KESATRIA : KRONIKA NASHAN (AHMAD PATRIA) (C212)

RM28.00
Price in points: 28 points
Weight: 0.50 kg per item
978-967-369-373-3
27 item(s)
+

=================

Format: Paperback
Saiz: 4.5"x7.25"
ISBN-13: 978-967-369-373-3
Tarikh Terbit: 24 Apr 2017
Jumlah Muka Surat: 528

=================

 

Nashan.

Kota legenda yang diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri kesuma dan Aristokra, yang kini terancam dalam pertempuran menentang gerombolan reneger Sursis, pahlawan adi yang tidak mempunyai tandingan di medan perang. Keperwiraan tentera kota yang dipimpin oleh Mori, kesatria dari Armorikus, serta Shirgen, pembesar kanan Nashan, bakal bersinar dalam sejarah, menjadi babad kepahlawanan terulung.

Namun Sursis terlalu gagah, seperti tidak terkalahkan dalam pertempuran. Maka harapan terakhir Melyn dan seluruh Nashan terletak pada Spiara Bulwar, senjata sakti yang telah menumbangkan naga serta monstra.

Maka percaturan Merkia, magia adi dan wizra tertinggi seluruh Imagina, menjadi kunci kepada segala-galanya.

Bermula seratus tahun sebelum itu, dengan keikhlasan Shilrung, Aristokra pertama Nashan, yang telah mengubah landskap kekuasaan Kushan. Juga dengan kebangkitan Izîl, putera Nomad dari kabilah Tamarazigh, yang satu hari nanti akan bergelar kizar segala kizar. Sejarah mereka bakal menerbitkan legenda baharu, seorang pemuda dari kelana Armorikus yang selamanya terkenal dengan hanya satu gelaran...

Kesatria.

 

 

=========# # # #=========
Ahmad Patria (Penulis) 

 

Beliau mula dikenali dengan siri novel fantasi Saga Artakusiad, di mana beliau disebut sebagai pelopor kepada sastera fantasi di negara ini. Novel pertama beliau, Permata Aurorius, buku pertama dalam siri fantasi Saga Artakusiad diterbitkan pada 1987 sewaktu beliau berumur 17 tahun. Lebih membanggakan, novel ini terpilih memenangi anugerah Book of the Year oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan pada tahun yang sama. Datoʼ Johan Jaafar dalam temu ramahnya dalam akhbar Berita Harian menyifatkan Permata Aurorius sebagai novel fantasi terbaik pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu.

.

Miliki Juga Koleksi Siri Kronika Nashan Dengan Klik Pada Gambar Di bawah:
 

 

 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI 

NOTA

1. CABUTAN BERTUAH: Kami pilih satu pemenang sahaja setiap bulan, mengikut cabutan nombor order.

2. VIP PASS PERCUMA: Pembelian RM 150 dan ke atas akan menerima VIP PASS PERCUMA selama 1 tahun.

 

 Sebarang masalah, kekeliruan & pertanyaan, mohon sertakan NO. ORDER & emelkan terus ke orders@bookcafe.com.my untuk maklum balas segera.

 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI