Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Gentleman (C286)

Rak: L110
RM24.00
Price in points: 24 points
Weight: 0.26 kg
9789670870526
Out-of-stock

============================

Format: Kulit Nipis
ISBN-13: 978-967-0870-52-6
Jumlah Muka Surat: 393
Berat (Kg): 0.257
Penulis: Ailah Diela
===========================
 
SINOPSIS
 

Dia manis.

Dia pemalu.

Dia perahsia.

Di matanya ada seribu satu duka. Dia adalah Nur Hannah.

Aryan Mirza, dia adalah lelaki yang akan memastikan wanita miliknya sentiasa bahagia. Berkahwin dengan Hannah bukanlah sesuatu yang pernah dia impikan. Tetapi apalah dayanya kerana saat mata bertentang mata, hati lelakinya dah jatuh suka.

“Senyum dan ketawa ini masih milik saya rupanya. Bukan mudah nak dapat tau.”- Aryan Mirza

“Tapi, dah dapat pun kan...”- Nur Hannah

“Mestilah. Bak kata orang tu... Saya kan...” – Aryan Mirza

“Suami gentleman!” – Nur Hannah

Wahai Aryan Mirza,

Bahagiakan dia. Pastikan senyuman manis dengan pipi merah delima itu sentiasa miliknya. Bimbing dia hingga ke syurga.

Namun berjayakah dia dengan pelbagai dugaan yang datang? Malia bekas kekasih yang kembali menagih cinta dan Imran, lelaki yang entah dari mana muncul seringkali mengganggu isterinya.

“Maaf... Maaf sebab saya lambat datang dalam hidup awak.”- Aryan Mirza

“Itu semua jalan hidup yang telah ditentukan. Sekurang-kurangnya saya bersyukur sangat sekarang ni sebab saya jumpa juga dengan lelaki yang ikhlas sayangkan saya.” – Nur Hannah

“Saya akan pulangkan semua apa yang telah awak hilang.”- Aryan Mirza.

Kuatkah kamu wahai Aryan Mirza? Mampukah kamu memadam api fitnah yang datang dari segala sudut. Setebal manakah iman kamu untuk menepis godaan gadis secantik Malia? Teguhkah kamu berdiri untuk si manis yang kamu sayang? Itu soal hatinya.

Tapi, Hannah kata dia lelaki gentleman. Pastilah dia boleh!

Penerbit:
Anaasa Publication
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
393 Muka Surat
Rak:
L110

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI