangkaan normal iaitu 3-5 hari bekerja, pelanggan disarankan untuk menghubungi pihak Bookcafe bagi memaklumkan perkara tersebut. Ini kerana kebiasaanya pihak POS LAJU tidak memaklumkan status penghantaran mana-mana pesanan kepada kami dan ianya mengambil masa yang lama untuk sesuatu bungkusan kembali ke pejabat kami sebagai barang yang tidak dituntut. Dalam kes ini, pihak PTS Bookcafe tidak akan menanggung kos penghantaran kali kedua sekiranya barang yang dihantar kembali ke pejabat kami sebagai barang yang tidak dituntut (atau sebab-sebab lain yang disebabkan oleh kecuaian pelanggan).

14.Saya ingin membeli buku tetapi tiada stok. Apa yang perlu saya lakukan?

Para pelanggan boleh tandakan pada kotak "Notify me when this product is back in stock" kemudian masukkan alamat email ke dalam ruang yang disediakan. Para pelanggan akan mendapat notis sebaik sahaja stok buku tersebut dikemaskini.

15. Apa itu nombor pesanan / order id?

Selepas membuat pesanan di Bookcafe, para pelanggan akan menerima email Invoice daripada Bookcafe. Tertera pada Invoice tersebut ialah nombor pesanan seperti : Order #12345

16. Apa itu MOLPay?

MOLPay ialah perkhidmatan pihak ketiga yang akan memproses pembayaran samada menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, dan juga membayaran menggunakan bank tempatan seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan perkhidmatan yang menggunakan saluran FPX yang lain. Oleh itu, transaksi yang menggunakan perkhidmatan MOLPay akan mencatatkan MOLPay sebagai penerima bayaran pada statement pembayaran (samada pada statement kad kredit mahupun resit transaksi bank).

MOLPay juga bertanggungjawab memastikan perjalanan sebarang transaksi dan transmisi data pelanggan ketika membuat pembelian online di Bookcafe.com.my adalah dalam keadaan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.

17. Saya telah membuat pesanan online. Tetapi saya tidak mendapat buku yang dipesan kerana tidak ada orang ditempat alamat yang saya tetapkan semasa pihak POS LAJU membuat penghantaran. Bagaimana dengan pesanan saya?

Kami sarankan supaya pelanggan menetapkan alamat yang boleh menerima pesanan yang akan dihantar samada pelanggan itu sendiri atau sesiapa juga yang boleh bertanggungjawab menerima pesanan tersebut. Sekiranya pihak POS LAJU mendapati tidak ada orang yang menerima pesanan di alamat yang ditetapkan, pihak POS LAJU biasanya akan meninggalkan sekeping nota dan pelanggan perlu ke Pejabat POS berdekatan untuk mengambil bungkusan yang dihantar. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kes pihak POS LAJU tidak meninggalkan nota tersebut iaitu;

  • Penerima tidak dikenali
  • Penerima telah berpindah
  • Alamat salah/tidak lengkap
  • Alamat tidak mempunyai peti surat untuk diletakkan nota
  • Alamat berada di kawasan pendalaman

Sekiranya ini berlaku, bungkusan biasanya dihantar kembali kepada kami dan pelanggan perlu membayar kos penghantaran sekali lagi sekiranya ingin bungkusan tersebut dihantar sekali lagi.