Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Ceritera Abdullah Jones (Q13)

RM20.00
Price in points: 20 points
Weight: 0.12 kg
9789672013020
Out-of-stock
Format: Paperback
ISBN: 978-967-2013-02-0
Penulis: Abdullah Jones 
Tahun Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat: 112
==================== 

Kadang-kadang, kita pun tertanya-tanya, "Abdullah Jones ni Melayu ke, Mat Saleh ke?" Nama Abdullah ni - kalau bukan Arab, maka Melayulah, kan! Tetapi, ada Jones pula di belakangnya. "Pan-Asia kot...!" Huh, Pan-Asia mana ada yang berkulit coklat gelap, bhai! *bahak*

Apapun, Abdullah Jones yang ini merupakan pelukis tersohor tanah air. Dahlah tersohor - kacak serta kaya pula!

Lama dahulu, Abdullah Jones menulis di media sosial - mengkritik bangsanya sendiri. "Kita kritik bangsa kita sebab ia dekat dengan kita dan kita tahu. Nak kritik bangsa lain - kita takut!" Kata dia. "Lagi pun, bangsa lain bukan ada cerita best-best sangat untuk dikritik." Tambah dia lagi.

Buku pertama dia berjudul Hikayat Abdullah Jones. Laku gila buku tu. Dan Ceritera Abdullah Jones merupakan buku kedua dia; mengandungi tulisan-tulisannya dari tahun 2007 sehingga 2011 yang penuh dengan sindiran dan lelucon. Apabila ditanya mengapa dia dah lama tak menulis di media sosial, Abdullah Jones menjawab, "Sibuk! Dah join tabligh!"

Abdullah Jones kini bermastautin di Kuantan, Pahang - menghabiskan hari tuanya menikmati suasana banjir yang sering melanda dan memantau kilang sisa & kitaran bahan api nuklear di Gebeng. "Kalau kilang tu meletop esok-esok, kalau sempat, keh kasi tahu aok dulu le!" Kata dia.

Akhir kata, selamat membaca dan selamat bergelak ketawa dengan buku yang serba sederhana ini. Maklumlah - orang tabligh yang tulis!!! Kenalah berwasatiah, kan! *bahak*

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI