Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Limelight Faizal Hussein (L94)

RM30.00
Weight: 0.20 kg
9789671118511
13 pieces
+
Add to wish list
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.8 " x 8.2”
ISBN-13: 978-967-11185-1-1
Jumlah Muka Surat: 110
Berat (Kg): 0.20
===========================

Faizal Hussein, nama yang tidak asing lagi bagi peminat filem tanahair. Beliau juga pewaris kepada legasi Allahyarham Seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Seniwati Mahyoun Ismail.

Seawal usia lima tahun lagi, Faizal sudah pun beraksi di depan lensa kamera. Pengalaman beliau berada dalam industri lakonan selama 40 tahun ini dihuraikan di dalam buku LIMELIGHT.

LIMELIGHT mendedahkan profesionalisme kedua ibubapanya mendidik anak-anak, yang tidak pernah dikongsi selama hayat hidup Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail. Faizal juga pernah berhadapan dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang.

Pernah dipilih sebagai ahli jawatankuasa SENIMAN, Faizal terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut kerana tidak sanggup melihat politik kotor dan kepentingan tertentu yang diperjuangkan. Faizal pernah memenangi beberapa anugerah dalam beberapa festival filem tanahair.

LIMELIGHT menceritakan bagaimana mengekalkan tahap profesionalisme beliau sehingga sekarang untuk dikongsi dengan sesiapa yang ingin menceburi dalam karier yang sama atau mahukan gambaran awal mengenai amalan industry perfileman tanahair.

Faizal juga menceritakan bibit-bibit manis berlakon dalam enam filem terpenting di dalam hidupnya; Antara filem-filem yang membawanya melonjak naik ialah Gila-gila Remaja (1985), Kanta Serigala (1992), XX Ray (1993), Fantasia (1994), Leftenen Adnan (2000) dan Bunohan (2012).

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI