Semusim Di Mahsyar (C163)

RM29.90
Price in points: 30 points
Weight: 0.31 kg per item
9789671427620
15 item(s)
+
===========================
Format: Paperback
ISBN-13: 9789671427620
Tahun Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat: 307
Size: 20.3cm x 12.1cm
===========================
 
Sinopsis
 
 
lqlima Salsabilla, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan pembedahan pemindahan hati. Dia dikebumikan selama 5 hari, kemudian kuburnya di gali semula setelah ayahnya mendakwa melihat anaknya di dalam mimpi, kembali dengan keadaan kain kapan yang berlumuran darah dan nanah, meminta untuk diselamatkan kerana dia masih hidup.
 
Apakah yang dilaluinya sepanjang 5 hari dia berada di dalam kubur? Bagaimanakah suasana yang dijalaninya sepanjang dia berada di alam misteri sehingga dia merasakan hampir beribu tahun lamanya dia bersemadi.
 
Adakah dia melalui perjalanan di atas titian sirat? Mendaki dan menuruninya sahaja ribuan tahun. Bagaimana lqlima lalui semua itu? Adakah dia berdepan situasi Mahsyar seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran? Bertemu para Nabi dan Rasul?
 
Iblis berkhutbah dengan penyesalan yang sangat dahsyat, apakah kata-kata yang didengari oleh Iqlima? Adakah dia juga bertemu dengan Qarun? Haman? Bagaimana dengan Rasulullah? Bayangan atau sebenar pertemuan? Bongkar sebuah keajaiban.
 
Prediksi mengenai MAHSYAR :

Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya: “Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!”.

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.

Lantas mereka berkata: “Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul.” Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran: “Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: “Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !” (Yassin, Ayat: 52)

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.

 (Sumber daripada Pustaka Eidariesky )
 
============================================================================
 
 
 Penulis

Nama : Hadi Fayyadh           

 
Image result for hadi fayyadh
Sumber gambar :  Website http://hadifayyadh.com/  
 

Hadi Fayyadh atau nama sebenarnya Abdul Hadi Bin Hj Mohamad. 

Beliau telah melanjutkan pelajarannya di KUSZA kini Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA). Terengganu Darul iman dalam bidang pengkhususan Pendidikan ( Bahasa Arab).

Anak kelahiran negeri Pulau Pinang ini telah menceburkan diri dalam dunia kepimpinan, motivasi dan juga terlibat secara langsung dalam program-program berbentuk sosial. Beliau juga sangat aktif menyertai program-program motivasi yang dijalankan untuk semua peringkat umur.

Sejak tahun 2013, beliau sudah menceburkan diri dalam bidang penulisan. Antara karya-karya yang telah berjaya dihasilkan ialah Kuintai Cinta Di Teratak Cita-Cita, Tarbiah Dari Langit, Semusim Di Barzakh dan pada 2017 iaitu Semusim Di Mahsyar yang kini telah menjadi Best Seller dikebanyakkan Kedai-kedai buku. 

 

(Sumber daripada website Hadi Fayyadh)

 
 
Antara reviews mengenai buku 'Semusim Di Mahsyar' :
 
" Aku tersentuh dengan bicaranya yang tegas tapi lembut bagai terpercik dengan lunturan nasihat yang bernas"
(Syakilla Husna)
 
"Sungguh, aku banyak menangis, bukan kerana aku sedih tapi kerana ia membuat aku bahagia mengenal kembali diri"
(Ayu Safia Rahman)
 
 
(Sumber reviews daripada Facebook Semusim Di Mahsyar)
 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI 

NOTA

1. CABUTAN BERTUAH: Kami pilih satu pemenang sahaja setiap bulan, mengikut cabutan nombor order.

2. VIP PASS PERCUMA: Pembelian RM 150 dan ke atas akan menerima VIP PASS PERCUMA selama 1 tahun.

 

 Sebarang masalah, kekeliruan & pertanyaan, mohon sertakan NO. ORDER & emelkan terus ke orders@bookcafe.com.my untuk maklum balas segera.

 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI