Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Cara Mudah Belajar Bahasa Arab- Buku 5 (L40)

RM16.00
Weight: 0.33 kg 
9789675115356
6 pieces
+
===========================
Format: 
Paperback
Saiz: 7" x 10
ISBN-13: 9789675115356
Jumlah Muka Surat: 189
Berat (Kg): 
0.331
===========================

Ini adalah siri buku : (Learn Arabic by yourself) (Belajarlah Bahasa Arab dengan Usahamu Sendiri) untuk para penggemar bahasa Arab dari kalangan orang awam yang ingin belajar bahasa Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Dalam menyiapkan siri buku ini, penulis telah mencuba sedaya upayanya yang dapat bagi menitikberatkan perkara-perkara yang berikut:
 
1. Persepaduan antara kemahiran-kemahiran bahasa yang berlainan: Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis secara seimbang. Dengan penekanan diberikan kepada latihan perbualan dalam situasi yang berlainan pada peringkat permulaan .
2. Menyediakan kaedah latihan -latihan tubi berterus-terusail dan berulang-ulang dengan harapan supaya para pelajar dapat menggunakan buku ini dengan sendirinya.
3. Menitik-beratkan penggunaan bahasa hidup dengan bersandarkan bahasa terjemahan ia-itu bahasa Inggeris untuk membantu pelajar memahami buku ini dengan cara yang mudah.
4. Memperbanyakkan latihan-latihan dalam tata-tata bahasa Arab (nahu) dengan berpandukan nahu Bahasa Inggeris secara mudah dan pebagai.
5. Mengenalkan teks-teks petikan daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW, dengan penekanan diberi kepada lafaz-lafaz kebudayaan Islam supaya para pelajar menggunakan apa yang dipelajari untuk memahami agama.

Adapun buku ini mengandungi enam siri buku dalam 3 peringkat, dan tiap-tiap satu buku itu mengandungi 10 pelajaran ia-itu :
1- Buku Satu dan Dua: untuk Peringkat Permulaan :
Ianyam menitikberatkan pengajaran Huruf Abjad Arab, melatih menyebutnya dengan betul, membedakan tempat bunyi huruf-huruf yang berlainan dan menulisnya dengan baik.
Pada Peringkat Permulaan ini ditekankan tentang dua kemahiran yang asasi iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam perbagai situasi perbualan dengan cara yang mudah dan menarik.
2- Buku Tiga dan Empat : untuk Peringkat Pertengahan :
Ianya menetikberatkan pengajaran kemahiran bahasa yang empat itu dengan seimbang dalam bentuk yang mudah dan sepadu, dan dalam Peringkat Pertengahan ini penekanan diberi kepada bacaan dan latihan tubi yang berterus-terusan dalam kaedah tata bahasa Arab-Nahu dan ikrabnya, perumpamaan Arab, angka dan bilangan dan imlak dengan kaedah-kaedahnya.
3- Buku Lima dan Enam : untuk Peringkat Tinggi :
Ianya menitikberatkan pengajaran kemahiran bahasa yang berlainan itu secara bersepadu. Pelajaran-pelajarannya merangkumi tajuk-tajuk tamadun Islam dan teks-teks yang dipetik dari ayat-ayat al-Quran dan Hadith-Hadith Rasulullah SAW dan dibentangkan secara uslub dan frasa-frasa yang mudah lagi menarik.
Para pelajar perlulah menghabiskan buku-buku pada peringkat rendah sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.
Kandungan pelajaran bagi siri buku-buku ini : 
1. Pengenalan huruf-huruf abjad Arab.
2. Perbendaharaan kata (vocabulary) .
3. Perbualan (conversation) .
4. Susunan ayat dan frasa.
5. Bacaan dan tulisan.
6. Latihan-latihan.
7. Kaedah tata bahasa Arab (Nahu) .
8. Angka dan bilangan.
9. Bidalan dan perumpamaan Arab.
10. Hadith dan ayat-ayat al-Quran.
 
Kepada Allah Yang Maha Berkuasa, saga memohon pertolongan, petunjuk dan hidayat.

 

 

BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?

Order yang dibayar sebelum 9 AM sahaja akan diproses & dihantar pada hari yang sama (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI