DOM SLIM & MINIMALIST WALLET

Syarikat pengeluar produk ini menetapkan harga pasaran pada RM89.00 (termasuk GST).

Tiada sebarang diskaun bagi produk ini.

RM83.96
(RM89.00 inc GST)
dom-wallet
1 item(s)
+

Ciri-Ciri DOM Wallet

  • Bifold
  • Warna Campuran Java Leather & Cocoa Leather
  • Design yang Slim, Minimalist & Modern
  • Kulit Lembu Top Kualiti (100% Genuine)
  • RFID Blocker (Elakkan kad dalam wallet dibaca secara elektronik)
  • 5 Ruang Penyimpanan Kad – Boleh menyimpan lebih dari 10 kad + 1 ruang menyimpan kad yang kurang digunakan
  • 1 Ruang Penyimpanan Tunai
  • 1 Ruang Penyimpanan Syiling
  • Saiz : 4.1″ x 3.4″ (10.4cm x 8.6cm)

 

Idea DOM Wallet bermula apabila kami mendapati sangat susah untuk mencari wallet yang slim, minimalist, modern, selamat dan pada harga yang berpatutan di pasaran. Wallet typical biasanya mempunyai 2 ruang meletakkan cash, banyak compartment untuk menyimpan kad yang tidak diperlukan yang hanya menebalkan wallet.

Wallet yang tebal yang diletakkan dalam poket belakang akan melenguhkan dan meletihkan tulang pinggul apabila kita duduk terlalu lama di atasnya. Wallet yang dijual dipasaran juga tidak mementingkan aspek keselamatan kad yang disimpan di dalamnya. Data kad boleh dicuri secara elektronik walaupun risikonya tidaklah terlalu tinggi.

Kami berazam untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut lalu lahirlah DOM Wallet. Produk pertama DOM Wallet ini mengambil inspirasi dari wallet jenama Bellroy yang sudah lama di pasaran. Walaubagaimanapun, tidak seperti jenama Bellroy, DOM Wallet menawarkan wallet pada kualiti yang tinggi pada harga yang mampu dimiliki.

 

Kami meletakkan aspek kualiti pada kedudukan paling atas apabila mula mempertimbangkan tentang produk yang kami ingin bawa ke pasaran. Ini kerana, kami bukan sahaja ingin menjualnya kepada pelanggan, tapi kami juga ingin menggunakannya untuk kegunaan seharian kami.

Dari situ kami mula membuat kajian tentang kualiti barangan yang diperbuat daripada kulit untuk menentukan material apa yang akan kami gunakan untuk menghasilkan DOM Wallet.

Terdapat 3 grade kulit iaitu Full Grain, Top Grain dan Genuine Leather. Genuine Leather ialah grade terendah dalam senarai kulit. Genuine Leather biasa digunakan untuk membuat barangan kulit yang biasa kita jumpa di pasaran. Full Grain Leather pula ialah grade tertinggi yang biasanya ditemui pada produk kulit di butik mahal bernilai ribuan ringgit.

DOM Wallet memilih untuk menggunakan Top Grain Leather sebagai material asas yang berasal dari kulit lembu. Sudah pasti ianya mempunyai kualiti yang lebih tinggi berbanding produk Genuine Leather yang biasa ditemui di pasaran. Ternyata keputusan kami tepat. Hasilnya DOM Wallet bukan sahaja dihasilkan oleh material kulit yang berkualiti tinggi malah mempunyai permukaan yang lembut dan selesa untuk dipegang. Anda perlu memegang DOM Wallet untuk merasai kualitinya.

 

Apabila kehidupan dipenuhi elemen yang kompleks, kita mahukan sesuatu yang simple sebagai peneman.

Wallet adalah satu produk yang sentiasa ada bersama anda ketika suka dan duka, ketika tebal dan nipisnya kehidupan.

Kita tak mungkin keluar ke mana-mana tanpa membawa wallet. Design wallet yang slim & minimalist bukan sahaja kelihatan moden dan “sharp”, malah memudahkan ianya dibawa kemana-mana sahaja tanpa terlalu menonjolkan isi kandungannya.

Hasilnya, dengan DOM Wallet kami mampu mengekalkan ketebalan wallet kurang dari 2 cm dengan 10 keping cash dan 8 kad terkandung di dalamnya. Saiznya yang minimal jua membolehkan DOM Wallet dibawa di poket belakang ataupun dipoket hadapan dengan tidak begitu menonjol.

 

Di DOM, kami tidak mengamalkan sikap take for granted terutamanya terhadap apa yang disimpan dalam produk kami.

DOM Wallet dilengkapi fungsi RFID Blocker, iaitu sejenis coating khas untuk menghalang kad debit dan kad kredit yang disimpan di dalam wallet dari di baca menggunakan alat eletronik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

FAQ / Soalan Lazim

 

Q:  Kalau saya beli online di Bookcafe, berapa lama masa yang diambil untuk pesanan dihantar kepada saya?

A : Biasanya penghantaran dibuat (parcel dihantar ke kurier) dalam masa 24 jam (hari bekerja) selepas pembayaran diterima. Kami akan bekalkan setiap pelanggan dengan tracking no untuk disemak status penghantaran dengan pihak kurier. Pada kebiasaannya, parcel akan diterima oleh pelanggan selepas 1 - 3 hari pesanan dibuat. Kami juga tawarkan SAME DAY DELIVERY untuk penghantaran ke kawasan tertentu.

 

Q:  Adakah semua produk/buku di Bookcafe berstatus ready stock?

A : Ya, semua produk/buku di Bookcafe berstatus ready stock kecuali produk yang ditandakan dengan label PRE-ORDER. Dengan ini kami boleh menghantaran pesanan pelanggan dengan lebih pantas.

 

Q:  Bagaimanakah cara untuk membeli buku di Bookcafe?

A : Cara-cara membeli di Bookcafe adalah mengikut aturan di bawah. Panduan lanjut baca di SINI.

Cara Beli Buku

Q : Bagaimana pula cara pembayarannya?

A : Ketika proses BAYAR atau CHECKOUT, pelanggan boleh memilih cara pembayaran yang sesuai dengan kesesuaian pelanggan. Terdapat 9 cara pembayaran iaitu melalui Maybank2u, Debit/Kredit Kad, Cimb Clicks, Rhb Now, MEPS (Menyokong AffinBank, Ambank, Hong Leong Connect, Bank Islam, Public Bank, Webcash), Paypal, Bank In (Dibekalkan No Akaun Bank Kami), Cek dan juga Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M).

 

Q : Berapakah anggaran kos penghantaran pesanan saya?

A : Kos penghantaran bergantung kepada berat buku yang anda beli. Baca lanjut di SINI.

 

Q : Apa yang boleh saya lakukan sekiranya pesanan saya tidak sampai?

A : Pelanggan boleh menghubungi kami samada secara email di orders@bookcafe.com.my atau telefon 03-6185-0718 untuk aduan berkaitan pesanan. Pejabat kami beroperasi dari 9.00 pagi - 5.45 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. 

NOTA

1. CABUTAN BERTUAH: Kami pilih satu pemenang sahaja setiap bulan, mengikut cabutan nombor order.

2. FREE MEMBERSHIP: Diskaun 10% untuk semua produk sepanjang tahun 2017. Boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 Sebarang masalah, kekeliruan & pertanyaan, mohon sertakan NO. ORDER & emelkan terus ke orders@bookcafe.com.my untuk maklum balas segera.

 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI