Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


(OP) Smart Heart (L154)

Rak: L306

Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

"Sesungguhnya di dalam tubuh ini ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baik jugalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati." - Riwayat Bukhari dan Muslim

Harga Asal: RM14.00
RM7.00
ANDA JIMAT: RM7.00 (50%)
Price in points: 7 points
Weight: 0.20 kg
978-967-5564-91-8
3 pieces
+

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5564-91-8
Tarikh Terbit: 4 Mar 2011
Jumlah Muka Surat : 144

Berat (KG) : 0.20

===========================

SINOPSIS

Kita benar-benar yakin yang hati adalah pusat segala aktiviti seharian kita. Hati yang mengendalikan segala tingkah-laku otak. Otak bekerja mengirimkan mesej tetapi dalam hatilah mesej itu diolah. Ketika hati insan jernih, hati itu mampu menterjemah mesej dengan jelas, terang-benderang dan positif. Namun apabila hati gelap-gelita, proses terjemahan menjadi keruh, emosional dan merosakkan. Tidak hairanlah orang yang hatinya kotor dan mengidap pelbagai penyakit hati, tindak-tanduknya cenderung meresahkan orang bahkan membahayakan dirinya sendiri.

Maka, satu-satunya usaha meningkatkan kualiti hidup, fikiran dan emosi manusia, perlu bermula daripada hati. Usaha mengekalkan hati yang bersih dan membersihkan hati yang kotor. Daripada hati yang suci ini, lahir insan baru yang cerdas fikirannya, baik prasangkanya dan positif pula perbuatannya. Buku Smart Heart ini mengadunkan sumber agama dan penelitian psikologi dalam bidang multiple intelligences dengan cara yang bukan sahaja menyentuh jiwa, malah mengetuk minda. Smart Heart menunjukkan yang jiwa, minda malahan fizikal dikawal hati. Apabila hati itu keras, dia tuan, kita hamba. Apabila dia lembut, kita menjadi tuan dan dia pula pembantunya. Smart Heart berbicara perihal melembutkan hati. Bukan satu, tetapi tujuh cara yang didedahkan di dalam buku ini:

* Melembutkan hati secara cerdas emosi

* Melembutkan hati secara cerdas spiritual

* Melembutkan hati secara cerdas sosial

* Melembutkan hati secara cerdas linguistik

* Melembutkan hati secara cerdas fizikal

* Melembutkan hati secara cerdas muzikal

* Melembutkan hati secara cerdas visual

* Melembutkan hati secara cerdas logik-matematik Apabila hati berjaya dilembutkan, bermulalah titik-tolak meraih kejayaan dan kebahagiaan di dunia serta akhirat.

========================================

ISI KANDUNGAN

 

Pengantar

Penghargaan

BAB 1: HATI DAN KECERDASAN

BAB 2: MELEMBUTKAN HATI DENGAN KECERDASAN EMOSI

BAB 3: MELEMBUTAN HATI DENGAN KECERDASAN SPIRITUAL

BAB 4: MELEMBUTAN HATI DENGAN KECERDASAN SOSIAL

BAB 5: MELEMBUTAN HATI DENGAN KECERDASAN LINGUISTIK

BAB 6: MELEMBUTAN HATI DENGAN KECERDASAN FIZIKAL

BAB 7: MELEMBUTAN HATI DENGAN KECERDASAN MUZIKAL

BAB 8: MELEMBUTAN HATI DENGAN KECERDASAN VISUAL

BAB 9: MELEMBUTAN HATI DENGAN KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK

Rujukan

Penulis

Testimoni

 

=======================================

ULASAN

Hati boleh diibaratkan sebagai teras pada diri setiap insan. Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya: 

"Sesungguhnya di dalam tubuh ini ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baik jugalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati." - Riwayat Bukhari dan Muslim

Oleh sebab itu pentingnya hati dalam diri setiap insan dijaga dengan rapi kerana Allah S.W.T sangat menyukai hati - hati yang baik, lembut dan bersih. Ini juga kerana untuk menjadi seorang muslim dan mukmin yang sempurna, hati kena bersih dari sebarang maksiat dan emosi - emosi negatif.

Menurut Rusdin S. Rauf didalam buku beliau ini, dinyatakan bahawa hati manusia ada tiga kategori. Yang pertama hati yang lembut, sihat. Yang kedua hati yang mati, kering. Yang ketiga hati yang sakit. Fokus utama penulisan buku ini adalah untuk memberitahu cara - cara untuk merawat hati yang sakit kerana setiap penyakit itu ada ubat penawarnya melainkan mati.

Didalam buku ini, akan dijelaskan secara terperinci untuk merawat/melembutkan hati dengan melalui 8 haluan perspektif. Setiap satu haluan ada cara yang tersendiri dan semua yang dibicarakan didalam buku ini boleh terus di praktikkan oleh para pembaca sekiranya mereka ingin melembutkan hati mereka.

-sumber: H2413

Penerbit:
PTS
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
128 Muka Surat
Rak:
L306

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?

Order yang dibayar sebelum 9 AM sahaja akan diproses & dihantar pada hari yang sama (hari bekerja sahaja).

Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI

 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA