Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


(OS) Panduan Memborong di China (L132)

Harga Asal: RM17.00
RM13.60
ANDA JIMAT: RM3.40 (20%)
Price in points: 14 points
Weight: 0.30 kg 
978-967-369-126-5
2 pieces
+
==========================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-369-126-5
Tarikh Terbit: 20 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 224
Berat(kg) : 0.30
=========================

 

Untung 600%:

Buku ini menyediakan panduan lengkap untuk sesiapa sahaja yang mahu mengaut keuntungan sehingga 600% dan memborong pelbagai barangan pada harga yang begitu murah.

Murah dan berkualiti:

China adalah lubuk barangan yang berkualiti pada harga yang murah. Mitos bahawa barangan buatan China rendah kualitinya dinafikan oleh buku ini. Buku ini menyenaraikan plaza-plaza borong yang menyediakan barangan yang bermutu dan memberi panduan kepada kita bagaimana memborongnya pada harga yang murah. Murah dan berkualiti, itulah kata kuncinya.

Tip survival:

Orang yang tersesat di padang pasir sekalipun mampu hidup, inikan pula anda yang pergi memborong di China. Makanan halal, hotel yang murah, pengangkutan terbaik, teknik tawar-menawar, teknik mengesan penipuan, dan panduan memborong dihuraikan secara terperinci dalam buku ini.

Lengkap dan terperinci:

Inilah kelebihan buku ini. Panduan dalam buku ini membimbing anda bermula dari rumah anda di Malaysia, menjaga keselamatan anda daripada ditipu, menemani anda memborong di China, membantu anda membawa pulang barangan borong ke Malaysia, dan yang paling penting, memuaskan hati anda dengan keuntungan sehingga 600%.

Panduan dan teknik tambahan:

  • Panduan mendapat kadar tukaran wang yang tinggi

  • Panduan memilih produk yang laris di pasaran

  • Panduan beribadah dalam kesibukan di plaza borong

  • Teknik tawar-menawar dan mengambil hati peniaga Cina

     

     

    Bahagian 1: Pengenalan Tentang China

    Bab 1 China, Paksi Ekonomi Dunia

    Bab 2 Matawang

    Bab 3 Cuaca Di Guangzhou

    Bab 4 Penduduk Dan Budaya China

    Bahagian 2: Persediaan Sebelum Ke China

    Bab 5: Perancangan Ke China

    Bab 6: Passport Dan Visa

    Bab 7: Penerbangan Ke Guangzhou

    Bab 8: Jumlah Wang Untuk Dibawa

    Bab 9: Senarai Semak Untuk Ke China

    Bahagian 3: Apa Yang Ada di China

    Bab 10: Minggu Emas Di Guangzhou

    Bab 11: Tempat Menarik Untuk Dilawati

    Bab 12: Canton Fair

    Bab 13: Plaza Borong, Syurga Untuk Memborong

    Bahagian 4: Tip Memborong di China

    Bab 14: Budaya Bisnes Orang Cina

    Bab 15: Merancang Borongan Pertama

    Bab 16: Mengkaji Pasaran Tempatan

    Bab 17: Memilih Produk Bermanfaat

    Bab 18: Alibaba Dan 40 Penyamun Di China

    Bab 19: Penipu Bercakap Melayu

    Bab 20: Katalog Barang

    Bab 21: Warranti Barangan China

    Bab 22: Menghantar Barang Ke Malaysia

    Bahagian 5: Tip Survival di China

    Bab 23: Hotel

    Bab 24: Jurubahasa

    Bab 25: Pengangkutan

    Bab 26: Makanan Halal

    Bab 27: Waktu Solat

    Bab 28: Telefon dan Internet

    Bab 29: Peminta Sedekah Profesional

    Bab 30: Nota Tambahan di Plaza Borong

    Bahagian 6: Bonus

    Bab 31: Pulang ke Malaysia

    Bab 32: Mitos Bisnes Borong China

    Bab 33: Risiko ke China

    Bab 34: Untung Peniaga Kampung

    Bab 35: Trip Borong China

******************************************************************

Review

 

Mahu mencipta memori percutian yang terindah? China adalah tempatnya. Mahu menyaksikan keajaiban dunia yang mengkagumkan? Datanglah ke China. Mahu meluaskan empayar bisnes dan mengaut keuntungan yang berganda-ganda? Pilihan utama pastinya China. Segala-galanya ada China. Negara kedua terbesar di dunia dan memiliki populasi manusia teramai di dunia ini menyediakan segala-galanya untuk para pelancong, usahawan, atau pencinta sejarah.

Datanglah ke China dan kita akan dapat melihat seluruh dunia. Bacalah sejarah China dan kita akan dapat membaca sejarah dunia. Segala-galanya ada di China dan segala-galanya berasal dari China. Begitulah kehebatan China, negara komunis yang menjadi kuasa ekonomi dunia ini. Seluruh dunia sedang tertumpu kepada China. Inilah destinasi pelancongan dan perdagangan tumpuan dunia.

Ketamadunan yang unggul pernah bertapak di sini. Gah dengan Tembok Besar China dan terkenal dengan Kota Larangannya, China akan memberikan pakej kenangan terindah, pengalaman teristimewa, dan keuntungan terbesar buat para pengunjungnya. Mahukan panduan mudah, ringkas dan padat untuk kepuasan maksima di China? Buku “Panduan Memborong Di China” adalah jawapannya.

Buku ini menyenaraikan tempat-tempat yang wajib dikunjungi di China, lokasi plaza borong yang menguntungkan, restoren yang sedap untuk menjamu selera, dan tip-tip survival sepanjang berada di sana. Buku ini turut dilengkapi dengan lokasi penginapan yang murah, sistem pengangkutan untuk memudahkan pergerakan, dan talian untuk dihubungi ketika kecemasan. Inilah teman setia dan panduan lengkap untuk dibawa bersama dalam perjalanan ke China.

Pengalaman sebenar penulis dan rakan-rakan menjadi intipati utama buku ini. Ia ditulis berdasarkan situasi terkini dan pengalaman nyata sepanjang mereka berinteraksi dengan masyarakat China. Pelbagai tip yang jarang kita dengar dikongsikan bersama supaya kita mendapat puncak kepuasan dan keuntungan maksima di negara China. Jangan berkunjung ke negara China sebelum anda membaca buku ini sehingga habis. Dapatkan buku ini sekarang juga untuk memulakan misi mengaut keuntungan dan mencipta kenangan terindah di negara China.

 

 

 

BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?

Order yang dibayar sebelum 9 AM sahaja akan diproses & dihantar pada hari yang sama (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI