Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Memahami Maqasid Syariah (L146)

RM23.00
Weight: 0.40 kg
978-967-366-291-3
18 pieces
+

Format: Paperback
Saiz: 6" X 9"
ISBN-13: 978-967-366-291-3 
Tarikh Terbit: 13 Oct 2014
Jumlah Muka Surat : 280

Berat (kg) : 0.40

 

------------------------------------------

 

Kategori: Perundangan & ShariahPolitik & SejarahIsu SemasaUndang-undang

Siri:

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

 

Kesedaran bagi mengangkat Islam sebagai cara hidup memerlukan satu daya usaha yang tinggi. Islam sebagai sebuah agama yang menekankan kesepaduan yang merentasi batas peribadatan khusus perlu mendapat tempat sewajarnya. 

Terdapat usaha bagi menyudutkan Islam supaya dilihat tidak lagi relevan. Islam cuba dipaparkan sebagai sebuah agama yang ketinggalan, jumud, dan kejam. Islam menaja keganasan, kezaliman, dan kepura-puraan. 

Keadaan itu lebih menjadi-jadi selepas era perang dingin tamat. Lalu, Barat mengalihkan tumpuan dengan melihat Islam sebagai pesaing baru. Fenomena ini diburukkan lagi dengan kelemahan umat Islam dalam menguasai dan bersaing menggunakan senjata baru seperti media, ekonomi, dan budaya. 

Dalam pada itu, imej Islam terus dilanyak bagi menggunakan pelbagai istilah seperti pengganas, ektremis, dan sebagainya. Apabila kejadian ini menjadi buruk, umat Islam mula bertindak balas. Umat Islam terpecah sekurang-kurangnya kepada empat kelompok bagi menanggapi serangan Barat:

 

  • Menjadi kelompok pengkagum Barat. Mereka turut sama dalam pesta menghina dan merendah-rendahkan imej Islam. 
  • Kelompok yang berhadapan secara tegang dengan Barat. Menyerang balas dengan ganas sehingga mengangkat senjata. Mereka ini adalah yang digelar oleh Barat sebagai kelompok pengganas dan militan. 
  • Kelompok yang tidak mempedulikan segala serangan daripada musuh Islam. Mereka sibuk dengan ibadah yang bersifat ritual semata-mata. Pada mereka cukup sekadar menjaga diri. Akhirnya, mereka hidup dalam pemencilan yang tersendiri.
  • Kelompok yang berkomunikasi dengan Barat daripada sudut idea, budaya, dan bahasa.Kelompok ini percaya, dialog dan wacana adalah satu kaedah yang mesti digunakan dengan sebaik-baiknya sementelah Barat sememangnya bersifat terbuka. Oleh itu, kelompok ini cuba menggunakan ruang ini sebaik-baiknya dengan keyakinan bahawa Islam mempunyai semua jawapan kepada persoalan hidup manusia.

 

Oleh yang demikian, bagi memperluaskan usaha berkomunikasi dengan dunia yang semakin rencam, maka kemunculan pemikiran-pemikiran baru yang mengangkat wacana maqasid syariah menjadi lebih bermakna dan segar. 

Buku yang ditulis oleh Dr. Jasser Auda ini adalah satu daripada usaha bagi memperkenalkan asas memahami maqasid syariah, supaya masyarakat Islam lebih berupaya berinteraksi dengan kerencaman persoalan yang dilontarkan oleh pihak musuh Islam.

 

BAB 1 Maqasid Syariah 

  • Apakah Itu Maqasid? 
  • Antara Dua Mafhum, Al-Maqasid dan Al-Masalih 
  • Dimensi-Dimensi Maqasid Al-Maqasid dalam Ijtihad Para Sahabat 
  • Teori-Teori Awal Maqasid 

BAB2 Imam-Imam Maqasid 

  • Abad Kelima Hingga Kelapan Hijrah
  • Imam Al-Juwayni dan Al-Hajat Al-‘Ammah(Kehendak-Kehendak Umum) 
  • Imam Al-Ghazali dan Tertib-Tertib Keperluan(Ad-Dharuriyyat) 
  • Al-‘Izz Ibnu Abd. As-Salam dan Hikmah di Sebalik Hukum-Hakam 
  • Imam Al-Qarafi dan Jenis-Jenis Perilaku Nabi s.a.w 
  • Imam Ibnu Al-Qayyim dan Haqiqah As-Syariah 
  • Imam As-Shatibi dan Al-Maqasid Sebagai Usul As-Syariah (Fundamental Syariah) 

BAB3 Peranan Maqasid dalam Pembaharuan Islam Kontemporari 

  • Maqasid Sebagai Satu Projek Pembangunan dan Hak-hak Asasi Manusia 
  • Maqasid Sebagai Asas untuk Ijtihad Baru Membezakan antara Al-Wasail dan Al-Ghayat 
  • Maqasid dan Tafsir Mawdhu’i untuk Al-Quran 
  • Mentafsirkan Maqasid Perbuatan Nabi s.a.w. 
  • Fath Ad-Dara’i Sebagai Pilihan Selain Sadd Ad-Dara’i
  • Mencapai Maqasid ‘Alamiyyah (Kesejagatan) 
  • Maqasid Sebagai Landasan Bersama antara Mazhab-Mazhab 
  • Maqasid Sebagai Asas Bersama untuk Dialog antara Agama
  • Pelaksanaan-Pelaksanaan Maqasid Syariah 
  • Kesimpulan 

BAB 4 Siyasah As-Syariah 

  • Syariah dan Interaksi dengan Kepelbagaian Identiti 

BAB 5 Syariah: Beza Antara Hukum dan Prinsip 

BAB 6 Maqasid Praktikal Politik Nabi s.a.w. 

BAB 7 Memahami dan Menyusun Keutamaan dalam Pergerakan 

BAB 8 Syura Menolak Kediktatoran 

BAB 9 Menentukan Hubungan Antara ‘Keagamaan’ dan ‘Kesivilan’ 

 

  • Ad-Diniy Semata-Mata 
  • Al-Madaniy Semata-Mata 
  • Diniy – Madaniy 

 

BAB 10 Teori Keadilan dan Bagaimana Merealisasikannya? 

BAB 11 Dialog Antara Islamis dan Kem Sekular, Serta Liberal

BAB 12 Membezakan Antara Dosa dan Jenayah 

BAB 13 Pelaksanaan Hudud Seperti yang Diseru oleh Sebahagian daripada Golongan Islamis 

BAB 14 Jizyah yang Dilaungkan oleh Sesetengah Pihak 

BAB 15 Undang-Undang Berkaitan Hal Ehwal Keluarga 

 

********************************************************************

Review

 

Mewujudkan kebaikan, menolak keburukan, dan menghilangkan kemudharatan. Inilah definisi maqasid syariah. Ia adalah matlamat dan tujuan yang dikehendaki oleh Islam berpandukan Al-Quran dan hadis.

Memahami maqasid syariah akan membantu seluruh manusia sejagat menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta masing-masing. Undang-undang Islam yang digariskan mengikut maqasid syariah akan mengelakkan darurat, menegakkan keadilan dan mengembalikan manusia kepada fitrah yang suci.

Undang-undang yang telah ditentukan oleh Allah adalah undang-undang yang terbaik sepanjang zaman. Allah maha mencipta dan dia maha mengetahui. Maqasid Syariah adalah ilmu yang wajib dipelajari untuk mengeluarkan keputusan dan ijtihad yang memenuhi kehendak Islam. Maqasid syariah tetap relevan walaupun dunia berkembang dan zaman berubah.

Ijtihad tidak boleh dipisahkan daripada maqasid syariah. Tepat atau tidak ijtihad yang dikeluarkan diukur sejauh mana ia menepati semangat maqasid.

Jasser Auda adalah orang yang selayaknya untuk berbicara tentang maqasid syariah. Tulisannya berpaksi kepada ilmu yang sahih, dikemaskan dengan nilai kontemporari yang sesuai dengan zaman terkini dan masih mempertahankan warisan ilmu silam ulama yang terkemuka seperti Al-Ghazali, Ibnu Taimiyah dan As-Shatibi.

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?

Order yang dibayar sebelum 9 AM sahaja akan diproses & dihantar pada hari yang sama (hari bekerja sahaja).

Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI

 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA