Semusim di Barzakh (C263)

RM29.90
Price in points: 30 points
Weight: 0.29 kg per item
9789671427606
2 item(s)
+
===========================

Format: Paperback
ISBN-13: 9789671427606
Tahun Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 299
Size: 20.2cm x 12.5cm
 

===========================

Sinopsis : 


Syahdu kota persisir pantai itu, terusik lantas melayangkan aku ke sebuah dimensi dunia yang tidak bertepi. Raungan dan ratapan Humaira, wanita berpurdah yang mengakhiri nafasnya untuk terjun dari bangunan nan tinggi. Mengapa itu jalan kesudahanmu? 


Bayi kudung, tidak punyai kaki dan tangan mengejar aku sejak dari itu. Aku berlari ke sebuah lembah, cukup asing, gurun oasis fatamorgananya berbeza dari segalanya. 


Langit menjerit, suara bagai memendam perit, kabus hitam pekat, tanah merekah, pasir berterbangan dibawa angin gersang yang dahagakan seksaan. Wanita tidak berwajah, rambut merebah ke tanah berjalan ikut aku dari belakang, kakiku terasa berat. Di sana aku terlihat, ada manusia di puncak bukit kering, aku tidak terduga untuk mendakinya. 
Hanya kedengaran suara pekikan, lolongan bagai dimakan haiwan kelaparan. Aku berlari, bagai tidak memiliki kaki. Masa melintas aku kedepan.


Cahaya memantulkan aku kebelakang. Sungguh aku tidak faham dimensi dunia yang berlainan. "Fayyadh, takutkah kamu?" badanku luruh bergetar ketakutan, ia terbenam dalam-dalam. Suara itu memanggilku. Aku seperti dihalau menuju ke sebuah perjalanan. Aku dihimpit, dipijak, kesakitan, semua wajah tunduk suram. Mereka langsung tidak berbicara.
Apakah sebenarnya dimensi alam yang dilalui Fayyadh? Suara siapakah yang didengarinya?


Apakah kaitan Fayyadh, Humaira dan wanita tidak berwajah dengan travelog ini?


Dan kenapakah bayi kudung itu sentiasa ada dalam mimpi-mimpinya? Bagaimanakah Fayyadh menamatkan destinasi terakhirnya?

 

Prediksi penulis mengenai BARZAKH

Tiada siapa yang pernah menjengah ke Alam Barzakh, melainkan mereka yang telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW, jadi apakah benar Novel ini ingin menyingkap sesuatu yang mustahil?

Adakah ia adalah BARZAKH yang diceritakan?

Bacalah, dan terokailah hikmah yang sarat di dalam pelayaran bahtera sastera jiwa agama yang telahpun digarapkan. Ia bukan suatu FITNAH atau rekaan, tetapi berdasarkan pengalaman sebenar seseorang.Anda akan memahami realitinya yang bakal menggugah jiwa untuk kembali mengingati Tuhan dan kematian..

==========================================================================

Penulis

Nama : Hadi Fayyadh                                                       

Image result for hadi fayyadh

Sumber gambar :  Website http://hadifayyadh.com/               

Hadi Fayyadh atau nama sebenarnya Abdul Hadi Bin Hj Mohamad. 

Beliau telah melanjutkan pelajarannya di KUSZA kini Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA). Terengganu Darul iman dalam bidang pengkhususan Pendidikan ( Bahasa Arab).

Anak kelahiran negeri Pulau Pinang ini telah menceburkan diri dalam dunia kepimpinan, motivasi dan juga terlibat secara langsung dalam program-program berbentuk sosial. Beliau juga sangat aktif menyertai program-program motivasi yang dijalankan untuk semua peringkat umur.

Sejak tahun 2013, beliau sudah menceburkan diri dalam bidang penulisan. Antara karya-karya yang telah berjaya dihasilkan ialah Kuintai Cinta Di Teratak Cita-Cita, Tarbiah Dari Langit dan pada 2016 ialah Semusim Di Barzakh yang telah menjadi Best Seller dikebanyakkan Kedai-kedai buku. 

 

(Sumber daripada website Hadi Fayyadh)

 

Antara pandangan mengenai buku 'Semusim Di Barzakh' :
 
" Kesan visualisasi yang tidak mampu dibayangkan, rekabentuk penulisan digarap bersama ilustrasi, yang diharap ia memberi sentuhan inspirasi. "

(Aizat Farhan Rohizat) 

   

" Mendebarkan dan meruntun jiwa ini untuk menghayati setiap bait yang dinukilkan dalam sebuah novel Islamik yang cukup hebat. Pelayaran ke alam misteri yang menginsafkan jiwa setiap insan di sebalik sebuah kisah yang luar biasa! " 

(Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood) 

 

Antara reviews mengenai buku 'Semusim Di Barzakh' :

Saya kagum apabila penulis mampu terjemahkan gambaran ilusi 'pengembaraan misteri' beliau dengan begitu terperinci seolah-olah step by step dan bukanlah satu perkara yang mudah. Bahasa yang digunakan juga berkesan dalam memberi kesan visualisasi sehingga ada bahagian yang mampu menyentap jiwa dan meremang bulu roma. Hujah hadis dan ayat Al-Quran yang diselitkan insyaAllah memberi manfaat yang besar kepada pembaca. Wajarlah buku ini mendapat anugerah Best Seller. (Syazana Syamsul)

 
Sebuah novel yang melangkaui batasan fikiran manusia biasa. Terkagum dengan novel ini kerana dapat keluar dari luar kebiasaan. Kalau dahulu novel cintan cintun jadi bahan bacaan pilihan dan selalu menjadi perdebatan tentang kelebihannya, sekarang saya sudah menemui sebuah karya yang sangat menuntun jiwa. (Fatin Amira)
 
 
I read this book as an experiment - to read books that I don't normally feel like reading. I finished reading the book in one sitting, just over an hour. The story has no depth, and is told in a literal manner. The twist to the plot was cliché and while the book meant to educate religiously and is a story of repentance, it was again executed too literally. (Lyana Khairuddin)
 
 
(Sumber reviews : goodreads)
 
 
 
 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI 

NOTA

1. CABUTAN BERTUAH: Kami pilih satu pemenang sahaja setiap bulan, mengikut cabutan nombor order.

2. VIP PASS PERCUMA: Pembelian RM 150 dan ke atas akan menerima VIP PASS PERCUMA selama 1 tahun.

 

 Sebarang masalah, kekeliruan & pertanyaan, mohon sertakan NO. ORDER & emelkan terus ke orders@bookcafe.com.my untuk maklum balas segera.

 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI